Kesinambungan "Wind Of Change" yang telah melanda UUM pada November 1999 diteruskan lagi dengan kemenangan Aspirasi pada 2009. Pada 1 November 1999, PERUBAHAN (Aspirasi) menang dengan 13-8 mengatasi parti "merah" atau dipanggil "taliban". Setelah beberapa tahun, kumpulan "taliban" pupus di UUM, pada 2009 munculah Pro Mahasiswa di UUM dengan menggunakan warna oren bukan lagi merah seperti "taliban" dulu.Pada 12 April 2009, Pengarah Strategik Pro-M UUM dipetik sebagai berkata bahawa "Setakat ini kita sudah ada 20 calon yang bersiap-sedia untuk PRK akan datang, bagi calon UMUM semua sudah dipenuhi." (baca sini). Pada 7 Oktober 2009, Tengku Mohd Hasrul (Pengerusi Pro M UUM) berkata dalam Malaysiakini, Pro-M UUM bercadang meletakkan sembilan calon. Lapan calon bagi kerusi umum dan satu calon untuk kerusi kolej akademik. Namun, ketika hari pengundian pada 8 Oktober 2009, ternyata Pro M tiada calon yang berwibawa. Mungkin tidak cukup pointer untuk bertanding. Hanya bertanding 5 kerusi sahaja berbanding 20 yang dicanang pada awalnya. Ini menunjukkan bahawa Pro M hanya sekadar menaguk di air keruh, bukannya bersungguh untuk menjadi wakil pelajar di UUM.
Menurut Pro M lagi, calon mereka akan terdiri daripada "pelbagai Ideologi Gerakan Mahasiswa seperti Melayu, Cina, India, Kepulauan Borneo juga Pelajar Antarabangsa". Realitinya ketika penamaan calon pada 8 Oktober 2009, tiada pun calon India daripada Pro M. Berbanding Aspirasi yang mempunyai calon daripada pelbagai bangsa dan agama.

Pada 11 Oktober 2009, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) telah menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk memBANTAH sistem e-undi dalam pilihan raya kampus. Dalam pertemuan itu juga BANTAH juga menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kerana "mencengkam hak bersuara mahasiswa". Bantah betul kumpulan Pro M ini. Sedarkah apa yang mereka bantah tersebut jika dimansuhkan akan merugikan bangsa mereka sendiri? Kalau cengkam hak bersuara, sudah lama dalang yang menconteng tulisan "puaka" di UM dibuang daripada universiti.
Pada 9 Oktober 2009, BANTAH berura-ura untuk memboikot pilihan kampus kerana tidak puas hati dengan e-undi. Pada tahun 2005, kumpulan pelajar pro pembangkang pernah memboikot pilihan raya kampus di 18 IPTA. Menurut Mohd Aizat (Pengerusi BANTAH) "BANTAH tidak mahu pemimpim mahasiswa yang dipilih dilantik daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya pemimpin sistem, tetapi mestilah (mereka yang terpilih itu) pemimpin mahasiswa yang mencabuli prinsip demokrasi yang adil dan telus," katanya dalam Malaysiakini. Apakah 2 orang wakil Pro M yang menang di UUM juga bobrok? Jika tidak setuju dengan e-undi, lebih baik gesa 2 orang calon Pro M tersebut letak jawatan sahaja.





11 comments:
Salam Aspirasi untuk Mahasiswa Bersatu...
QUOTED "Lapan calon bagi kerusi umum dan satu calon untuk kerusi kolej akademik. Namun, ketika hari pengundian pada 8 Oktober 2009, ternyata Pro M tiada calon yang berwibawa. Mungkin tidak cukup pointer untuk bertanding. Hanya bertanding 5 kerusi sahaja berbanding 20 yang dicanang pada awalnya. Ini menunjukkan bahawa Pro M hanya sekadar menaguk di air keruh, bukannya bersungguh untuk menjadi wakil pelajar di UUM."
To be frank, as a student myself, I don't think a graduated student wrote something like this. Maybe just fill your precious time by accusing peoples' fault as if you are a perfect human being.
I don't know you, but all the insultations and shits you were talking about made people feel annoyed. How come a former YDP MPPUUM could behave like this? My advice, you go back to your room, stand in front of the mirror, and talk to yourself "am i perfect, who am i? A MAN MADE WITH FULL OF DEFECTS"
Hey you, please be informed that PRO-M will be producing more and more candidates for the next election. All the aspirasi-shit members are just be there to fill the emptiness of positions, in fact they don't have the credibility to become leaders. All are based on physical attraction. That's why UUM is listed as the 2nd last University for market value in terms of soft-skills aka communication skills. Of all times aspirasi hold the positions as government in UUM, there's no improvements at all. The former MPP members just feeding their lust collecting bundle of money on their pockets.
One more thing, I don't think the new MPP members for the aspirasi side have the credibilty to become leaders. If they have the said characteristics of so-called as a leaders, prove it man! In fact, they don't know how to speak in English at all?? How could this happened? Poor UUM, that's why UUM is listed as 2nd bottom of the list because the leaders itself reflecting all of the students.
