Pada 15 November 2009, Obama memuji peranan Malaysia dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau. Malaysia diiktiraf sebagai memainkan peranan penting dalam konflik di Selatan Filipina, menjaga keselamatan Selat Melaka dan membanteras penyeludupan manusia ke negara ketiga. Pengiktifan berterusan terhadap Malaysia sesudah Obama menerima kunjungan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis sebagai duta Malaysia di Amerika Syarikat pada 4 November 2009.
Pada 10 November 2009, Hu Jiantao (Presiden China) telah menemui Datuk Seri Najib di Kuala Lumpur. Pada 31 Mei 1974, hubungan diplomasi antara kedua negara bermula bila Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia yang ke-2) melawat China. Hubungan baik 35 tahun ini diteruskan dalam beberapa aspek strategik yang lain. Dengan nilai perdagangan sejumlah USD$51 bilion pada 2008, Malaysia adalah rakan dagangan China yang terbesar di ASEAN. Hu Jiantao turut hadir dalam persidangan APEC di Singapura.
Dalam masa yang sama, Malaysia juga mengeratkan lagi hubungan baik dengan negara-negara Islam OIC. Pada 8 November 2009, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) hadir di Istanbul, Turki untuk Sidang Kemuncak Ekonomi Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (COMCEC). Kerjasama strategik dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, China, Turki, negara-negara APEC dan OIC diadakan untuk meransang pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di negara kita. Melalui usaha strategik ini diharapkan pertumbuhan ekonomi negara berkembang lebih baik, berbanding jangkaan hanya pada kadar 3.5% sahaja bagi tahun 2009.
(Gambar: Anwar Ibrahim bersama dengan Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy). Anwar turut memuji NED dalam pertemuan tersebut. Apakah hubungan baik dengan NED adalah untuk bangunkan ekonomi negara secara keseluruhannya? Benarkah Anwar dikaitkan sebagai pelobi Amerika Syarikat seperti artikel yang ditulis dalam New Strait Times, "Anwar's link to US lobbyist" pada tahun 2 Mac 2002? Namun usaha untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara mungkin terjejas dengan sikap dan mentaliti pembangkang yang mahu menggunakan cara "pembunuhan karakter" untuk menjatuhkan pemimpin negara. Dalam satu mesyuarat Majlis Perwakilan Tertinggi (MPT), PKR yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim pada awal minggu lepas, ahli-ahli MPT dinasihati agar menggunakan strategi untuk menyerang peribadi Perdana Menteri. Pada 15 November 2009, Anwar mula mengisytiharkan perang terhadap Datuk Seri Najib. "Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habisan," kata Anwar dengan angkuhnya.
Kenyataan dan strategi Anwar ini amat bertentangan dengan semangat federalisme untuk membantu mengukuhkan ekonomi negara. Anwar nyata tersepit bila Amerika Syarikat dan Turki yang menjadi tempat persinggahannya selama ini, sudah dipintas. Pintu belakang terpaksa digunakan Anwar untuk merapati semula Obama. Al Gore dihimpit selalu, setelah menelaah buku-buku mengenai China. Mengapa Anwar perlu berbincang mengenai China dengan Al Gore? Sedang Anwar sibuk hendak menyerang orang lain, apakah Anwar sedar bahawa kes peribadinya sendiri belum lagi diselesaikan. Selesaikan dahulu perkara tertangguh. Sebagai warganegara Malaysia tidak kira apa juga fahaman politik, ekonomi negara ini perlu dibangunkan secara bersama. Hari ini Malaysia dipuji, esok belum tentu lagi bagaimana. Usah mensabotaj negara sendiri hanya untuk kepentingan peribadi. Reputasi yang baik perlu dikekalkan bagi pembangunan ekonomi yang lebih mapan untuk rakyat.

3 comments:
Hubungan DS Najib dgn China dan dgn Obama yang di dahulukan oleh Dato Jamaluddin Jarjis. Hubungan TS Muhyiddin dengan Turki. Tak dikira lagi dalam OIC,COMCEC dan APEC semuanya untuk mengangkat taraf pencapaian ekonomi negara. Jelas dah tu.
Kedudukan Anuar dalam kumpulan pelobi yahudi, NED dan Al Gore untuk apa ? Nak kutuk Malaysia ? dan jejaskan ekonomi ? Tak caya kita tengoklah apa dia nak kata dalam seminar bersama Amin Rais di Jakarta nanti.
Pokoknya negara akan untungkah atau rugi dengan adanya Anuar tu.
Hapuskan peranan Anuar dalam politik dan ekonomi Malaysia. Tenggelamkan Anuar buat selama lamanya.
Tapi tak apa. Takkanlah dia mampu tangguh kes liwat dia sampai bila bila. Akan tenggelamlah tu.
sila baca artikel karim raslan dlm star 17 Nov (hari ini) yang mengecam obama dan pendirian AS masakini sbg hipokrit dan pemimpin2 ASEAN yg begitu bangga bergambar bersamanya sbg tidak berpendirian.
Inilah kelemahan Melayu. Kelemahan yang memang sudah begitu lama dipertahankan. Kelemahan yang merantai daya maju orang Melayu.
Apabila orang luar negara kata Malaysia bagus dan betul, bersorak-sorak gembira. Apa lagi kalau yang kata tu Amerika, England dan negara maju yang lain. Begitu juga kalau yang kata Malaysia bagus tu orang yang berkulit putih.
Apabila ada orang luar kata Malaysia tak bagus atau salah, menjerit-jerit kata orang luar tak wajar campur tangan urusan dalam negeri Malaysia.
Cara pemikiran yang amat lemah yang terus membelenggu Melayu dan menahan Melayu dari mencapai kemajuan.
Post a Comment