Saturday, September 26, 2009

Menjelang Bagan Pinang, Anwar Terbang Berjumpa Al Gore di New York

Masa Bush berkuasa, Anwar terbang mencari Wolfowitz di Munich dan Washington. Bila Demokrat berkuasa, Anwar terbang mencari godfather lamanya iaitu Al Gore di New York. Kedua-duanya adalah tokoh neo konservatif. Bila ada masalah terbanglah dia mendapatkan petunjuk dari godfathernya.

Pada jam 2 pagi, 24 September 2009, Anwar Ibrahim berlepas ke New York untuk berjumpa dengan mentornya Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, dari kem Demokrat). Anwar diberi tiket kelas pertama oleh penganjur. Tentunya penganjur juga akan memberikan hotel kelas pertama dan layanan kelas pertama kepada Anwar di New York nanti. Istimewa benar Anwar disisi Al Gore. Malah sempat juga Anwar menonton filem Angel & Demons. Mungkin untuk memahami lagi strategi dan taktikal kod neo-konservatif. Bersedia sungguh Anwar untuk berjumpa dengan Al Gore. (baca sini).

Selain Sean McCormack dan Tom Casey yang membela Anwar dari jendela White House, Al Gore juga turut membela sama. Kenyataan media Al Gore pada 1 Ogos 2008 yang membela Anwar Ibrahim mengenai kes liwat.

Mengapa Anwar Ibrahim perlu berjumpa dengan Al Gore berulang kali? Apa yang mereka bincangkan? Pada 6 Ogos 2008, Anwar Ibrahim turut berdiskusi dengan Al Gore di Singapura. (baca sini). Sebelum itu, sewaktu Anwar menghadapi laporan liwat, Al Gore tampil memberikan kenyataan untuk membela Anwar pada 1 Ogos 2008. (baca sini). Jika diteliti, lima hari selepas Al Gore mengeluarkan kenyataan, terus satu pertemuan tertutup diaturkan di Singapura antara Anwar Ibrahim dan Al Gore. Tidak lain dan tidak bukan, isunya adalah kes liwat bukan?


Bual bicara atau pertemuan sulit di Singapura? Katanya bincang isu pemanasan global, ASEAN dan demokrasi, atau bincang strategi menghadapi kes liwat?

Pada 16 November 1998, Al Gore telah mempertahankan Anwar secara terbuka bila Anwar menghadapi kes liwat ketika berucap di Majlis Makan Malam Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), di Kuala Lumpur. Maka tidak menghairankan, mengapa Al Gore turut mempertahankan Anwar dalam isu sama sepuluh tahun selepas itu. Apakah Anwar berlepas ke New York juga untuk membincangkan isu yang sama?. Anwar mungkin mahukan strategi lain untuk menghadapi kes liwatnya di mahkamah. Strategi tangguh sudah dipakai berulang kali. Atau mungkin merangka strategi untuk Bagan Pinang?

Gambar: Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah dan Khalid Ibrahim bersama dengan seorang wartawan asing yang menggunakan identiti Reuters ketika berkempen dalam pilihan raya kecil di Ijok. Mengapa orang asing minat pantau pilihan raya di Malaysia? Siapa yang jemput?

Ketika pilihan raya kecil di Ijok pada 19 April 2007, Anwar tidak hadir kerana berada di Hong Kong. Sehari kemudian pulang dan berkempen di Ijok bersama dengan beberapa orang wartawan asing. Sewaktu pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, Anwar berada di Thailand. Datang berkempen kemudian ke Thailand semula untuk berurut sambil diwawancara. Semasa pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Anwar ke luar negara juga sebelum itu. Kemudian sekembalinya dari luar negara, membawa bersama Gus Dur dan Estrada untuk berkempen. Sewaktu pilihan raya umum lepas pun, Anwar sempat lagi ke luar negara. Untuk apa?

Apakah benar neo konservatif Amerika Syarikat telah mempergunakan Anwar Ibrahim? (Utusan Malaysia, 20 September 2008).

Apakah pemergian Anwar ke New York untuk menagih sesuatu dari Al Gore? Dulu Anwar amat intim dengan Wolfowitz dari kem Republikan, kemudian beralih arah kepada Al Gore dari kem Demokrat. Anwar memang intim dengan dua tokoh dari neo konservatif ini. Apakah di Bagan Pinang, Al Gore akan dibawa khas untuk berkempen? Atau Al Gore memberikan tips terbaru kepada Anwar untuk menghadapi kes liwat. Selain reformasi, bersembunyi di kedutaan, mengadu sakit pinggang, menuduh mahkamah sebagai tidak adil dan menangguhkan kes di mahkamah, Anwar tentunya akan pulang dengan helah yang baru. Saksikan bagaimana skrip Anwar seterusnya. Sampai bila rakyat perlu terus ditipu dengan skrip yang direka oleh Al Gore dan Wolfowitz ini? Skrip ini dilakonkan oleh Anwar. Jangan terpedaya dengan lakonan Anwar.

