Pada 21 Oktober 2009, Tony Blair (Bekas Perdana Menteri Britain) telah memasuki Masjid Ibrahimiah di Palestin. Blair yang merupakan Utusan Khas Asia Barat Untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Russia ketika itu sedang dalam lawatan ke Palestin. Kedatangan Blair tersebut diprotes oleh seorang lelaki yang ketika itu berada dalam masjid. "Tahukah anda? Dia membuat protes dan itu sudah cukup memadai," berikut adalah kata Tony Blair sebagai reaksi kepada bantahan lelaki tersebut. Kenyataan yang amat angkuh sekali.
Blair telah melakukan jenayah perang yang besar di Iraq dan Lubnan termasuklah mengebom masjid, sekolah, hospital hingga mengorbankan nyawa ribuan orang. Namun, Blair menyatakan kejadian itu adalah kerosakan sampingan sahaja. Untuk tujuan apa seorang kafir seperti Tony Blair masuk ke dalam masjid? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar untuk memprovokasi umat Islam yang sedang menunaikan ibadat dalam masjid.
Blair telah melakukan jenayah perang yang besar di Iraq dan Lubnan termasuklah mengebom masjid, sekolah, hospital hingga mengorbankan nyawa ribuan orang. Namun, Blair menyatakan kejadian itu adalah kerosakan sampingan sahaja. Untuk tujuan apa seorang kafir seperti Tony Blair masuk ke dalam masjid? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar untuk memprovokasi umat Islam yang sedang menunaikan ibadat dalam masjid.
Sudah dua kali bulan puasa berada di bawah pemerintahan PKR di Selangor. Dua kali juga ADUN yang bukan beragama Islam masuk ke dalam masjid sewaktu bulan puasa. Pada 19 September 2009, Teresa Kok (ADUN Kinrara) masuk ke pengkarangan masjid dengan memakai skirt di Masjid Nurruassadah, Cheras Baru. Teresa Kok memberikan alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menukar pakaian untuk menghalalkan pakaian skirtnya ke dalam masjid (baca sini).
Tahun lepas, Teresa Kok masuk di pengkarangan masjid sahaja. Tahun ini, Xavier sudah masuk di ke dalam masjid. Berada dekat dengan tempat imam, di atas karpet tempat umat Islam sujud menyembah Allah SWT dan memegang mikrofon yang sama dengan muazzin. Tahun depan, entah siapa lagi yang akan dijemput di Selangor? Lihat sahaja di Palestin, bila tiada kuasa, maka dengan angkuhnya Blair memprovokasi umat Islam dengan masuk ke dalam masjid. Di Selangor, bila hilang sayang pada agama, ada umat Islam yang berbangga menjemput seorang ADUN bukan Islam untuk masuk ke masjid. Moga kejadian ini tidak berulang lagi. Beringatlah sebelum dihina dengan lebih teruk lagi.





28 comments:
Assalamualaikum saudara.
Nampaknya saudara masih tidak faham akan situasi ini.Bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah menyatakan dalam akhbar bahawa orang bukan Islam boleh masuk masjid.Malah,pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah ada orang kafir yang masuk masjid.
Dr Xavier masuk masjid berbeda dengan Tony Blair masuk masjid.Tony Blair adalah sekutu perang bersama bekas Presiden Amerika Syarikat.Dr Xavier adalah orang kafir zimmi.
Dr Xavier bukan orang kafir yang menentang Islam dan beliau tidak menggunakan masjid senagai alat untuk menentang Islam.
Tindakan menghalang orang bukan Islam daripada memasuki masjid meyebabkan Islam dilihat sebagai tidak mesra non-muslim.mereka tidak akan dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.
