Wednesday, December 16, 2009

Adakah Ini Tidak Rasis?

Berikut adalah chatting antara Ong Siang Ying (21 tahun, seorang pelajar UMT) dengan rakan-rakannya di Facebook. Ong Siang Ying menyatakan dia tidak suka UMT "it's ghost place". Bila ditanya rakannya, Liang Chua "y say ghost place?", Ong Siang menyatatakan "cz too many malays~ i dislike~". Kemudian Liang Chua menjawab pula "haha goverment Uni is like tat d la...malay pxx all...". Ong Siang Ying berasal dari Kulim, Kedah.

Ini adalah antara contoh chatting berbentuk rasis. Nasib baik dalam bahasa Inggeris, kalau dalam bahasa Cina tentu tidak ramai orang Melayu yang faham apa yang mereka pertuturkan. Pihak UMT perlu mengenalpasti pelajar terbabit dan menggesa pelajar terbabit memohon maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu. Ini adalah contoh generasi muda yang tidak menghayati sepenuhnya konsep penerimaan budaya dan agama di Malaysia. Marilah kita bersama menegur mereka. Amalkan nilai murni dan hidup saling hormat menghormati di Malaysia. Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia.

29 comments:

Dr.Sid said...

minta polis ambil tindakan.

muzaimi zuhda afham said...

Pejabat Komunikasi Korporat (PKK)
Pejabat Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6684100
Faks : +609-6684390

VC Prof Dr Aziz Deraman 096684101
nc@umt.edu.my
Prof Dr Yahaya Ibrahim 096684507
tnchepa@umt.edu.my

meh kita pakat report@phone

Anonymous said...

saya tidak hairan kini ada dikalangan org cina yg terlalu agungkan DAPig ni. Dlm pejabat saya tu mana ada bahasa Inggeris bertutur apatah lagi bahasa Malaysia...semua hentam bahasa mandarin, hokkien entah apa dia org kutuk kat depan atau belakang hanya ALLAH je yg tahu, ye laa dari ratusan staff yg ada cuma berapa kerat (less than 10pcent) je melayu..itu kira swasta. Gaji kenaikan pangkat, benefit, kira dia org je yg lebih dan dapat, kita ni ciput separuh pun belum tentu, kalau usia aku laa masih muda bawah 30an aku nescaya apply kerja kat gomen, aman damai kalau dibandingkan keja kat swasta, "penderaan" halus yg nampak cuma kita aja tu pun org yg kerja gomen tak bersyukur lagi dengan apa yg mereka ada. Mcm tu jugak kat Universiti, student melayu dpt biasasiswa beli motor, beli keta, belajar entah kemana, otak asyik nak buat dajal kat kjaan aja, kalau dibandingkan dgn bangsa lain pelarajan come first, politik songsang kemudian. Sbab itu mereka berjaya dapat kerja grade tinggi, dengan kelebihan bahasa msia, cina dan inggeris malah mereka jarang memilih pekerjaan pada tahun pertama walaupun gaji antara 1500 ke 2000 sebulan. Itu beza dgn pelajar melayu kita, berkira masa, sukar bertutur bahasa inggeris serta terlalu memilih pekerjaan.

putera_adnan said...

Aku pantang dgn statement cina kurang ajar ni...!Kementerian pengajian tinggi perlu amik tindakan terhadap pelajar ni...menghina melayu!!!

Anonymous said...

dia mesti minta maaf ...
(ada ke Melayu babi??Munkin yang si tiga Ibrahim kut??Anuar Ibrahim,Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim)

Anonymous said...

mari add dia ramai2..
maki dia dlm wall dia.. smpai dia tutup akaun...

Anonymous said...

blogger ni yg rasis, benda kecik je ni. celake betul blogger umno. tak de kerja lain ke. Ketuanan Melayu lagi rasis tau

lara_nur said...

eh memang geram... aku geram ..tak suka melayu boleh blah dari mesia nie .. tak sedar dek untung ..ni la jugak salah satu akibatnya bila melayu terlalu berlembut..kalau dari dulu skolah satu sistem aku rasa takkan jadi macam ni

Anonymous said...

tahniah penulis blog.Kerana dapat membongkar rahsia ni.

