Wednesday, November 18, 2009

Khalid Samad Berceramah Di Gereja, Xavier Masuk Masjid

Khalid Samad sedang berceramah di gereja. Sila lihat video ini.

Pada 27 Mac 2008, Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) ketika berucap di Gereja Divine Mercy, Roman Katolik menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada perkataan 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa kalimah 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Khalid bersetuju dengan gesaan Irene. Tuntutan ke-9 Interfaith Commission berbunyi "Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Khalid mempercepatkan misi IFC di Selangor.

Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad sudah masuk ke gereja untuk beri ceramah. Apakah Khalid sudah lama diberikan tauliah untuk berceramah di gereja? Pada 18 Oktober 2009, kononnya seramai 650 orang ahli kariah masjid di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak memberi tauliah kepada Khalid Samad untuk mengajar di masjid. Apakah Xavier Jayakumar ada tauliah untuk berceramah di masjid? Xavier dan Teresa Kok sudah masuk masjid. Lepas ini apakah giliran itu pergi pada Ronnie Liu dan Elizabeth Wong pula?

"Khalid bertanggungjawab mengajar penduduk menjadi biadab kerana meminggirkan kebajikan dan hak masyarakat di Seksyen 23. Dari Mei lalu hingga kini, tiada sebarang toleransi dan sensitiviti yang ditunjukkan oleh pemimpin Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin hak serta agama Islam terpelihara" kata Ahmad Mahayuddin Manaf (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Kuil Seksyen 23 Shah Alam). Ahmad Mahayuddin Manaf adalah ahli PKR Wangsa Maju manakala Ibrahim Sabri (Naib Pengerusi Jawatankuasa) adalah aktivis reformasi. Bukan menyelesaikan masalah orang sendiri, Khalid Samad memarahi pula Jawatankuasa Surau Seksyen 23 Shah Alam kerana membantah pembinaan kuil. Tidak sekadar marah sahaja, Khalid turut "memaksa" jawatankuasa surau untuk bersetuju dengan pembinaan kuil di Seksyen 23. Inikah cara ajaran Parti Islam SeMalaysia?


Dewan Perhimpunan Orang Ramai Persatuan Persatuan Perkuburan Cina ini didirikan secara haram di atas tanah wakaf orang Islam. Bila pembangkang menang di Selangor, mereka batalkan keputusan kerajaan BN untuk alihkan dewan ini daripada tanah wakaf orang Islam. Malah rasuah turut ditawarkan oleh PAS bagi mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan ini.

Khalid Samad turut terlibat bersetuju pemberian tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Jalan Batu 3 untuk Dewan Orang Ramai sebuah persatuan Cina (baca sini) . Inilah ajaran PAS For All yang dibawakan oleh Khalid Samad. Mengkhianati bangsa dan agama sendiri tidak mengapa bagi Khalid, asalkan mendapat undi dan kekal berkuasa. Contoh terbaik produk Erdogan didikan Anwar bin Ibrahim. Guru borek, murid rintik. Buat orang-orang Melayu PAS dan PKR di Selangor, biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Bila agama dan bangsa sudah tergadai, menangis berderai-derai sudah tidak berguna lagi.


13 comments:

Harimau-Menaip said...

Kalau betul kata Tuan Blog ini, laknat buat mereka.

Jadi barua IFC? Bodoh.

Anonymous said...

ha ha ha. padan muka org selangor. rasa kan. lain kali nak pangkah buat le kajian dulu. semua org tahu khalid dah memang teruk mcm abang nya. tapi org selangor pangkah. PADAN MUKA!!

pencinta kebenaran said...

satu jek yg boleh di katakan pada penjual agama ni..."celaka"!

Anonymous said...

Tuan Blog

Kenapa baru sekarang nak ungkit masalah2 perkauman dan hak2 org melayu dah terjejas.

Ini bermakna 50 tahun BN perintah hak2 org melayu dan hak2 bukan melayu tidak diurus dengan bijaksana.

inilah dikatakan sudah jatuh baru tergadah.

pergi jalan lah dengan BN

yb Raz said...

biarkanlah dia ambil tanah wakaf tu..biar dia mati kembung perut..orang macam dia ni hanya ini yang boleh mengajarnya..

Selangor Wave said...

Salam bro AP,

mohon copy artikel penting ini ke blog saya.

Selangor Wave

Jeffry said...

SLM BRO..INI LAH YG PUAK MILITAN PAS PERJUANGKAN SELAMA NI. POLITIK PUNYE PSL SAMPAI SANGGUP BERTUKAR2 CRAMAH KT RUMAH IBADAT. DH TU BILE SULTAN X BENARKAN CERAMAH POLITIK DI MESJID2, TUDUH MELAYU JADI YAHUDI!..PALO HOTAK DIO LA JANG! HARKK PTUIHH!

danish said...

Khalid Samad, Khalid gagap..samo je lah tuh. Tapi la nih aku tengok Khalid gagap dah insaf sikit. Kalau betul apa yg aku dengar dia ni nak setelkan kes dengan Bank Islam, nak mintak tolg kat najib, tapi Khalid Samad la naik tocang. Macam cipan, sanggup pergunakan agama utk politik.

Anonymous said...

sapa mamat cina November 19, 2009 9:16 AM yg tulis boleh jalan tu.

satu hari nnt ko tau la nasib bangsa ko, ko ingat ko dah kayaraya dibumi bertuah ni ko bleh berlagak?? jgn harap la skrg dimana2 pon org melayu dah bangkit.

sikit masa lg, akan jadi mass movement dan kali ini kita akan boikot semua kedai cina sebagai protes pada cina DAP yg bongkak.

azim

Anonymous said...

saya amat tertarik dengan topik ini...orang pas cakap BUMI ni hak ALLAH.....untuk semua umat bukan untuk orang MELAYU....apa ke bodohnye mereka sampai nk cakap mcm tu...diorang ni salah konsep...memang bumi ni hak ALLAH kita ni menumpang tapi perlu diingatkan disini..kita sebuah negara Islam...kita ada tanggung jawab kpd bukan ISLAM bukan bagi apa yang kita ada sampai mengabaikan diri sendiri....semua cakap belit la pembangkang ni...anuar dulu sokong bn ni da sokong pembangkang...dulu nik aziz ckp lain skrang caka lain...diorang bersatu dgn DAP boleh atas sebab ISLAM mengalakkan umatnya bersatu dan menghormati hak bangsa lain tapi dengan BN tak boleh berpepaduan...MCM NI KE TOK GURU NIK AZIZ...HINA SANGAT ke BN...DAP mulia ke?kalau orang kuata agama sekali pun dia takkan membodohkan orang lain sebaliknya fikir mcm ne nk memandaikan orang lain....cube kita lihat negeri2 yang ditadir pembangkak...apa kemajuan yang dilakukan selain janji manis mereka.....

LOL said...

BN akan kalah lagi di Selangor. Ko tunggu lah gempuran budak budak reformasi nanti. Kami yang baru masuk Putera UMNO ni dah muak dengan UMNO. Gi jalanlah dengan BN

Anonymous said...

respon pada LOL...


budak tadika yang tak cukup umur pon boleh cakap..kami baru masuk PAS dah rasa macam sial je PAS tu..huhuhu

Anonymous said...

aku pon ahli pas yang telah sedar dan menyesal krn terjebak dengan pakatan yang menbaculkan agama. Dimana kedudukan agama islam dimata Dapig?