Untuk pengetahuan saudara dalam sejarah Islam Khalifah Omar Al-Khatab pun pernah masuk gereja.Malah,paderi gereja tersebut pernah ajak Khalifah Omar untuk mengerjakan solat Zohor di gereja.Apa pula hujah saudara?Bekas menteri Agama Dato' Zahid Hamidi pernah melawat tokong dan gereja.Dato' Nik Aziz pun pernah melawat tokong cina di Kelantan.Pak Lah letak kaluangan bunga di Tugu Pahlawan sempena Hari Pahlawan.Mufti telah keluar fatwa haram. Apa pula saudara nak kata?
Saya mengagumi penulisan saudara dan saudara mempunyai karisma sebagai pemimpin pelapis.Tetapi kalau kita tidak mengetahui sesuatu perkara lebih baik kita tanya orang yang lebih alim dalam hal ini.
Salam;
Saudara "Iskandar Zulkarnain"...jawapan anda menampakkan sokongan anda kepada pihak kafir untuk menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.
Tuan tau ke yg Dr. Xavier tu tidak berniat untuk memerangi islam??
Perlu diingat saudara, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata/perbuatan, buruk padahnya.
Kita tidak mahu nanti, benda yg sama berulang..bila benda ini terjadi, dua pihak islam (UMNO dan PAS/PKR) akan bercanggah pendapat mengenai boleh atau tidak kafir masuk masjid. INi memberikan tambahan mata kepada pihak kafir untuk menjatuhkan islam. benda-benda begini kita perlu elak.
tidak perlulah sampai menyokong si kafir itu dan dek kerana ingin menegakkan pendapat kita, sampai kita lupa bahawa musuh kita sebenarnya ada di depan mata..
tuan boleh bersetuju atau tidak dengan pandangan saya, tapi ingatlah saudara bahawa pihak kafir menggunakan islam untuk menjatuhkan islam. fikir-fikirkanlah..
nak berpolitik boleh tuan, tapi biarla kena dengan cara dan tempatnya...takkan semua nak kena pi sekolah agama untuk belajar benda2 ni...org biasa pun boleh faham dan tau, org tak mandi wajib tak boleh masuk masjid...tuan ingat??? inikan pulak orang kafir saudara...
NIK
DAEJEON
xavier dah samak anggota badan ke sebelum masuk mesjid?
kalau ikutkan ustaz asri, solat di masjidil haram, madinah dan di al-aqsa sahaja yg dapat pahala.
solat dimasjid2 yg lain2 sama saja. yg penting solat berjamaah.
kefahaman liberal begitu akhirnya akan membolehkan umat islam berkongsi rumah ibadat dgn ugama2 yg lain.
mula2 lawatan dari kaum kafir yg suka melawat masjid mcm xavier, lepas ini masjid akan jadi tmpt lepak semua agama, akhirnya akan jadi seperti di indon.
dah bersediakah umat islam di malaysia nak berkongsi rumah ibadat bagi buddha , kristian, muslim di rumah ibadat yg sama??
bukan semua ckp ustaz asri tu betul, dia pun manusia juga. jgn la telan bulat2 kata2 dia.
kalau di arap yg kaum kafir cuma 10% atau kurang dari 5% boleh laaa.
tapi di m'sia..??? umat kafir 45%, adakah semuanya menyokong islam.?? jadi ahli bersekutu pas pun belum tentu undi PAS...
kalau 45% tu di bolehkan melawat masjid, npk gayanya kene kejutkan apek tidor dlm masjid la sblum nak solat. hehehe..
yusri
Salam bro
Baca semua artikal ni, mungkin dapat maklumat tambahan darinya :-
# Beberapa Artikal berkaitan non-muslim masuk masjid...
# Antara Umno Roboh Masjid vs bawa non-muslim masuk ...
dgn melayari
http://p111kotaraja.blogspot.com/
Satu lagi, banyak fakta yang tak betul dalam penulisan angin perubahan antaranya :
1. Dr Xavier datang 15 minit sebelum diberi peluang untuk ucapan alu-aluan selama lebih kurang 2 minit kerana waktu itu azan sudah ingin berkumandang & 15 minit itulah beliau dengar dengan khusus Tazkirah Ramadhan oleh AF Ustaz Badrul Amin (yg ni satu org pun bloggers UBN tak tulis)
2. Kertas tu bukannya teks ucapan tapi, senarai nama Nazir dan AJK Masjid dan orang-orang penting yg hadir dalam majlis, dia dapatkan dari pengerusi majlis supaya tak tersilap sebut dalam ucapan nya.