Momomalaya said...

huhu... sedih wooo~~
entah2 dlm bahasa cina ntah apa yg diorg mencacai....
ulasan anonymous tu buat aku terasa lak... haha
aku beli moto guna duit biasiswa wooo~~

Anonymous said...

aikk..ade pulak mengata kpd si tiga ibrahim ye...tu tandanya ko sendiri bangang. cina mengutuk kte, ko plak pergi menambah. bahlul

revomuda said...

cina betina nie "follower' lim guan eng dah sekutu...mmg macam tu arr perangai nye....

pihak universiti harus amik tindakan tegas...dari statement "mangkuk" dia tak suka belajar di ipta...buangkan je dia dari universiti....

loV3~osY~ said...

I would like to apologize abt wat Iv said. The dislike i meant b4 is NOT dat i dislike malay people. Jz bcz my Bahasa Melayu isnt good so feel difficult to communicate wif malay -- this is actually wat I dislike. All is my fault. My Malay is not good. Plz let me emphasize dat I did not mean to hurt anyone’s feeling. I nv mean dat malay people not good. I’m sorry to who is hurt by the comment n sorry that Iv brought catastrophe to you all thru my unclear message. I promise it wont happen again! So, plz 4give me about my mistake. I’m sorry. I'm not racist. Yes i will watch my words. Thanks and sorry.
i hope tat dis issues cn be stop~i'm very apologize~plz give a chance,i surely promise it wont happen again

Pabasa said...

Siang Ying,

Thanks for your apology. I understand your situation, and honestly, I would not feel cheerful if I was in a Chinese majority area as well. It's not a good situation, but it's not unforgivable as well, therefore, even if others may not, I forgive you.

Your friend however, is a totally different matter. He outrightly insulted the Malays with disregard to the consequence, and therefore some sort of action should be taken against him.

There's one good thing though: you and your friend's situation is a very strong evidence that our multi-school system is an utter failure to help in unity. Your Bahasa Malaysia is weak from lack of usage, and your friend has utter disrespect to other races because of his lack of interaction with other races.

With that, thank you for helping us proof that Malaysia is in desperate need for a single school stream system.

B said...

If you only have love for your own race, then you only leave space to discriminate, and to discriminate only generates hate. Share the love ppl. I vote for peace!

Nico said...

Assalamualaikum,

Saya percaya bahawa apa yang dikemukakan oleh penulis blog ini adalah salah kerana ianya menceroboh hak peribadi seseorang.

Tidak perlulah dihebohkan perkara ini ke khalayak ramai, tidak salah kalau si penulis menegur pihak yang dituduh secara peribadi dahulu.

Bukankah Islam mengajar untuk tidak menghebohkan keburukan/kesalahan orang lain?

Saya juga ingin menegur penggunaan bahasa dalam ulasan-ulasan yang diberi.

Saya tidak percaya bahawa api perlu dilawan dengan api.

Tidak salah kalau kita guna bahasa yang lebih manis jika ingin mengulas tentang sesuatu. Tidak perlulah menggunakan perkataan kasar kerana ia hanya melambangkan peribadi seseorang itu. Ingat, bahasa melambangkan bahasa DAN keperibadian seseorang itu.

Beringat-ingatlah.

Salam.

Anonymous said...

oh dear,I never expected your comment here.

apologize not accepted.sorry..
well,your excuses are unacceptable.your friend's reply justified your sentiment.

because of poor command bahasa malaysia?improved it I say, you will be suprise.

I have met a chinese with perfect BM,I mean BM used in daily conversation among malays..guess what, me and my friends start talking with him freely,exactly like talking among ourselves.

knowing his name after that never bothered us.

the problem is yourself, self-inflicted segregation.get out of it now.

Azrinizam Ibrahim said...

Ong Siang Ying..

Sila tulis permohonan maaf kamu di blog kamu. Tulislah dalam Bahasa Malaysia agar semua orang faham. Jagalah perpaduan di negara ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

kau blogger bodoh. kau yang rasis. biarlah dia nak cakap dalam bahasa pun. ko sibuk apasal...ko yg ceroboh privasi org.

Anonymous said...

