Friday, November 27, 2009

Banjir Besar di Jeddah


Ketika umat Islam seluruh dunia merayakan Aidiladha dan melakukan ibadah korban, ada umat Islam di tempat lain yang terkorban. Banjir besar melanda bandar pelabuhan Jeddah pada 25 November 2009. Terburuk sejak 27 tahun yang lalu. 77 orang dilaporkan terkorban. Ribuan jemaah haji sekarang ini terkandas di lebuhraya. Jeddah adalah pintu masuk ke Mekah yang jaraknya 65km dari King Abdulaziz International Airport. Setakat ini belum ada kematian di kalangan jemaah haji Malaysia (baca sini) . Marilah kita bersama mendoakan keselamatan semua jemaah haji di Mekah. Moga Allah SWT memelihara mereka daripada malapetaka dan bencana. Amin.

0 comments: