Sunday, November 29, 2009

Chin Peng: Kepulangannya Akan Memecah Belahkan Perpaduan Rakyat


Chin Peng mahu pulang ke Malaysia, namun dia tidak bersedia memohon maaf atas kegiatan ganasnya semasa mengetuai Parti Komunis Malaya (baca sini). Chin Peng berkata "Tidak". Leong Cheok Keng (Peguam Chin Peng) berkata, Chin Peng sedia memohon maaf sekiranya ada bukti anggota Parti Komunis Malaya telah dengan sengaja membunuh rakyat yang tidak berdosa. Bukti apa lagi yang dimahukan, tidak cukupkah bukti kecacatan fizikal yang dialami oleh bekas-bekas perwira negara. Mereka ini masih lagi hidup dan bernyawa untuk dijadikan saksi. Kenapa Chin Peng bersungguh-sungguh benar mahu pulang ke Malaysia? Apakah Chin Peng mahu mayatnya disemadikan di Malaysia?. Dibina tugu besar agar dia diingati kononnya sebagai perwira negara?.

Gambar di atas adalah gambar mayat anggota polis Bukit Kepong yang rentung dibakar oleh PKM dalam satu serangan berdarah pada 23 Februari 1950. 25 orang terkorban dalam serangan tersebut termasuklah Hassan Abu Bakar (anak kepada Konstebal Abu Bakar) telah dicampak hidup-hidup kedalam api oleh komunis. Apakah rakyat Malaysia buta sejarah hingga lupa semua kekejaman Chin Peng ini? Atau Chin Peng yang buta sejarah kekejamannya sendiri. Jika dibenarkan Chin Peng pulang, besar kemungkinan banyak lagi fakta sejarah akan diselewengkan untuk berpihak kepada Chin Peng semata-mata. "penulisan sejarah negara perlu dikaji semula dengan mengambil kira sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) ke arah kemerdekaan tanah air" (Buku alias Chin Peng, mukasurat 490). Ini salah satu bukti bagaimana Chin Peng cuba mempotraitkan kegiatan ganasnya sebagai pejuangan kemerdekaan.

Berikut adalah surat jemputan minum teh daripada Chin Peng kepada Anwar Ibrahim (baca sini). "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," kata Anwar Ibrahim pada 13 Jun 2009 di Kongres PKR di Bangi. Mungkin kerana ucapan ini, Chin Peng berminat benar untuk berbincang sambil minum teh dengan Anwar Ibrahim. Kenyataan Anwar Ibrahim ini sebenarnya boleh memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia. Ianya seolah menghasut orang lain untuk bersetuju dengan kehendak Chin Peng. Jika Kit Siang dan DAP mahu melaksanakan konsep Malaysian Malaysia, perkara pertama yang DAP perlu bantah adalah kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Namun, apakah DAP mahu bercanggah pendapat dengan Chin Peng? Ketika MCA bergolak tidak berhenti-henti, GERAKAN hilang kuasa di Pulau Pinang, DAP sedang naik tocang di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Chin Peng pun menyelit untuk mengambil kesempatan.

4 comments:

Dr.Sid said...

wahai peguam chin peng, (malas nak sebut nama kau panjang sangat)

cakap kat chin peng;

GO TO HELL

bungaraya said...

Kalau bukan biadab, bukanlah DAP namanya. Kini PASpun ikut biadab seperti DAP juga. Apalah lagi PKR.
Mereka tidak lagi mengikuti norma murni dalam hidup bermasyarakat.

danish said...

ye betul..DAP di tubuhkan untuk menjadi tersangat biaDAP..psl sejak azali penubuhannya adalah untuk mengkucar kacirkan kerajaan.

PAS terpaksa ikut perjuangan DAP yg biadap tu. Halalkan semua asal kan dapat memerintah...

PKR di tubuhkan utk menutup isu sodom Anwar, bukan utk mendemokrasikan Malaysia.

So, cerita sebenarnya...

renung-renungkan lah....

Anonymous said...

Adakah Chin Peng rakyat Malaya atau Malaysia? Setahu saya yang cetek ilmu sejarah, Chin Peng bukan rakyat mana-mana Raja atau Sultan Melayu.Justeru, dia bukan rakyat Malaysia.
Dia pernah diberi peluang pada tahun 1998, tetapi tidak mempedulikan tawaran Kerajaan Malaysia.
So.....