3. Saya boleh tulis satu persatu apa yg Xavier cakap kerana ucapannya sangat pendik, jika bro berminat. pls reply.
Kan kita semua orang Islam, cakap dan tulislah apa yg kita tahu dan betul sahaja, tokoh tambah tu kan boleh jadi fitnah dan ini kerja orang munafik. maaf jika terkasar bahasa.
razif
Bintara Muda....
Aku tidak bersetuju dengan pendapat saudara iskandar membenarkan orang kafir masuk kedalam Masjid. Kalau di Luar perkarangan masjid bolehlah diterima.Masjid Adalah tempat suci umat islam melakukan amalan sujud kepada ALLAH sedangkan orang islam sendiri pun didalam keadaan kotor seperti berhadas besar pun tidak dibenarkan masuk kedalam masjid inikan pula orang kafir yang dah tentu tak mandi hadas. Kita dimalaysianya haruslah hidup bersandarkan agama, adat dan budaya kita jangan disebabkan politik semuanya jadi boleh belaka.
salam,
xavier bukankah ada kaitan dgn IFC? bila plak dia tidak menentang Islam?
Salam saudara Angin Perubahan,
saya nak ulas sedikit mengenai komen daripada saudara Iskandar Zulkarnain tentang apa yang telah dilakukan oleh ADUN Taman Seri Andalas YB Dr. Xavier Jeyakumar.
Pengenalan:-Saya penganut Kristian dari mazhab Roman Katholik. Saya tidak setujulah dengan komen yang saudara Iskandar jelaskan sebab jika mengikut setiap ajaran agama itu, semua pengikutnya dituntut untuk memelihara agama mereka sesuai dengan satu perkataan yang terdapat didalam ajaran Islam yang berbunyi "Peliharalah agama Allah, seperti Allah memelihara kamu."
Oleh itu bagi saya, walau apapun juga bentuk alasan yang diberikan untuk mempertahankan perbuatan YB Dr. Xavier atau dalam erti kata lainnya untuk membela Dr. Xavier itu perkara yang tetap salah itu tetap salah juga. Jika hendak menyamakan zaman Nabi Muhamad dulu dengan zaman masa kini adalah tidak masuk akal sama sekali sebabnya ialah apa yang berlaku pada masa zaman Nabi dulu tidak sama dengan apa yang berlaku di Selangor pada 31 Ogos lalu.
YB Dr. Xavier masuk kedalam Masjid untuk berceramah(tanpa tauliah) pasal politik, memperkatakan tentang UMNO iaitu sebuah parti yang mewakili kaum Melayu dan Islam. Tujuan Dr. Xavier ke situ semata-mata untuk menyebarkan dahyah politik pakatan pembangkang bukan ada perkara lain. Jadi wajarkah Masjid untuk dijadikan sebagai tempat untuk tujuan seperti itu tambahan pulak Dr. Xavier bukannya orang Islam.
Harus ingatlah, apa sebab kerajaan Arab Saudi menegah atau melarang sama sekali orang yang bukan beragama Islam dari memasuki Kota Suci Mekkah. Arab Saudi bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal menjaga serta memelihara kesucian agama Islam daripada dinodai oleh orang yang bukan dari kalangan beragama Islam.
