Wednesday, October 14, 2009

Pilihan Raya Kecil Lagi Di Pelabuhan Klang?

"Bagi saya, prinsipnya ialah mana-mana wakil rakyat yang gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat, patut meletakan jawatan dan menyerahkan mandat kembali kepada rakyat" demikian gesaan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) dalam Sinar Harian, 13 Oktober 2009, mukasurat S13. Pilihan raya kecil belum pernah berlaku lagi di Selangor. Kali terakhir adalah di Ijok pada April 2007. Di beberapa negeri lagi yang didominasi oleh pembangkang sudah ada pilihan raya, Kelantan (Manek Urai), Kedah (Bukit Selambau), Perak (Bukit Gantang) dan Pulau Pinang (Permatang Pauh, Penanti, Permatang Pasir). Hanya Selangor belum ada lagi pilihan raya kecil. Setakat ini sudah ada 9 pilihan raya kecil. Apakah akan ada pilihan raya kecil lagi selepas ini?

Pada 12 Februari 2009, Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Klang, PKR) telah menafikan beliau meletak jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang (baca sini). Badrul juga menafikan beliau hilang dan terlibat dengan skandal khalwat. "Tak ada... saya tidak buat benda itu" jawab Badrul berkaitan isu khalwat.

"Saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan-kelemahan yang telah diutarakan dan komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat," nekad Badrul Hisham. Apakah selepas 9 bulan, Badrul masih lagi belum membaiki kelemahannya? Hinggakan digesa meletak jawatan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor. Kemungkinan ada kesalahan besar yang dilakukan oleh Badrul hinggakan desakan sebegitu keluar dari mulut Yaakob Sapari.

Nik Aziz mengatakan kemenangan BN di Bagan Pinang adalah tidak bermoral dalam Sinar Harian, 13 Oktober 2009. Apakah seseorang wakil rakyat yang mengaku secara terbuka berbogel itu adalah bermoral?

Bila rakyat bersuara melalui undi di Bagan Pinang, mursyidul menuduhnya sebagai tidak bermoral. Yang sebenarnya tidak bermoral pula dibela habis-habisan, langkah siapa yang terbalik sebenarnya?

Selain isu perletakan jawatan Badrul di Pelabuhan Klang. Ada dua lagi kawasan di Selangor yang dikaitkan dengan desas desus pilihan raya kecil. Satu di Bukit Lanjan dan satu lagi di Kota Alam Shah. Pada 16 Februari 2009, Elizebeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) yang dikaitkan dengan beberapa keping foto bogel miliknya menyatakan ingin meletak jawatan. Namun akhirnya Elizebeth tidak meletak jawatan setelah mendapat "pengampunan" daripada Nik Aziz pada 20 April 2009 (baca sini). Manoharan (ADUN Kota Alam Shah) menyatakan ingin meletak jawatan pada 19 Mei 2009 berikutan masih lagi berada dalam tahanan ISA pada ketika itu. Namun akhirnya, bila dibebaskan, Manoharan tidak jadi juga letak jawatan.

Apakah Badrul Hisham akan dijadikan korban terbaru PKR di Selangor untuk memulihkan semula imej pakatan pembangkang yang kalah teruk di Bagan Pinang? Pakatan pembangkang amat terdesak untuk membuat pilihan raya kecil lagi bagi menghalang momentum yang dicipta di Bagan Pinang. Badrul Hisham bakal menjadi "kambing hitam" terbaru PKR sebagaimana yang berlaku pada Fairus di Penanti. PKR telah membelangkangi suara rakyat yang telah mengundi mereka. Rakyat yang memilih tidak dihargai. Terlalu banyak wakil rakyat PKR yang memberi masalah bila mereka menjadi ADUN. Apakah ini menunjukan PKR salah memilih calon-calon wakil rakyatnya?

8 comments:

Anonymous said...

Bila memilih orang yang tak berkelayakkan macam tu lah jadinya...

Anonymous said...

Cina MCA yang tidak berugama Islam tolak Presiden dan timbalan presiden kerana didakwa terlibat skandal wang dan perempuan-Nika Aziz.

Tapi Elizabeth Wong yang terlibat skandal laki-laki dan bogel naik hajjah di Kelantan dan berucap dalam acara PAS...

DNL said...

dah kata dah.... bukan satu tapi dua ada lagi satu..........

rizuan mh said...

Nik Aziz kena berfatwa lagi lepas ni. Tak habis-habis masalah dalam pakatan dia.. Patutnye dah tua mcm tu luangkan masa ntuk amal ibadat, ntuk anak cucu..bertaubat dr politik. Ni tak, makin galak pulak dia mencipta fatwa-fatwa baru. Nasib baik kata-katanya tak diiktiraf sebagai firman atau sabda. Kalau dah sampai tahap tu, tunggu sajalah bumi Kelantan dan Malaysia amnya digoncangkan dengan goncangan yg amat-amat dahsyat.

rizuan mh said...

Pemimpin yang kena pimpin ni nampaknya. Lihatlah org Port Klang betapa ruginya anda semua memilih pemimpin seperti brader ni. Dah berapa lama ni dia dpt kuasa tp apa yg dia bagi kat org2 kawasan dia? Strategis PKR npk sgt cetek, tandus dan kontang idea nak ketengahkan pemimpin yang terbaik. Akibat undi protes jugak barangkali maka org2 Port Kelang terpaksa tanggung liabiliti sebegini bsr, memimpin mereka sekali gus. Apa lagi yg nak diharapkan? Pilihan raya akan datang pastikan anda tidak protes lagi. Buruk padahnya. Brader ini adalah cth terbaik antara banyak-banyak contoh lain yg lahir sebagai produk PKR.

danish said...

macam-macam ada dalam politik sekarang. Yang peliknya bila BN menang tetap ada salahnya bagi Nik Aziz. Bagi Nik Aziz perempuan yang tidur berbogel dan duduk serumah dengan jantan lebih bermoral dan boleh di jadikan saudara sampai lubang kubur.

Kita tunggu dan lihat lepas nih apa akan jadi di Selangor. Yang tak rasmi Selangor akan pulang ke BN. Tu yang sekarang nih Selangor huru-hara. Lepas satu, satu PRK akan berlaku di Selangor. Bermula dengan Badrul Hisham.. kita tungguuuuuuuuuuu.......

Che Leh Jangok said...

Yang Bermoral mengikut kacamata Nicko Anjis tu ialah Elizaberth Wong.

hatiminda said...

nik ajis tu dah kena sumpahan Allah menggunakan agama utk kepentingan dirinya..yang haram dihalalkan dan halal diharamkan... dan mereng kepala si nik ajis ni... nik ajis..nik ajis mengapa kou tak elak ajis?