Sunday, November 8, 2009

Bakar Stadium, Banjir & Wang Ehsan


Ketiga-tiga perkara ini bersangkut paut dengan Kelantan. Pada 7 November 2009, sesudah ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, beberapa orang penyokong Kelantan telah bertindak membakar kain rentang dan kerusi stadium. Marah kerana Kelantan akan kalah? Orang yang tolong padam api pun dilempar dengan botol air. Waktu jaringan itu, baru minit ke-59, masih ada 31 minit lagi masa permainan, tetapi penyokong sudah tidak mahu tengok bola. Mereka lebih suka membakar sepanduk dan mercun sebagai tanda protes. Hinggakan seorang wartawan cedera di leher terkena mercun. Inikah akhlak yang dibawa dari negeri yang digelar sebagai serambi Mekah? Memalukan sesetengah penyokong Kelantan lain yang sabar dan redha dengan keputusan perlawanan.

Banjir berlaku akibat kemusnahan alam sekitar dan ekosistem yang terganggu di Kelantan.

Di Kelantan, hujan lebat yang melanda sejak 3 November 2009 lepas telah mengakibatkan sejumlah 1,210 orang penduduk dipindahkan ke 20 pusat pemindahan banjir. Banjir air di Kelantan, di Bukit Jalil pula kebanjiran penyokong Kelantan memenuhi stadium dan di Taman Melewar, Gombak kebanjiran ahli-ahli PAS memenuhi seminar politik PAS. Mahukah PAS mengutip derma di Taman Melewar buat membeli kerusi stadium yang telah dibakar? Atau meluluskan usul agar wang ehsan dan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Kedah.

Trak polis dibakar kerana kalah lawan Negeri Sembilan di Kota Bharu pada 7 April 2009. Malam tadi, sepanduk dibakar, kerusi stadium dibakar. Malah cermin kereta penonton turut dipecahkan di kawasan letak kereta stadium. Apa pula komen Nik Aziz mengenai perlakuan rakyatnya ini? Selama ini sedap benar PAS menyalahkan orang lain, bila terkena atas tanggungan mereka, apa pula jawapan mereka?


Mana pergi duit balak di Kelantan? Sesudah hasil hutan habis digondol, PAS ketagih duit minyak pula untuk meneruskan pemerintahannya di Kelantan. Marah benar PAS bila duit minyak mahu disalurkan terus kepada rakyat bukan melalui kocek PAS di Kelantan. Jika beri kepada PAS, apakah pembangunan yang akan dibuat oleh PAS di Kelantan? Besarkan jalan dan stadium?

Pada 4 November 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) mengumumkan akan memberikan wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan di Dewan Rakyat. Beberapa orang ahli parlimen PAS membantah. Malah selepas itu, Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) menolak dengan angkuhnya pemberian wang ehsan tersebut. Rakyat Kelantan seharusnya mendesak PAS Kelantan untuk menerima pemberian wang ehsan ini untuk kebajikan bersama. Keuntungan balak Kelantan tidak pernah disoal pun oleh rakyat Kelantan. Setiap hari, berpuluh puluh lori balak keluar dari Lojing. Pergi ke mana hasil tersebut? Tak cukup duit, bila ceramah mereka minta duit lagi. Masuk poket rakyat atau masuk poket siapa?

18 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

Tahun depan 2010. Kelantan patut dilarang dari menyertai pertandingan liga Malaysia.

Anonymous said...

Kelantan jadi lagu pasal Negeri Sembilan Biso Bona. Hobin Jang Hobin....

man Kidal said...

awat la bengong sangat bloger sekoq nie... yg ko pegi buka cerita basi tu apahal... seandainya benar cerita balak lojing tu aku rasa nik aziz and the gang dah jatuh kedebok dah sbb di ganyang oleh SPRM dan JABATAN HUTAN... tapi sampai skrg habok pon tarak... budak kg hulu boleh ko nipu beb...

Anonymous said...

nk bwat mcm mna n.ajis kata halal..
jajnji sokong pas pis pus...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Inilah anak didik pemimpin "ISLE" di Kelantan. Berjayakah mereka mentarbiyahkan rakyatnya selama 20 tahun mentadbir kelantan?

Dimana contoh yang dapat kita ambil dari segelintir rakyatnya baik dari segi politik dan sukan?

Berjayakan "ISLE" di Kelantan dibawah naungan Mursyidnya?

Inikah aklaq yang ditunjukkan oleh rakyat serambi mekah ini dalam bidang sukan...bukankah kalah menang itu sudah lumrah...

Apakah sukan juga seperi politik pemimpin mereka...tidak dapat menerima ketentuan.

Alahai...kesian melihat sikap manusia seperti segelintir penyokong-penyokong dari negeri serambi mekah ini...

Inikah budaya "MELAYU ISLAM" bersukan...bertamadunkah mereka ini atau masih dalam kepongpong kedaerahan dan keakuan...

PAS perlu betanggung jawab diatas apa yang belaku hari ini.