Jadi begitu juga sepatutnya berlaku di Malaysia, PAS sebagai sebuah parti yang kononnya parti Islam memang wajar sekali melindungi Kitab Suci Al Quran dari di sentuh oleh Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan dan Lim Guan Eng serta PAS juga patut memelihara Masjid dari dimasuki oleh mereka yang bukan beragama Islam.
itu lah sedikit pandangan saya. Terima kasih.
salam
iskandar> Kalau Xavier benar-benar mahu masuk Islam tidak mengapa. Namun jangan persendakan Islam sebagaimana Nga Kor Ming dan Gobala. Hingga kini tidak peluk Islam pun.
sekretariat parlimen kota raja> Ada juga perkara yang tidak benar di blog saudara. Sila perbetulkan juga. Kalau ada full text ucapan Xavier, sila paste kan di sini untuk penilaian semua.
hilbert, Nik, Yusri & lain-lain> Terima Kasih
Xevier.....org yg pernah mempertikaikan sistem aliran sekolah di mlaysia terlalu islamik.
salah satu barua IFC.....Ustad Badrul Amin yg dulu cakap pasal murtad berdego-dego,sekarang dah jadi member dgn org yg menyokong kes murtad Lina Joy.
Org yang menuntut peruntukan setiap agama diselaraskan atau disamaratakan termasuk tapak rumah ibadat.
Alooooo...org PAS...ape dah jadi dgn korang ni....kalau UMNO buat kampom cop kapir.
iskandar masih terlalu muda untuk memahami yang haq dan yang batil. banyak sangat tengok drama.
salam. saudara Iskandar perlu pikir betul2... saya x menyebelahi mana2 pihak ttpi sbg Muslim yg sederhana, saya juga tidak mahu, non-Muslim masuk ke rumah Allah kerana politik, kerana agenda sendiri... kalau duduk diluar / perkarangan masjid itu okey la. Dh tentu Xavier ni tak mandi wajib, kita yg Muslim pun haram masuk masjid kalau tak mandi wajib...Fikirlah baik2...fikir nasib umat Islam di negara tercinta ini...ketepikan kepentingan peribadi demi Islam wahai saudaraku Iskandar
Nampaknya ada yang tak nampak muslihat kafir. Sy rasa bagi yang setuju Xavier masuk masjid tu, memang tak nampak apa yang akan berlaku akan datang sebenarnya.
Saudara Iskandar... kalau kita tidak mengetahui sesuatu perkara lebih baik kita tanya orang yang lebih alim dalam hal ini...
Saudara bukan lah orang yang alim dalam hal ini...
muhasabahlah diri....
Iskandar nih masih budak ingus. Tak habis2 dengan pandangan songsangnya. Belajar lah banyak2 dulu..jangan dok menghalalkan cara je bro...yg haram tetap haram. Kena mandi wajib dulu sebelum masuk masjid. Aku sokong pandangan Hilbert..yg salah tetap salah..
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan Punya Blog Angin Perubahan serta rakan-rakan yang lain.
terlebih dahulu terima kasih kerana mengulas komen saya.Saudara dan saudari memberi pandangan yang baik serta tidak melampau dalam mengulas apa yang saya bicarakan(kecuali ada seorang saja).
Saya sudah memberi contoh dalam sejarah Islam.Saudara Azrinizam Ibrahim menyamakan Dr Xavier dengan Nga Kor Ming dan Gobala yang membaca Al-Quran.Tahukah saudara Al-Quran itu bukan diturunkan kepada orang Arab dan Melayu sahaja?dalam sejarah Islam ada beberapa orang pemuda Yahudi yang belum beriman kepada Allah datang berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W.Mereka membaca beberapa ayat dari surah Kahfi dan bertanya kepada Nabi mengenai siapa Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran.orang bukan Islam pada zaman Nabi baca Al-Quran depan Nabi dan Nabi langsung tidak melarang mereka berbuat demikian.Kalau UMNO betul sayang sangat kepada Al-Quran dan Islam mereka sendiri patut berjuang Islam.Mereka sendiri pautut kawal,sekat judi dan arak.Mereka sendiri patut laksanakan hukum hudud.
Kepada saudara saudari sekalian sama ada Muslim atau non Muslim.adalah lebih baik kalian bertanya kepada tokoh-tokoh agama.Saya tahu serba sedikit kerana saya telah banyak bertana kepada agamawan.
