Monday, November 30, 2009

Kelakuan Biadap DAP

Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. Namun gambar bekas rakan DAP mereka yang berada di tengah, tidak dipijak oleh mereka. Tindakan yang cukup biadap oleh DAP terhadap Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi. Apakah orang-orang Melayu dari PAS dan PKR boleh berpeluk tubuh sahaja dengan perbuatan biadap ini?

"They are too dirty to me to even step on" kata Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP (The Star, mukasurat N8). Sama seperti bapanya, Guan Eng juga tidak memijak gambar Hee Yit Foong. Perangai biadap anak dan bapa ini disorak gembira oleh wakil rakyat DAP yang lain. Mereka menghina orang Melayu sedemikian rupa di Perak. Sesudah ayat suci Al Quran dipersendakan di atas pentas politik, buku aturcara dewan yang mengandungi ayat suci Al Quran dihentak-hentak dalam Dewan Undangan Negeri, membelasah Bentara Dewan, bersikap derhaka kepada Sultan, kini dipijak pijak pula wakil rakyat Melayu sewaktu Konvensyen DAP Perak. DAP sudah naik tocang di Perak. DAP menjadi biadap bila orang-orang Melayu dalam PAS dan PKR turut sama menyokong semua tindakan mereka.

Tindakan biadap Kit Siang dan Guan Eng ini bagaimanapun dibayar cash oleh seorang demonstran India yang membakar gambar Lim Guan Eng pada 30 November 2009 di Pulau Pinang. Demonstran tersebut memprotes kerajaan negeri Pulau Pinang yang gagal menanggani isu Kampung Buah Pala. Bekas penyokong HINDRAF pun sedar siapakah DAP yang sebenar. Apakah orang-orang Melayu dari PAS dan PKR mahu tunggu sehingga gambar mereka dipijak baru hendak sedar? Demi maruah Melayu, usahlah biarkan DAP menjadi terlalu kurang ajar begitu. Kalau kerana wang ehsan, Nik Aziz sanggup berdoa memohon bala, apakah pula reaksi Nik Aziz terhadap tindakan DAP ini? Sudah tentu Nik Aziz akan pertahankan rakan baiknya ini. Jika demonstran yang membakar gambar itu ditangkap untuk siasatan, ketiga-tiga pemimpin DAP yang membuat kurang ajar tersebut juga perlu dikenakan tindakan tegas. Jika tidak, esok lusa akan ada lagi kelakuan yang lebih kurang ajar dan bersifat perkauman akan dilakukan oleh mereka.

7 comments:

Dr.Sid said...

bila terkena muka sendiri baru lah tau..hah..rasakan..

Kamal said...

LOL..memang patut kena pijak lah. Melayu tu pengkhianat. Padan muka

danish said...

Apa yang korang merapu nih? Bangsa sendiri kena pijak korang ckp padan muka? Apa punya melayu la korang nih.. dah la bahlol..jumud pulak tuh. Sok lusa kalau apek2 nih pijak muka mak bapak korang pun korang akan ckp padan muka? Pasal tu apek2 nih naik tocang, pasal ada melayu yang bodoh macam korang nih.. bodoh di negeri sendiri, bodoh di jadikan kuda tunggangan apek2 keparat nih, bodoh pasal sanggup menghalalkan cara, semuanya tentang kebodohan melayu di bumi sendiri. Bodoh..bodoh dan bodoh punya melayu yang sokong DAP bangsat nih.

Sampai bila korang nak di perbodohkan oleh bangsat2 nih? Tunggu apek2 nih jadikan Malaysia macam singapore? Korang nak tunggu apek2 nih cakap melayu sudah tarak guna lagi, sikalang cina lagi ada kuasa..so, tukar malaysia jadi DAPSIA?

Aku tak tau laaa...apa punya keturunan korang ni sampai di perkudakan macam tu sekali.

Ini bangsat memang sudah lebih... kita lihat nanti apa kesudahannya.. dia belum lihat kebangkitan Melayu...

Sekarang siapa pengkhianat? Melayu2 tu bertukar arah psl takmau jadi kuda tunggangan DAP keparat..korang nih lagi pengkhiat sebenarnya..psl mengiyakan apa yang apek2 jahanam tu cakap..

Anonymous said...

lim kit siang kurang ajar

Anonymous said...

memang kurang ajar pijak gambarorang.

Anonymous said...

kamal tu bukan melayu. tu anak cina yg menyamar jadi anak melayu, cybertroopers dap tuhh..

din

Anonymous said...

sudahlah kamal...samada nko ni betul melayu atau hanya menyamar..aku x kisah ...sebab? orang yang macam nko nilah perosak agama, bangsa dan negara.
ni lah kecanggihan teknologi yang menghalalkan cara nko mengapi dan konon bebas bersuara...pegi berambus nko dari malaysia