Dengan DAP, Nik Aziz bukan main mesra lagi. Sesama pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan agenda Anwar Ibrahim, Nik Aziz mahu mencantas mereka habis-habisan. "Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar." kata Nik Aziz pada 24 Oktober 2009 (baca sini). Kata-kata Nik Aziz ini membayangkan bahawa Nik Aziz tidak menghormati keputusan pemilihan PAS yang telah memilih Nasharuddin Mohd Isa sebagai Timbalan Presiden PAS. Ini kerana Nik Aziz lebih menyukai Husam Musa untuk ke jawatan tersebut. Gesaan Nik Aziz ini dibuat berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr Aziz Bari. Suara Aziz Bari adalah cetusan idea dari Anwar Ibrahim, perkara ini sudah diketahui oleh kebanyakan bekas penyokong PKR dan PAS. Kerana telunjuk Anwar, Nik Aziz sanggup hancurkan PAS dan bersekongkol dengan DAP.
Nik Aziz juga tidak selesa dengan team ulama yang diterajui oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Setiausaha Agung PAS dan Timbalan Murysidul Am PAS. Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang dan kemenangan tipis PAS di Manek Urai menyerlahkan lagi perpecahan dalaman yang berlaku dalam PAS. Team Erdogan saling mengesyaki team ulama yang menjadi faktor utama kemerosotan PAS di Bagan Pinang, Permatang Pasir dan Manek Urai. Jika perhimpunan khas PAS diadakan, apakah akan ada usul undi tidak percaya kepada Presiden dan Timbalan Presiden PAS? Sudah tentu ada. PAS sudah menjadi parti yang hanya eksklusif untuk team Erdogan sahaja. Tiada demokrasi, ketelusan dan keikhlasan dalam PAS bila mursyidul sendiri berusaha menjatuhkan Presiden yang dipilih secara demokrasi. Beranikah ahli PAS membuat pilihan secara demokrasi untuk memilih Mursyidul Am PAS?





15 comments:
....akhirnya PAS pun terjebak dengan sindrom diktator. Nampak benar yang nik ajiz takut dengan bayang2 sendiri. Mungkin nik ajiz marah kekalahan memalukan di Bagan Pinang, so dia fikir kekalahan sebegitu tidak boleh di terima dan mengkambing hitamkan 3 orang anak didiknya. Di pendekkan cerita, buat EGM, undi tak percaya kat 3 orang nih. Jangan terkejut pulak kalau undi tak percaya tuh kena kat dia.
Buat lah apa meeting atau muktamar sekali pun. Presiden di pilih atas demokrasi tapi mursyidul pulak yang nak tunjuk kuasa.
Macam mana pun, aku rasa puak erdogan nih lah yg sebenarnya mencorakkan PAS sekarang, PAS dah jadi pak turut kepada anwar ibrahim.
Kita lihat keseluruhan cerita sedih PAS. Adakah akan ada undi tidak percaya??? kita tunggu dan lihat.
salam ziarah,
hehe..cuma tergelak.
mental disorder, barangkali, hingga jadi kecelaruan politik dalam minda Nik Aziz kali ni.
mana keupayaan sebenar beliau sebagai pemimpin yg tinggu ilmu dan waras timbangan akalnya selama ini?
Nik Aziz banyak benar menerima kata-kata orang disekelilingnya sekarang, termasuk yg bercakap di luar kapasiti kepentingan partinya sendiri.
apa yg saya lihat, hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap parti Nik Aziz adalah kerana suara-suaranya bercelaru. Ketika pimpinan lain memilih untuk berdiam, Nik Aziz terus bersuara hingga mengelirukan orang ramai.
Adakah Nik Aziz cuba menjadi jurucakap partinya? Kalau Nik Aziz dibiarkan terus bercakap itu-ini, tak mustahil parti akan meroyan teruk nanti. Segala asas perjuangan dan hala tuju pasti yg hakiki akhirnya musnah begitu saja.
Elok diadakan muktamar segera. Biar Nik Aziz tahu apakah sebenarnya yg berlaku dalam partinya itu.
TG Haji Hadi dan timbalannya tak perlu kecoh-kecoh sekarang. Gunakan muktamar tersebut untuk jlaskan segala-galanya. Sebagai pemimpin umat Islam, mereka berdua perlu bersihkan nama yg teruk dicemar oleh Nik Aziz.
salam ziarah,
hehe..cuma tergelak.
mental disorder, barangkali, hingga jadi kecelaruan politik dalam minda Nik Aziz kali ni.
mana keupayaan sebenar beliau sebagai pemimpin yg tinggu ilmu dan waras timbangan akalnya selama ini?