Cukup cukup lah tu. She already say sorry and dia dah promise wont happen again. this is miss communication. except for her friend who positively being a racist. if you all read again what she said dalam picture tu. clearly she didnt mean it. but not her friend which we should take action but not her. as i said she already made a public apology in this blog and in her facebook. So as a Good Samaritan Malaysian lets unite if people drifted away pull them into the light. not by force but by using our culture a multiracial country of good deeds. come on.

pala otak hang said...

Yo Nico (yo! yo! kamu rappers yo!),

Kalau ye pun kau nak berbunyi liberal, jangan lah sampai jadi bangang. Hak peribadi? Privacy? Oi tongong, kau tau ke maksud "personal", "private" dan "privacy" tu atau itu hanya retorik kosong dan bodoh kau saja? Private bermaksud persendirian, bukan di khalayak ramai. Tapi si mangkuk ayun babi tonyok rasis tu terang-terangan menggunakan Facebook (iaitu satu media umum Internet yang dilawati BERJUTA pelawat setiap hari) untuk menyatakan pandangan perkaumannya. Dan perlakuan dia yang membenarkan komen kawan dia yang bodoh macam dia jugak, wajar dikutuk. Dia tak tau ke ada function "delete comment" di FB? Kenapa dia publish juga komen tu? Sbb itu dia harus dipertanggungjawabkan! Bodoh!

Api jangan dilawan api? Habis tu dengan apa? Dengan kertas? Kapas? Pantun, puisi dan dakwah? Kepala hotak kau. Sebab perangai mcm tu lah kepala kau dipijak, bangang! Teguran dan debat intelektual dengan makhluk bangang bahasa Melayu mcm depa tu tak ada gunanya, sebab ianya bukan berada pada "wavelength" yang sama! Tiada resonans! Tiada hasil! Mereka tak faham itu semua. Cakap melayu dan Inggeris pun tunggang-langgang, kau nak ajak berdiskusi pulak? The only ubat mujarab terhadap kekurang-ajaran makhluk2 laknat macam depa is pelempang kiri kanan! Pasal apalah kau ni bengap sangat.

danish said...

aku setuju ngan pala hotak hang...100%...perghhh..pedas beb.. dalam banyak hal, Facebook adalah saluran yang open..so, anyone can view the content...takyah cerita pasal privacy laa beb... kalau nak berprivacy sgt..asal tak guna YM, IM atau menatang mangkuk apa pun..jgn gunakan Facebook..satu dunia boleh baca..

Apa laa manusia..dalam kecanggihan ada jugak yang mundur..masih B.O.D.O.H atau S.T.U.P.I.D..

Tapi, whatever it is..aku masih berbelah bagi..nak maafkan ke tak si Ong Siang Ying nih..tah betul sincere tah tidak dia mintak maaf tuh.. heheheh.. maafkan kami..ceng ceng ceng..maafkan kami..ceng ceng ceng...(lagu P.Ramlee daaa)

kepada anon December 17, 2009 5:26 PM dan anon December 16, 2009 2:17 PM aku tau ko orang yang sama.. kau lah anjing pembangkang..anjing kurap dan segala jenis anjing kudis buta... ko memang suka buat provoke tak tentu pasal..

Nico said...

Kepada, pala otak hang,

Terima kasih saya ucapkan kerana dengan pemerhatian anda yang begitu teliti dan tajam anda mengingatkan betapa rendahnya ilmu yang saya ada di dada saya.

Anda juga berjaya membuat kesimpulan yang saya ini cuba "berbunyi liberal". Tidak pernah saya sangka saya seorang yang sebegitu.

Ternyata anda ini seorang yang mempunyai ilmu yang begitu luas dan begitu banyak untuk meletakkan panggilan-panggilan sebegitu itu ke atas saya.

Saya juga mendapati anda ini begitu hebat dan berani sehingga nama sebenar anda tidak perlu ditulis dan anda terus ke perkara yang ingin dikatakan.

Saya juga harus puji bahasa yang anda gunakan untuk berhujah, sungguh indah.

Ternyata anda sangat mahir dan tidak tunggang-langgang dalam penggunaan kosa kata Bahasa Melayu sehinggakan Bahasa Inggeris diselitkan dalam hujah anda

Bahasa sememangnya jiwa bangsa. Ternyata anda ini sangat bangga dengan bangsa anda dan diri anda.

Saya begitu kagum dengan diri anda.

Saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah "makhluk-makhluk bangang Bahasa Melayu" seperti yang dituduh anda. Bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda saya.

Namun inilah hujah-hujah saya:

Pertama,
Facebook bukannya sesuatu yang "umum", lingkungan pendedahan yang dilitupi Facebook hanyalah tertakluk kepada kawan-kawan seseorang dan rangkaian kawan-kawannya.

Pendedahan maklumat juga boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna, contohnya, Si pengguna boleh membenarkan kawannya sahaja untuk mencapai maklumat yang terdapat dalam akaun Facebooknya dan mereka yang tidak diiktiraf sebagai kawan tidak akan mendapat sebarang maklumat.

Walau sebanyak mana pelawat Facebook, tidak semua akan mendapat maklumat yang sama.

Ternyata penulis blog ini mendapat gambar ini dari sumber-sumber yang telah diiktiraf sebagai "kawan".

Sedangkan warga-warga Barat yang dikatakan tidak bertamadun dan penuh dengan gejala sosial akan mengkaburkan atau menghitamkan nama dan gambar jika ingin diguna pakai maklumat yang didapati dari Facebook.

Seperti contoh:
http://myparentsjoinedfacebook.com/

Sudah tentu mereka yang beragama Islam boleh melakukan perkara yang lebih elok dari mereka yang dikatakan mengamalkan budaya kuning.

Kedua,
Apabila saya merujuk kepada kata-kata "Api jangan dilawan dengan api" saya bermaksud bahawa untuk melawan sesuatu yang buruk, tidak perlulah merendahkan taraf diri untuk melawan balik.

Tunjukkan bahawa diri itu lebih elok dan lebih matang dalam mengendalikan hal-hal sebegini.

Apakah perlu bersusah payah mencari najis untuk dilemparkan balik kepada mereka yang membaling najis kepada anda mahupun membazir tenaga dan memukul si pelempar itu?

Ternyata pendapat anda menunjukkan bahawa anda juga mendalami ilmu agama anda dengan sedalam-dalamnya.

Terima kasih kerana menunjukkan apa yang diajar agama anda kepada mereka yang tidak menganuti agama anda.

Saya tidak hairan kenapa ramai yang kurang selesa dengan agama saya.

pala otak hang said...

Yo Nico,

Punyalah panjang mukadimah kau, dan aku sebenarnya malas gila baben nak layan "hujah2" kau yg takda kaitan dgn isu, contohnya ini:

"Saya juga mendapati anda ini begitu hebat dan berani sehingga nama sebenar anda tidak perlu ditulis dan anda terus ke perkara yang ingin dikatakan."

Haha! Dah tak ada modal sgt lah tu. So now you want to get personal? Despite your earlier sermon urging people not to delve into others' personal space? Oi, cermin diri kau dulu lah. Kau tu pakai nama sebenar ke? Nama sebenar kau Nico ke? Nico BINTI Nikki? Poodah! What a cheap shot.

Oi brader, anything that u put into the Internet is considered public content lah. Tak kiralah sama ada banyak atau sikit org yg melihatnya.

Susah betul bercakap dgn kau ni, biar aku bagi analogi mudah:- Ada beza tak kalau kau beromen dalam rumah kau sendiri - atau kau beromen di KLCC park di tgh malam semasa takda orang lain? Tentulah ada kan? Rumah adalah perimeter peribadi, tetapi KLCC park adalah sentiasa kawasan umum walaupun hanya seorang mahupun ribuan yang melawatnya! Kalau kau tengah beromen dalam rumah kau dan tiba2 aku masuk pecah pintu rumah kau dan ambil gambar kau dan publish di You Tube, barulah kau boleh tuduh aku menceroboh "hak peribadi" kau! Tapi kalau kau beromen open dekat KLCC park dan aku panggil member2 JAIS aku serbu kau kasi tangkap basah, itu namanya tanggungjawab sosial lah bingai.