Apakah saudara Azrinizam tidak bangga orang Islam ahli politik non Muslim memetik ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W?mana lebih baik jika mereka memetik ayat Quran berbanding dengan mantera serta falsafah-falsafah manusia.
Nabi Muhammad S.A.W bukan diutuskan kepada orang Arab dan Melayu sahaja.Islam bukan agama orang Arab dengan Melayu sahaja.Nabi membawa rahmat kepada seluruh alam.
Salam
"Mereka sendiri pautut kawal,sekat judi dan arak.Mereka sendiri patut laksanakan hukum hudud" kata Iskandar.
Sila saudara cari petikan Haji Hadi Awang ini "Hukum hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya" Utusan Malaysia, 7 Mac 2000. Waktu ini Haji Hadi adalah MB Terengganu. Haji Hadi akui untuk laksanakan hudud melalui proses yang panjang. Sebab itu sekarang ini bila diminta agar Hadi membawa usul hudud ke Parlimen untuk dibahaskan, Hadi enggan menyahutnya.
Sebagai umat Islam jika benar Gobala, Nga dan Xavier ingin mendekati Islam ianya patut disahut dengan baik, namun jika sekadar menggunakan ia untuk tujuan politik. Ianya tidak boleh sama sekali.
Jika saudara tanya pada orang Kelantan yang pergi Solat Jumaat di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu pada 5 Jun 2009 dan 14 April 2009, saudara akan mendengar khutbah khas yang dibacakan mengingatkan umat Islam jangan terpedaya dengan dakyah kafir menggunakan ayat Al Quran untuk tujuan politik. Lebih lebih sekarang ini menggunakan masjid untuk tujuan politik. Perkara ini pernah digunakan oleh orang Khawarij dulu. Sikap Khawarij tidak perlu dibawa dalam masyarakat Islam sekarang.
Saudara masih muda dan punyai peluang lebih banyak untuk berjumpa dengan ulama, mufti dan guru agama. Berjumpa dan bergurulah. Jangan tutupkan minda.
saya setuju dengan pendapat saudara Azrinizam.Saya juga tahu bahawa hukum hudud bukan senang hendak dilaksanakan lebih-lebih lagi UMNO yang tidak pernah memberi komitmen yang sepenuhnya.
Kalau Hadi bawa usul hudud ketika itu sudah tentu akan ditolak speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan.Malah,mungkin parti-parti kaum lain seperti DAP,MCA,MIC dan lain-lain lagi akan menentang usul hudud.Saudara pula jangan lupa bahawa Mahathir pernah menghina Hudud dalam perhimpunan Agung UMNO dengan menuduh hudu adalah ciptaan PAS semata-mata.Lebuh malang lagi UMNO jadikan Hudud sebagai modal politik untuk menghentam PAS dalam pilihanraya.
Saya tidak mahu berprangsangka buruk kepada orang bukan Islam yang ingin mendekati Islam.Kalau mereka ada agenda tersembunyi maka seharusnya kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
Mungkin dalam soal agama PAS dan UMNO boleh senada kalaupun mereka tidak boleh bergabung.UMNO juga patut ambil peluang ini dengan menerangkan Islam secara menyeluruh kepada parti-parti komponen supaya mereka tahu apa sentiviti umat Islam.
Saya menyahut saranan saudara supaya saya lebih banyak berjumpa dengan ulama,mufti dan guru agama.Terima kasih saya ucapkan.Saudara juga harus berbuat demikian dan saya nak tengok apa pandangan ulama-ulama mengenai orang bukan Islam yang masuk masjid dan baca ayat Al-Quran.
Salam,
Baca Draf Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu.Tajuk dan perkaranya tidak sama. Di Kelantan tajuknya "Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Susunan Seksyen-Seksyen Permulaan, ada 6 perkara. Di Terengganu "Cadangan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas ) Terengganu. Ulama fiqh bersetuju bahawa kesalahan hudud ada 7 iaitu:
1. Murtad
2. Minum Arak
3. Mencuri
4. Merompak
5. Berzina
6. Menuduh Berzina
7. Memberontak (Bughah)
Sila nilaikan kenapa di Terengganu ketika zaman Haji Hadi ada Bughah tetapi di Kelantan, Bughah dibuang?