Nik Aziz banyak benar menerima kata-kata orang disekelilingnya sekarang, termasuk yg bercakap di luar kapasiti kepentingan partinya sendiri.
apa yg saya lihat, hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap parti Nik Aziz adalah kerana suara-suaranya bercelaru. Ketika pimpinan lain memilih untuk berdiam, Nik Aziz terus bersuara hingga mengelirukan orang ramai.
Adakah Nik Aziz cuba menjadi jurucakap partinya? Kalau Nik Aziz dibiarkan terus bercakap itu-ini, tak mustahil parti akan meroyan teruk nanti. Segala asas perjuangan dan hala tuju pasti yg hakiki akhirnya musnah begitu saja.
Elok diadakan muktamar segera. Biar Nik Aziz tahu apakah sebenarnya yg berlaku dalam partinya itu.
TG Haji Hadi dan timbalannya tak perlu kecoh-kecoh sekarang. Gunakan muktamar tersebut untuk jlaskan segala-galanya. Sebagai pemimpin umat Islam, mereka berdua perlu bersihkan nama yg teruk dicemar oleh Nik Aziz.
Salam, inilah sikap ulama khawarij sebenar di dalam PAS, mereka lebih senang berurusan dengan kaum-kaum kafir daripada berurusan sesama Islam, sehinggakan pihak yang mirip ke arah ahli sunnah dalm PAS pun mereka hendak singkirkan....
Mereka mendakwa, ini politik Rasullullah s.a.w. Nicky Ajiz lebih tau, samada dia sendiri betol atau tidak dalam menegakkan tiang agama. Berpegang hanya kepada tali Allah.. Kata mantan Mufri Perlis, dulu zaman Rasullullah, mereka memilih pemimpin yang paling soleh dalam kalangan yang soleh2. Tapi kita sekarang, memilih hanya yang sebulu dengan kita. Agama tolak tepi, yang penting kalahkan UMNO/BN. Perpaduan tolak tepi, janji Pakatan. Nicky2..
Saya cadang janganlah gunakan islam utk kepentingan diri, nak dapat kuasa dan menipu umat islam yg lain....puak2 parti PAS ni tau cakap jer kerja macam haprak!! ini lah padahnya kalau melindungi AnWar yang penipu...habis semua org politik PAS ikut gaya AnWar...kalau masih menggunakan islam tunggulah bala dari Allah S.W.T... NIk Aziz pun sudah nampak semakin bangang dan nyanyok akibat melindungi AnWar..
http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/15-dalil-nik-aziz-tidak-layak-digelar.html
15 dalil Nik Aziz tak layak digelar Mursyidul Am PAS..
harap respon kawan-kawan.
Kerajaan Perpaduan: Perangkap Anwar Jatuhkan Hadi?
Isu kerajaan perpaduan adalah isu yang menjadi punca kemurkaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kerat pimpinan PAS. Mereka yang beberapa kerat ini dituduh sebagai pelemah kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada larinya undi bukan Islam kembali kepada BN. Mursyidul AM PAS itu sudah diketahui sangat alergik dengan perkataan UMNO, maka sebarang usaha untuk berunding, jauh sekali bekerjasama merupakan pantang no. 1 Tuan Guru PAS tersebut.
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa dalang terbesar kepada perundingan Unity Government UMNO-PAS ini adalah Dato’ Rameli Musa. Menurut Perisik Rakyat, Rameli Musa, Pengarah Sapura adalah Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno [1]. Selain itu, Datuk Rameli Musa adalah Executive Vice Chairman kepada Ingress Corporation Bhd [2].
Harus diingat bahawa apabila isu UG ini dibangkitkan dan Rameli Musa dituduh sebagai dalang, Anwar bingkas membela kroninya itu atas dasar mengetahui “hati budi”nya [3]. Maka, apakah maksud Anwar tersebut?
Namun, konspirasi ini tidak tamat sekadar Anwar dan Rameli Musa. Salah seorang pemain di belakang rundingan ini adalah Dr Wahab Ismail. Dr Wahab Ismail pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat [4] dan sekarang ini merupakan ahli jawatankuasa tambahan kepada Badan Perhubungan PAS Pahang [5].Dr Wahab Ismail merupakan Penasihat dan juga pemegang saham terbesar melalui Ramdawi Sdn Bhd kepada Kumpulan Ingress [6]. Dr Wahab Ismail disenaraikan sebagai dalang kepada rundingan ini oleh Tulang Besi, salah seorang bloggers Erdogan/IRC.
Tulang Besi said...
Dr wahab pro UMNO tu ada bukti ke?Puad zarkashi tu pulak JIM, ada bukti ke?.