Terbayangkah kita jika PAS menjadi pemimpin di Negara ini...apakah sikap seluruh rakyatnya juga terikut-ikut gaya ala samseng seperti yang ditunjukkan ini.

Apakah komen pemimpin-pemimpin PAS. Adakah budaya samseng ini juga salah satu budaya yang harus PAS menunding jari kearah UMNO?

Renung-renung lah seluruh pemimpin PAS...Berjayakah kalian mentarbiyahkan rakyat kalian selama 20 tahun mentadbir Kelatan...Berjayakah PAS selama ini mendidik para-para belia menjadi insan yang bergelar manusia...atau lebih banyak produk haiwan dari manusia renung-renunglah.

Inilah hasil produk-produk kepimpinan PAS selama 20 tahun kearah Negara melayu "ISLE" ...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Mahu membantu rakyat....Pooooorah !!! bagi duit raya pada anak khariah DUN sendiri habis RM400 ringgit pun menyalak dalam blog...inikan pula untuk membantu rakyat....

Che Leh Jangok said...

Dah dapat kat rakyat tu baguslah. Tak tapi dia tak nak. Kena lalu poket dia. Dapat untung sikit. Bukan rakyat yang dipentingkan. Nanti rakyat pula akan diajar supaya menolak. Kalau hambalah. Hamba akan marah orang macam ni dan tak akan undi dia lagi.

Nokia E 90 said...

duhai ngok, kow pi tanya perbendaharan malaysia, negeri mana yang banyak bayar hutang....negeri mano yang rekodbayar hutang makin lamo makin indah. pakai le otak sikit, mentang2 le dah 52 tahun dok ratib yang sama.....

Anonymous said...

mula mula sokong Kelantan tetapi apabila melihat bendera PAS juga dibawa ke gelanngang sukan..saya berdoa agar NS menang..alhamdullilah..NS menang..apa jadah bawak politik murah macam ni di stadium bola..dah tak cukup ke..lepas tu membakar harta staidum dan merosakkan kereta orang yang tak bersalah..HamPAS Harammejadah!!!!

My Longest Yard said...

Baca sini...

Anonymous said...

salam,
sungguh memalukan...apa lagi nak dikatakan kpd negeri yang pemimipinnya menggelarkan negeri serambi mekah....sugguh rendah mentaliti rakyatnya..walaupaun bukan semua..tapi siapa yang harus dipersalahkan...sikap begini sebenarnya dah lama dipupuk dan menjadi satu kebiaasaan bagi mereka hasil daripada sifat pemimipin mereka sendiri....

kenapa tidak boleh terima kekalahan..padahal..negeri 9 sendiri dah berapa kali kalah dalam final PM..tapi tetap akur dengan kekalhan..

kesian.....dimana letaknya islam di negeri ini.....????

Warisan said...

Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia

Inilah gara-gara asyik "Take Beer" dan baca "h ARAK ah" sahaja.

Wahai liPAS teruskanlah agenda "PAS For All"... mudah-mudahan KS n LKS mahu di "potong" anunya.... potong jangan tak potong.

Anonymous said...

bodo la blogger ni, ko tau x balak 2 org umno yg kebas... pastu pnd2 plak pitnah pas,,, xlme lg lingkup la umno... aku rase xlme lg ko plak yg agkt sumpah kne liwat... sume sbb duit...

Anonymous said...

penyokong2 kelantan yg pakai bendera PAS ni pedulik apa, sbb mereka tau team bola mereka annuar musa yg punya.

sebab tu mereka merusuh, bior padan annuar musa mereka kata. tu la hasil tarbiah PAS 50thn. benci pada UMNO benci sesama islam.

sbb tu tuhan tak kasi kelantan menang, kalau menang sure muka niz aziz akan penuh dibillboard di seluruh negeri kelantan sambil gambar piala malaysia disebelahnya.

lembu punya susu sapi dpt nama. kesian annuar musa susah senang sama bdak2 bolanya.

zek-kapcai

Anonymous said...

NOKIA E90

tu la modal kau yg aku dah dengar 10thn dulu....

tak habis2 kata tak dak hutang dgn k'jaan pusat, negeri paling displin bayar hutang, uwekkk nak muntah aku.

kalau hutang sikit apsal tuan guru kau terhegeh2 nak mintak soft loan 600juta dari k'jaan pusat. cete skett??

tapi air tetap keladak juga, mana pegi duit tu, buat bendera??, husam kapor?? buat buddha baring??

jalan majlis pun suruh JPP buat?? mana gi duit cukai pintu?? semua kena balun??

bodoh la ko Nokia ...

Joe
Dengkil

danish said...

NOKIA E90 tu bahlol..dia pun antara geng2 yang taksub dan jumud. Apa yang Nik Ajis ckp semua betul..pirahh

MOHD FIRDAUS said...

Parti Ajaran Sesat(PAS)

Anonymous said...

Parti Ajaran Sesat??
SAPE SESAT SEKARANG NI?????????AKU RASE KAU YANG SESAT!!!