Jadi si totok rasis yang kau bela tu kalau lah dia kutuk2 Melayu secara senyap2 dalam bilik dia bersama rakan2 pemuja DAPnya, atau ditulis dalam diarinya, atau diceritakan pada kaunselornya - maka OK lah tu. Itu hak peribadinya. Tapi kalau aku curi diarinya atau aku cungkil cerita dari kaunselornya maka barulah aku boleh dituduh menceroboh privasinya dan si kaunselor itu boleh dianggap tak amanah pada tanggungjawab. Tapi si bukit totok tu menyatakan pandangannya:-

1 - secara terbuka di Internet yang merupakan satu public domain. Memg betul kau yang tentukan siapa yang boleh membacanya, tapi isunya adalah ia sudah berada di server Facebook dan kau sebenarnya tak ada kuasa 100% menghalang penyebarannya. Kalau kau publish sesuatu di Internet lepas tu kau marah sebab orang lain baca, maknanya kau yang bangang.

2 - dia tidak menjalankan tanggungjawab untuk censor-out komen rasis rakannya. Jadi ia menandakan dia bersetuju dengan komen rakannya itu. Cuba kalau kau pergi komen dekat FB page dia kau cakap "Oi cina lancau kau ni pukimak babi lah", sure kena delete kan? Tapi apsal komen "Melayu babi" tidak pulak kena delete?

Kencing retorik lagi: "Apakah perlu bersusah payah mencari najis untuk dilemparkan balik kepada mereka yang membaling najis kepada anda mahupun membazir tenaga dan memukul si pelempar itu?"

OK lah brader. Lepas ni aku nak jumpa kau, aku nak kencing dan baling taik kat muka kau, lepas tu aku nak sula kau dengan buluh runcing. Tapi kau tak boleh lawan balik. Aku nak kau cool jer. Aku nak kau nasihat dan dakwah jer lah kat aku secara peribadi, boleh?

Lagi retorik bangang yang tak ada kena mengena dengan topik: "Saya tidak hairan kenapa ramai yang kurang selesa dengan agama saya."

Ni amende lu nih mat? What kind of sick, twisted, and perverted religious bullshit is this? Lu kalau org buat sial kat lu, lu kutuk agama dia ke? Kalau org cina, jepun, dayak mahupun atheist buat kimak kat aku, aku tak blame agama dia sbb semua agama mengajak ke arah kebaikan. Aku blame si pelaku tu lah! Tak ada kene mengena dgn fahaman agamanya! Jadi apahal lu nak rasa inferior pulak? Apsal kalau org Islam buat cibai maka agamanya yang dianggap tak betul, tapi org bukan Islam buak kimak tak ada apa2 tuduhan dirujuk pada agamanya? Amende ada dalam kepala otak lu ni mat?

Lu ni jenis pentingkan form dari substance lah. OK lah aku tabik kau pasal kau cakap baik, elok, berbudi bahasa, lemah lembut, berbudi pekerti, tapi dalam 10 patah lu cakap, 5 tu bunga je, 4.5 retorik, dan 0.5 je point itu pun tak kuat dan tak logik!

Nico said...

Ya, nama sebenarnya saya Nico, lebih tepat, Nico Afwill Torunjuo Abel.

Kenapa? Tidak pernahkah anda berjumpa dengan orang asing yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu?

Saya mengaku, itu adalah serangan peribadi saya terhadap anda. Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi sinis.

Mungkin disebabkan perbezaan dalam pengalaman yang dilalui ketika tumbesaran kita, cara pemikiran kita bercanggah.

Pertama,
Yang saya hairan ialah kenapa orang Barat yang selalu dikutuk orang Timur ini boleh mengambil langkah untuk menjaga hak peribadi maklumat-maklumat yang mereka dapat dari Facebook.

Saya akan pakai contoh laman web yang saya telah bagi sekali lagi:

http://myparentsjoinedfacebook.com/

Tanggungjawab sosial juga meliputi apa yang dilakukan oleh pemilik laman web ini agar tidak memalukan mereka yang terlibat.

Konteks merupakan sesuatu yang penting, tanpanya pelbagai tuduhan boleh dikenakan terhadap seseorang.

Bagaimana anda tahu dia tidak memadam ulasan kawannya itu selepas itu. Anda tidak nampak gadis itu memberi apa-apa ulasan selepas kawannya bukan?