13 comments:

Anonymous said...

wa tarak tau apa masalah lu brader...al-gore bela anwar pun ko pk lain..dah anwar kena aniaya mmg la kta plu bela..ko ni bodo la..ko percaya ke ngan kes liwat anwar?..ko mmg x berpelajaran kot..kesian la aku ngan ko nie..ye pun taksub ngan bn jangan sampai fitnah mana-mana individu...batang tubuh mana yang suci...nak serang anwar pun serang la dasar yang dia bawak..kan bagus kalau dia pergi berbincang ngan al-gore,richard haas,paul wolfowitz.berbincang kan baik..daripada dok terperap memfitnah orang...yang anwar pergi berdialog ngan taib erdogan,yusuf al-qardawi ko x plak bangkitkan..profesional sikit la bro...jangan dok meneruskan kerja utusan malaysia..hukumnya haram...

lenzaidi said...

ANon,
Apa yang you belajar kat sekolah tentang sejarah malaysia?Ada baca dan faham ke tentang P.Pinang before Francis Light and Singapura, Lingga and Riau before Raffles.Kedua dua negeri ini dulu nya di perintah oleh Sultan Melayu.Oops you bukan orang melayu yer, patut lah tak ada faham tentang sejarah tanah air.
Gradually negeri2 Selangor, Perak,Pahang & N.9 dan seterusnya negeri negeri Kelantan,Trengganu, Perlis dan Kedah jatuh ketangan British.JOhor was the last to be colonised as it progessed well before other states.
Moral of the history, jangan sekali kali meminta bantuan dari orang luar.Kalau DSAI benar benar tidak bersalah, perlu jumpa apa dan associate himself with the foreigners semacam algore whoever lah DSAI fancy supaya his plight terbela.Saya pelik lah dengan DSAI ni di negeri sendiri pun boleh minta perlindungan dgn embassy Turki dan ceramah beliau baik dalam negeri atau luar negeri merupakan ancaman kepada keselamatan & harmoni negara.ISA tetap membisu dan rakyat diluar sana terus menyokong beliau.(No! it was DAP & PAS who helps him supports!)Anda turut merosakkan negara dan kesleamatn tanah air. Cuba lah berfikir secara logik.
In the first place ANON,you are a coward dan langsung tak boleh berfikir dan guna fakta yang ada.Use your head and look around for facts around you about DSAI. You must be a fresh graduate, thanks at least to BN for sponsoring your studies!

Arif Omar said...

biarkanlah kerenah dsai tu. diakan peliwat tegar. mahkamah dahulu dah sahkan bahawa veliau adalah pengamal homoseksual. cuma pada tarikh dia dituduh gagal dibuktikan. jadi kekurangan b ukti. bukan tak salah. memang dia peliwat

Panglima Perang Cyber said...

tugas memperingatkan rakyat tugas mulia..

teruskan bro.

jangan dipeduli kata2 orang mencaci.

mereka sudah panasss dengan hujah dan fakta bro.

Che Leh Jangok said...

Rapat betul mereka. Macam ada sesuatu dikongsikan je. Aneh.

Apa kata dia ? Effective Leader ?

Memang pun depan belakang pun jadi. Sumpah je tak mahu. Sumpah la dulu.

Tapi hamba kata It is a tragedy to give face to Anuar. Malaysia is not America to allow men to men sex.

Chairul Tandjung pengusaha TransTV Indonesia tu pun kawan baik dia rupanya. Patutlah rancak sangat orang Indonesia dok buat kecoh mengutuk Malaysia.

Dah la tu:

ORANG RAMAI DAH TAHU DAH !!!

Che Leh Jangok said...

Satu lsiaagi dia India hari tu sokong Hindraf dan kutuk Malay. Orang macam tu kita nak hormat ke ?

Dah la dok cakap lain kat Melayu lain kat Cina dan lain pula kat India.

Tun M pungut dia angkat dan bela sampai Tun Musa merajuk Tengku Ghazali marah Tun Hanif pun merajuk; dia boleh makan Tun M pulak.

Lu nak caya dia ke Anom.

Lu dok bela dosa besar dia tu tak takut jadi subhat ke ?

Media Cyber said...

orang komen pertama tu dah panasssss ke?????

Qaiyum said...

Sampai Mati Aku Tak Percaya Anwar Ibrahim Selagi Dia Tak Balas Sumpah Laknat Yang Dah Dimulakan Oleh Saiful Bukhari..

Mudah Kan Fakta Aku Ni ??

Anonymous said...

ada lagi ke org percaya anwar tak meliwat. dlm dunia serba canggih IT ni masih ada yg berfikiran lama percayakan anwar lelaki suci. hehehe....

lantak ko la labuu....

Zin.

zaki said...

saya setuju dengan Qaiyum... selagi Anwar Ibrahim tak balas sumpah laknat Saiful selagi itu la aku tak pecaya dgn anwar ni

zaki said...

saya setuju dengan Qaiyum... selagi Anwar Ibrahim tak balas sumpah laknat Saiful selagi itu la aku tak pecaya dgn anwar ni

STUDENT POWER said...

JOM TENGOK CMNER AK CARI DUIT
http://jutawanklik.com/?a_aid=studentpower

Anonymous said...

pi cari dana la tu. kantong dah kerin. we have the figure mr algore. dok pemohong situ laaaa. mms