Ada. Bukan Ingress di belakang perundingan sulit PAS – UMNO. Orang bodoh je tak tau benda ni. HAHAHAHAHAHA
Dr Wahab Ismail dikenali sebagai seorang yang pernah terlibat dalam perkaderan islamic Representative Council di UK dan merupakan perintis kepada kemasukan golongan IRC ataupun JIM ke dalam PAS. Sebenarnya, teras kepada group Erdogan adalah mereka yang pernah mengikut tarbiyyah IRC/Alami (Mesir).
Hubungan antara Dr Wahab dan golongan-golongan IRC di dalam PAS tidak boleh disangkal, dan begitu juga dengan hubungan Anwar dengan Rameli Musa. Oleh itu, adakah Kerajaan Perpaduan ini adalah mainan Anwar-Rameli Musa-Wahab Ismail-Erdogan PAS dalam menjatuhkan Haji Hadi?
Jika ini benar, maka sebenarnya perancangan ini telah dilakukan dengan sangat teliti untuk menjatuhkan kumpulan Haji Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan tempiasnya terkena juga kepada Hassan Ali yang pernah memecat Saari Sungip iaitu bekas YDP JIM dan juga Amir IRC di UK dari jawatankuasa PAS Selangor. Dan malang sekali, Mursyidul Am Pas termakan dengan tipu daya puak-puak Erdogan yang sangat licik ini.
Maka, tepat sekali kata-kata Anwar dalam blognya, bahawa Anwar sangat mengetahui hati budi Rameli Musa dalam isu kerajaan perpaduan.
Sekarang yang makan getah adalah group Haji Hadi kerana memakan umpan yang dipasang. Jikalau konspirasi ini berjaya, Group Erdogan telah akan berjaya menendang keluar golongan Haji hadi dan menguasai PAS atas isu rekaan Anwar-Erdogan sendiri iaitu isu Kerajaan Perpaduan.
Jika konspirasi ini berhasil, maka berjayalah puak-puak JIM/IRC ini menguasai PAS setelah mereka berusaha berulang kali menguasai parti Islam itu sejak dari tahun 1987 sehinggalah pemilihan PAS yang lalu.
Maharaja Zhou
[1] http://perisik-rakyat.com/2008/07/siapa-bapa-saiful.html
[2]http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c482569dc002d6c71/$FILE/Ingress-CorpInfo-Summary.pdf
[3]http://anwaribrahimblog.com/2008/08/13/tolak-tohmahan-terhadap-dato-ramli-musa/
[4] http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg03381.html
[5]http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2346&Itemid=92
[6] http://ingress.listedcompany.com/?page=/news.html/id/16317/print/1
[7] http://www.malaysiawaves.com/2009/10/menjelaskan-beberapa-fitnah-ke-atas.html
Assalamualaikum.
kpd pemilik blog ini,anda ada banyak hujah dan fakta yang tidak tepat serta tidak memehami situasi sebenar.
Namun begitu,saya tidak terkejut kerana dari gaya penulisan anda menunjukkan anda penyokong setia UMNO dan BN.
Saya akan cuba memberi perspektif saya mengenai siasah negara dalam konteks luar dari lingkungan.
Harap saudara juga sedia menjenguk blog saya.
Nik Aziz ulama songsang..menggunakan agama untuk kepentingan politik..Demi kuasa sanggup mengenepikan kebenaran..Minta Nik Aziz sumpah yang dia yakin Anwar memang tak ada masalah moral..Nik Aziz berundurlah,takkan nak jadi Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar sampai ke lubang kubur..
Nik Aziz ulama songsang..Menggunakan agama demi kepentingan politik..Minta Nik Aziz sumpah yang dia yakin Anwar tidak ada masalah moral..Nik Aziz berundurlah,takkan nak jadi Mursyidul Am dan Menteri Besar sampai ke lubang kubur..
Nik Aziz ulama songsang..Menggunakan agama untuk kepentingan politik..Demi kuasa sanggup mengenepikan kebenaran..Minta Nik Aziz sumpah yang dia yakin Anwar memang bersih dan tiada masalah moral..Nik Aziz berundurlah, takkan nak jadi Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan sampai ke lubang kubur..Bagila can org lain pulak..Husam tu dah tak sabar nak ganti tempat tok gurunya..
A quite good story..
don't forget to leave your comment in myutusanmalaysia.blogspot.com
Wani-dsp,
My Utusan Malaysia
akhir zaman..
biasalah kalo ulama pun kena kutuk..
dh rasa diri bagus sgt.. jgn tk smpt mintak maaf sudah la.. dosa ngn Allah.. setel ngn Allah je.. dosa fitnah org.. snd ingt la..
Post a Comment