Mungkinkah dia tidak sempat untuk memadamnya sebelum gambar ini diambil?

Kedua,
Itu sahaja yang boleh dilemparkan kepada saya kalau saya bersemuka dengan anda? Itu semua pernah saya lalui dan ada yang lebih teruk dari itu.

Membenarkan orang lain mengawal perasaan marah anda adalah sama dengan membenarkan orang lain mengawal perlakuan dan juga diri anda.

Kita boleh mempertahankan diri dan melawan balik, tapi janganlah mengikut emosi, kerana biasanya, itulah yang dikehendaki mereka yang ingin menganiaya kita.

Tidak perlu menggunakan cara yang sama mereka gunakan, mahupun gunakan taktik yang lebih kotor.

Dengan ini, mereka yang tidak terlibat akan tahu siapa mangsa dan siapa yang dalangnya.

Maka tidak ada alasan untuk sesiapa untuk mengata perkara yang bukan-bukan dan buruk ke atas si mangsa dan cara dia mempertahankan diri.

Kalau kedua-dua belah pihak menggunakan taktik sama, keduanya boleh dikatakan mangsa bukan?


Ketiga,
Saya sebenarnya tidak ingin memakai contoh-contoh agama dalam hujah saya kerana kecetekan ilmu saya namun seperti yang anda katakan, saya tiada modal.

Sememangnya itu adalah serangan peribadi sekali lagi oleh saya terhadap anda. Saya meminta maaf sekali lagi.

Namun bukankah ianya satu kebiasaan sekarang? Kerana perbuatan pengikut agama Islam, agama Islam itu dicemari dan ini telah menjadi sesuatu yang mendadak sejak serangan WTC.

Di negara di mana saya menuntut sekarang ini, "stereotype" yang dikenakan kepada orang Islam adalah ganas, tidak sopan, suka mencaci, suka menjerit, tidak boleh dibawa berbincang dan suka meletupkan diri.

Perlukah kita memenuhi ciri-ciri itu?

Keempat,
"Form and substance are two things that come hand in hand, one wouldn't exist without the other"

"The most difficult thing is the decision to act, the rest is merely tenacity."

pala otak hang said...

Nico,

Terima kasih kerana memperkenalkan diri anda. Namun saya tak boleh memulangkan courtesy anda itu kerana saya memilih untuk menjadi anonymous. Itu adalah pilihan dan hak saya. Apa nama sebenar saya tidak penting dan bukanlah isu yang dibincangkan.

Saya terima semua permohonan maaf anda atas serangan peribadi, dan saya juga ingin memohon maaf dari anda atas kekesatan kata2 saya.

Jawapan saya pada hujah2 anda:

“Yang saya hairan ialah kenapa orang Barat yang selalu dikutuk orang Timur ini boleh mengambil langkah untuk menjaga hak peribadi maklumat-maklumat yang mereka dapat dari Facebook.”

Itu adalah anggapan anda sendiri yang agak umum. Why are you putting your words into my mouth? Saya orang Timur tapi saya tak berpendangan sedemikian terhadap warga Barat. Saya pernah hidup beberapa tahun membesar bersama mereka. Saya tak anggap mereka berbudaya kuning atau tak bertamadun.

"Tanggungjawab sosial juga meliputi apa yang dilakukan oleh pemilik laman web ini agar tidak memalukan mereka yang terlibat.".

Bagaimana pula dengan tggjwb sosial si rasis itu? Tidakkah dia memiliki tggjwb sosial sebagai seorang ahli masyarakat untuk menjaga keharmonian komuniti? Saya tak rasa pemilik blog ini mengabaikan tggjwbnya kerana beliau hanya memaparkan apa yang telah sedia terpampang di media umum.

“Bagaimana anda tahu dia tidak memadam ulasan kawannya itu selepas itu. Anda tidak nampak gadis itu memberi apa-apa ulasan selepas kawannya bukan? Mungkinkah dia tidak sempat untuk memadamnya sebelum gambar ini diambil?”

Saya tiada masa untuk berimaginasi. Saya hanya komen pada apa yang jelas dan boleh dilihat. Saya tahu dia tak memadamnya kerana komen tersebut ada terpampang di page FB nya lah. The proof is in the picture. Ya, mungkin dia tak sempat memadamnya sebelum gambarnya disiarkan, but the point is, nasi sudah jadi bubur, damages done and feelings hurt. She herself sparked the racist discourse and when things went out of control she only has herself to blame. Period.

