Thursday, November 12, 2009

Bai'ah & Solat Hajat : PAS Sanggup Buat Apa Saja Untuk Kuasa

Pada 28 Oktober 2009, jam 10.15 pagi ,sekumpulan penyokong PAS di Perak telah menunaikan solat hajat berdekatan dengan Wisma DAP Perak. Selain bai'ah talak tiga kepada isteri jika melompat parti yang dilakukan oleh 28 orang calon PAS Perak pada 21 Februari 2008 di hadapan Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak), PAS Perak juga melakukan solat hajat di hadapan Wisma DAP di Ipoh. Kenapa tidak buat solat hajat di masjid atau markas PAS sahaja? Di Selangor, Xavier dijemput ke masjid. Di Perak, DAP jemput PAS bersolat di wisma mereka. Bila terlalu inginkan kuasa, PAS sanggup buat apa sahaja. Inilah slogan PAS For ALL.
Apakah bangunan DAP sengaja dijadikan background untuk aktiviti solat hajat ini? Ada dakwaan bahawa solat hajat tersebut tidak berkiblatkan kaabah sebaliknya berkiblatkan Dewan Undangan Negeri Perak. Benarkah begitu?, sila baca blog ini. Jabatan Agama Islam Negeri Perak perlu menyiasat dakwaan ini.

Dalam blog PAS Perak ini, penyokong PAS Perak diseru agar mengadakan solat hajat secara berterusan untuk memenangkan PAS di Perak. Paling mengejutkan, disertakan surah Ahzab untuk menghancurkan BN di Perak. Beginikah caranya parti yang dinamakan Islam berpolitik? Solat hajat dan bai'ah dijadikan sebagai alat politik PAS. Sebagai umat Islam, kita jangan terlalu taksub dengan gesaan dan perbuatan-perbuatan yang sengaja diada-adakan untuk kepentingan politik semata-mata. Kalau diikut juga, akan kucar kacirlah umat Islam.

6 comments:

adf55650 said...

Selama ni PAS cuba menunjukkan kepada orang Islam bagaimana mereka telah SESAT Sekarang mereka cuba pula tunjuk kepada DAP bahawa mereka juga orang BODOH.

Anonymous said...

solat tak ngadap kiblat hukumnya haram.

solat nak menunjuk2, walau sebesar zarah ada prasaan riak, tak akan diterima.

ni solat sah2 dgn niat nak dipertontonkan utk meraih simpati politik.

jahanam puak2 berotak PAS nihh..

danish said...

Bahlol sungguh pemikiran orang-orang PAS di Perak ni. Ketika umat Islam berbondong-bondong mengadap Kiblat di Mekah (menunaikan Haji), ada jugak insan yg bahlol sebegini di muka bumi Malaysia ni. Motifnya mungkin kita ketahui, untuk meraih simpati dan menunjuk-nunjuk yg PAS itu Islam, Islam itu PAS. Walhal bangunan di belakang tu adalah kepunyaan musuh-musuh Islam. Tu lah bila politik dan agama di campur aduk. Macam-macam yg tidak boleh, di bolehkan. Solat hajat boleh di lakukan, tapi biar kena pada tempatnya.

JeLin =) said...

masyallah..apa nak jadi dah orang Melayu kita di Perak ini? begitu mudah sekali DAP memandang rendah terhadap Islam, saudara Islam kita mudah termakan akan helah DAP ini. bangkitlah cepat sebelum semua terlambat.Sesungguhnya Allah S.W.T menerima taubat umat-NYA. Janganlah politik dijadikan perkara utama dengan membelakangi agama.

Jeffry said...

SLM BRO..DIORANG NI BKN SETAKAT BAHLOL LAGI TP BANGANG TAHAP DEWA. SESAT YA AMAT!. TU LA TAKSUB X KENE TMPT. MAIN LARUNG ASAL BOLEH JEK!...PAS MM MCM TU

Anonymous said...

Ini semua solat menunjuk-nunjuk. Kononnya mereka ni la yg betul sangat. Kalau betul nak solat buat la di mesjid, bukannya buat atas jalan kononnya mereka ni la pejuang parti bahlul tu. Kita bukan tak galakkan umat Islam menunaikan solat sebab solat itu tiang agama tapi yg dipertontonkan pada seluruh rakyat hanyala adengan 'solat' mereka ni yg konon nak tunjuk mereka ni betul. Sebenarnya mreka ni tolol, bahlul dan memainkan isu agama dlm politik mereka. Apasal tak ajak Nizar, Sivakumari, Kit Sial solat sekali. Agaknya masa depa ni bersolat tgh panas si Nizar dgn geng tgh minum untuk hilangkan haus. Mesti Ngeh dan Nga bangga dgn bahlul-bahlul ni cara raih simpati. Bukan org simpati pun pada mereka tapi orang lagi menyampah adala... tak payah la nak eksyen solat tu... kami tahu kamu semua ni solat kosong jer...