"Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat...tak mahu tangguh-tangguh...jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh." demikian luahan Anwar Ibrahim di luar mahkamah pada 20 November 2008 (baca sini). Strategi siapa yang hendak menangguh kes ini? Bukankah ianya kemahuan Anwar sendiri?
Kes Anwar mula disebut pada 10 September 2008 di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Pada 9 Oktober 2009, Anwar Ibrahim menangguhkan lagi kesnya ke tarikh 31 Oktober 2009 kerana memberi alasan hadir ke parlimen.S elepas itu ditangguh kepada tarikh 20 November 2008. Kemudian ditangguhkan kepada tarikh 5 dan 6 Februari 2009. Pada 2 Julai 2009, permohonan Anwar agar kesnya dipindah balik ke Mahkamah Seksyen ditolak oleh tiga orang panel hakim Mahkamah Rayuan.
Kes Anwar kemudian disebut lagi pada 8 Julai 2009, namun kerana peguamnya menyambung cuti sakit, kesnya ditangguh lagi ke tarikh 15 Julai 2009. Pada 3 November 2009, Anwar Ibrahim menangguhkan lagi kes perbicaraan liwatnya ke tarikh yang baru iaitu pada 23 November 2009. Tangguh, tangguh dan terus ditangguhkan. Jika kita bersalah dalam sesuatu kes, mahukah kita membiarkan diri kita terus dituduh bersalah? Tentunya kalau kita benar, kita mahu sucikan diri kita dari kesalahan secepat yang mungkin.





0 comments:
Post a Comment