“Itu sahaja yang boleh dilemparkan kepada saya kalau saya bersemuka dengan anda? Itu semua pernah saya lalui dan ada yang lebih teruk dari itu.”

I say my man, I was just being metaphoric lah brader. Saya hanya menggunakan contoh yang anda sendiri gunakan ie. lemparan najis. Takkan lah saya sekejam itu jika kita bertemu. Sudah tentu kita akan dapat duduk semeja berbincang secara sivik sambil menghirup secawan kopi. Yang saya dapat simpulkan di sini, pandangan kita terhadap tindakbalas yang sesuai nyata berbeza. Anda menggunakan pendekatan berhemah walau apa pun taktik yang digunakan penyerang. Itu pilihan anda dan ia amat mulia. Tapi saya menggunakan pendekatan yang boleh difahami si penyerang. Kalau si penyerang hanya baru belajar mengeja “ABC...”, maka saya takkan berdialog dengannya mengenai teori relativiti Einstein. Kalau si penyerang memang tak faham konsep harga diri dan maruah, maka saya takkan bertindakbalas padanya dengan penuh kesusilaan. Kalau si penyerang tak tau cara-cara menjaga sensitiviti kaum, maka saya takkan jaga hatinya. Kalau si penyerang hanya faham penumbuk, maka penumbuk lah “bahasa” yang akan saya gunakan.

“Saya sebenarnya tidak ingin memakai contoh-contoh agama dalam hujah saya kerana kecetekan ilmu saya namun seperti yang anda katakan, saya tiada modal. Sememangnya itu adalah serangan peribadi sekali lagi oleh saya terhadap anda. Saya meminta maaf sekali lagi.”

Maaf diterima. Saya juga tak mahu agama dicampur-adukkan dalam isu ini. Oleh itu saya takkan ulas dan balas hujah anda mengenai agama. Jika anda scroll kembali dari komen pertama hingga terakhir, tiada seorang pun yang menghentam agama si rasis itu. Jadi agama bukan isunya.

Hujah keempat anda memerlukan lebih ulasan. Bagi saya, orang yang bercakap berbunga2, penuh retorik dengan bahasa hebat dan bombastic tetapi tiada substance atau makna yang pejal, maka tujuan dan niatnya boleh dipersoal. Ia juga membuang masa saya. Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim. Ah, maafkan saya itu sudah lari topik. Politik memerlukan threadnya yang sendiri.

Nico said...

Kalau boleh, saya ingin menggunakan Bahasa Inggeris kerana saya lebih selesa dengannya namun saya di tempat orang, maka kena mengikut adat tempat dipijak.

Terima kasih kerana menukar nada anda. Ianya sangat dihargai. =) Saya hormati pilihan anda untuk merahsiakan nama anda.

Pertama,
Apa yang terlintas dalam minda saya ketika melihat gambar itu adalah "culture shock".

Pada pandangan saya dan juga dari, gadis ini tidak mempunyai kawan Melayu yang ramai dan datang dari kawasan yang kebanyakannya Cina maka perubahan di dunia baru sebegini memerlukan pengubahsuaian yang mengambil masa.

Hal ini boleh diumpamakan dengan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di luar negara di mana mereka dikelilingi orang-orang asing.

Rasanya apa yang dikatakan oleh gadis ini hanyalah keluhan semata-mata, tiada unsur perkauman.

Namun ini semua andaian semata-mata dan tidak semua yang berkongsi andaian saya.

Saya sangsi dengan imej itu kerana, sepatutnya di sebelah kiri ruangan "Write your comment here" sepatutnya ada gambar individu yang mengambil "Printscreen" itu

Sebab itu saya nyatakan, konteks amat penting, maka menjadi tanggungjawab pemilik blog ini untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.

Kedua,
Pemilik blog ini tahu jika gambar ini disiarkan, tentu ramai yang akan marah dan perbalahan sudah semestinya akan berlaku.

Beliau ada pilihan untuk tidak berbuat begitu dan menegur secara peribadi.