As a matter of fact, the PRO-M leader who has just became MPP can speak in English very well. Congratulatons to her. I'm not on aspirasis' or pro-ms' side. I've made research, and i think the leaders of Pro-M are better than aspirasi.
-i want my rights-
Okay, so you think you can speak in English and that counts as you are the perfect person?Hey, why don't you go and nominate yourself as one of the candidates?Why oh why you said you want your right but still sitting in your chair in front of your laptop and criticize others?
You said twice that UUM has the 2nd highest unemployability rate? Do you know why? Because we accept people like you to enroll in UUM. Can speak very well but no action? Everybody can talk and speak what they feel, but believe me to walk the talk is some other thing. So, my advice is, make sure you become one of the candidates next election, and if you are chosen, make sure you do what you think others have failed to achieve.
This comment is as a response to the previous comment.
Aneh.! Kenapa pakai warna orange. Bukanke itu warna dipakai oleh Protestant di Ireland yang agak aggrasive juga terhadap Islam. Penyokong kuat Clinton.
Padanlah Malaysia kini pun sokong dia. Kerja kitalah nak sedarkan dia tu.
Tahniah ASPIRASI UUM...
JUMLAH PELAJAR KELUAR MENGUNDI : 17156 ATAU 89.83%
JUMLAH UNDI DITERIMA : 16704 ATAU 97.37%
JUMLAH UNDI ROSAK : 452 ATAU 2.63%
JUMLAH TIDAK KELUAR MENGUNDI : 1942 ATAU 10.17%
KAWASAN UMUM (12 kerusi diperuntukkan)
UMMU SAADAH @ MURNI BT. ZAINUDDIN : 15434 UNDI = 92.33%
NURMAHIRAH BT MARUDIN : 15332 UNDI = 91.72%
SHELLA SUHANA BINTI MASAUD : 15328 UNDI = 91.7%
AMALIA BINTI ROSMADI : 14717 UNDI = 88.04%
SITI NOORASMAH BINTI HAMZAH : 14032 UNDI = 83.94%
MOHD SYAFIQ BIN JAPAR : 13951 UNDI = 83.46%
MOHAMAD RODZI BIN HAMID :13745 UNDI = 82.23%
IDZARIDAN BIN DANIAL : 13670 UNDI = 81.78%
AMIRUL SHAZMI B. MOHD BASRI : 12985 UNDI = 77.68%
AZMAN BIN JIMEH : 12799 UNDI = 76.57% (orang borneo)
NUR IZZATI BINTI SHAFIE :11681 UNDI = 69.88% (PRO-MAHASISWA)
HANI FATI ZATALANI : 11135 UNDI = 66.61% (PRO-MAHASISWA)
MOHD WAFFY BIN ISMAIL :10899 UNDI = 65.2% (PRO-MAHASISWA)
LOOK CHOR SUN : 9418 UNDI = 56.34%
TAN KAI HOONG : 8087 UNDI = 48.38%
CHAI KIAN YEW : 7379 UNDI = 44.14% (PRO-MAHASISWA)(orang borneo)
ASPIRASI UUM= 10 KERUSI
PRO-M UUM = 2 KERUSI
Untuk maklumat lanjut pengendali blog ini, bukan sahaja langsung tidak ada calon umum MPP kaum India dalam Pro-M, tetapi Aspirasi juga tidak ada calon Umum MPP berbangsa India. Kedua-dua Parti ini hanya ada orang Melayu, Cina, dan orang dari borneo. Jika anda lihat kepada keputusan yang aku postkan, hanya orang Melayu (Semenanjung & Borneo) yang menguasai Kerusi Umum MPP. Anda boleh menggunakan keputusan ini sebagai rujukan tambahan dalam artikel kamu. TQ :)
Salam.
Dua orang calon Aspirasi India yang menang adalah di CAS dan COB. Namanya Anantha Kumar A/L Manakaran (COB)menang dengan 7,712 undi dan Mageswaran A/L Shanmugam (CAS). Sila betulkan kenyataan anda juga. Terima kasih.
wassalam.
To aspirasi-uum.blogspot admin, thank you for your suggestion. I'll be one of the candidate for the upcoming MPPs' selection. Count me on.
-i want my rights-
hang dok sah lah dok kelentong budak budak U nih..kami tau hang kaki kelentong kuat. Masa hang jadi Ketua Penerangan Pemuda dulu apa projek hang bagi kat kami???? huluq la sekali RM500 ka..baru bulih sokong. Ciss kedekut taik idung masin.
Kalau la Malaysia nih di penuhi oleh suku-sakat Abu Ubaidah...hancus laaa
Aku kata Calon Umum MPP dan Kerusi Umum. Hanya, orang Melayu, Cina, dan orang borneo sahaja bertanding dalam Kerusi umum. Saya tidak menyatakan tentang calon atau kerusi COB atau CAS. Untuk Maklumat semua, CAS dan COLGIS, Aspirasi menang tanpa bertanding... roomate aku "dicedok" pada saat akhir oleh Aspirasi kerana mereka kekurangan calon untuk memenuhi semua lapan kerusi COLGIS. :P cubalah orang -orang COLGIS bertanding ....supaya aku juga boleh syiok membantu roomate saya berkempen :P jealous tengok kawan aku berkempen untuk roomatenya...
Post a Comment