Pemilik blog ini boleh mengelakkan dari lebih banyak lagi perasaan yang tersinggung jika beliau sahaja yang menangani masalah ini.

Jika pemilik blog ini telah mengambil semua tindakan dalam kuasanya untuk menegur si gadis itu dan kawannya untuk memadamkan ulasan tersebut tetapi mereka tidak menghiraukannya, saya boleh faham kenapa beliau akan meletakkan gambar ini di blog beliau walaupun saya tidak bersetuju dengan cara ini.

Paling kurang yang boleh dilakukan beliau adalah menghitamkan gambar dan sebahagian dari nama gadis itu dan kawannya.

Ketiga,
Dalam hujah saya tentang pandangan orang Timur, maksud yang ingin disampaikan saya adalah kita sepatutnya boleh menjadi lebih baik dari mereka, maka tindakan sebegini tidak perlu.

Nampaknya saya terlupa untuk tambah beberapa ayat selepas itu. Saya tidak berniat buruk.

Keempat,
Saya tahu yang anda menggunakan metafora, namun saya beri contoh pengalaman saya untuk menguatkan hujah saya.

Saya tidak fikir cara anda salah, cuma saya tidak bersetuju.

Pada pandangan saya, cara yang dicadang anda hanya menumpu kepada segelintir sahaja dan bukan kepada seluruh kumpulan.

Tidak semua dari mereka yang bersifat "racist" malah, mereka tidak ingin adanya perbalahan dan golongan ini biasanya mempunyai bilangan majoriti.

Jika kita melawan balik menggunakan cara yang sama, sudah tentu golongan besar ini akan mempertahankan individu yang sebahagian dari mereka walaupun bercanggahan pendapat.

Jika kita menumpukan tenaga untuk mengeratkan perpaduan dengan golongan majoriti ini, secara tidak langsung golongan pelampau ini akan dipandang rendah dan disisih dari masyarakat.

Dengan ini golongan yang "racist" tidak akan diterima oleh semua orang dan bukannya sebahagian sahaja. Lihatlah kepada sejarah.

Keempat,
Saya perlu bersetuju dengan anda tentang hak peribadi di Facebook.

Setelah membaca beberapa artikel mengenai hak peribadi di laman web, nampaknya hujah anda betul dan menyedarkan saya bahawa apa yang saya pertahankan selama ini bukanlah hak peribadi, namun etika penggunaan maklumat tersebut.

Tiada definisi atau undang-undang yang melarang penggunaan maklumat oleh orang lain yang terdapat di Facebook yang boleh dikatakan menceroboh hak peribadi.

Saya mengaku saya tersinggung dengan kesimpulan saya ini namun apa yang telah terbukti adalah benar.

Terima kasih kerana sudi berdebat dengan saya dan menyedarkan saya tentang perkara ini.

Sekali lagi saya ingin berterima kasih kerana tidak menggunakan kata-kata kesat, saya lebih senang hati untuk meluahkan pendapat saya.

Anonymous said...

ini soal mencabar ketuanan melayu...ibarat die memaki tuan die sendiri...biarlah kita mengkritik dgn cara kesopanan Melayu...bangsa lain mengutuk melayu sebab kita pon duk maki sesama kita...cube tgk balik komen2 sebelum nie,dah bangsa lain kutuk melayu yang melayu pon duk kutuk melayu pasai pa...biar kita satukan bangsa kita dulu...HAMKA pernah berkata, kejayaan dan naiknyer sesebuah bangsa jika ada seorang yang mempunyai peribadi yang baik....fikirlaaa...

Anonymous said...

Wahai Siang Ying Ong;

Walaupun kau dah memohon maaf dan memberi penjelasan, namun aku sebagai seorang melayu berasa sukar untuk memaafkan perkara2 sebegini kerana ia adalah sangat sensitif...lebih2 lagi dengan situasi sekarang yang mana masalah perkauman sedang di ambang kritikal.

Pepatah melayu ada berbunyi; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

May this racist matter had taught you a lesson. Be careful next time before making any statement. Kasihan kepada orang2 cina lain yang baik hati, kerana orang cina seperti kaulah yang menyebabkan mereka terpaksa menerima tempias sial akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab ini.