Wassalam.
kehkehkeh...tepat sekali kata2 dr.mahathir didlm perhimpunan umno, itu la yg dinamakan hudud PAS. sesat lagi menyesatkan. patut di tentang dan patut dilawan habis2an.
kalau hudud yg tulin aku sokong 100%.
zek-kapcai.
kalau org2 yahudi baca ayat al-quran tu mereka nak clarify depan nabi.
tapi nga&ngeh&gobala baca sbb nak hina. ada mereka masuk islam???
tu la dgr lagi hujah dangkal puak2 PAS baiah talak tiga. otak pun jadi tiga suku.
zek-kapcai
Salam,rakan2 blogger dan rakan2 pembaca..
Banyak dh rasanya komen2 dari semua rakan..cuma nk tambah 1 je lagi..
Saudara Iskandar, Khalifah Umar al-Khattab tidak solat dalam gereja. Beliau pergi melawat gereja, tetapi bila masuk waktu Zohor,beliau solat d luar gereja. Wallahulam.
Assalamualaikum,
Kepada saudara Iskandar Zulkarnain, Benar apa yang anda katakan itu, tetapi hujah itu tidaklah membenarkan 100% apa yang terjadi pada Dr xavier.
Kita sebagai umat ISLAM seboleh-bolehnya memberi keterangan bahawa SEELOK-ELOKNYA Dr Xavier tak perlulah sampai boleh masuk ke dalam masjid (ini adalah tugas RAKAN PR iaitu PAS untuk menerangkan pada Dr Xavier). Keadaan di Malaysia bukanlah sampai tahap darurat lagi bila hanya tinggal masjid untuk berhimpun. Dr Xavier boleh menjalankan agendanya di tempat lain seperti perkarangan parking masjid, perkampungan disebelah masjid ataupun di depan pintu pagar masjid. Lainlah kalau melaysia dilanda perang atau bencana sehinggakan hanya tinggal masjid untuk tempat kita berhimpun.
Jadi tak ada alasan kenapa PR membenarkan xavier masuk ke dalam masjid. Sedangkan Tanah Haram di mekah Islam telah gazetkan sebagai haram untuk orang kafir, dan mereka boleh menjaga amanah itu hingga ke hari ini,apakah kita sebagai umat islam cuba untuk mempertahankan tempat suci kita dari dimasuk oleh orang yang tidak suci?
Apakah anda mahu menidakkan fardhu ain yang mengatakan orang Islam yang berhadas besar HARAM masuk ke masjid? Itu orang Islam, apatah lagi orang yang bukan Islam.
Wahai Iskandar, apa pun hujah anda, fikirkan... apa benteng terakhir simbol Islam untuk kita pertahankan? Melainkan Al-quran dan tempat sujud kita...kalau ini kita tidak pertahankan, maka, memang sungguhlah ISLAM HANYA PADA NAMA (mesti ada hujah yang mengatakan UMNO tolak al-quran, tapi kini pun terjadi sama pada PAS)
Wallahualam
Salam..
Iskandar2,ko ni mmg ada masalah ngn UMNO ek?dari awal komen ko yang aku baca semua kesilapan dan keburukan seakan-akan daripada UMNO..kalau tak silap aku ar kan, agama tu terletak kat kuasa kerajaan negeri (kalau silap betulkan ek)..kalau betul la PAS nk wat,dah bleh dah kot laksanakan kat kelantan..kalau betul berkesan tak mustahil kerajaan persekutuan akan laksanakan juga..ke ko nk cakp kat Kelantan takleh laksanakan sebab UMNO rasuah raja Kelantan supaya tak bagi hudud dilaksana kat kelantan lak..?ko kan species hipokrit,konon tak condong kat mana2..
soal hentam-menghentam,ko tak tengok lak puak2 yg ko condong tu buat fitnah dan kata2 buruk kat UMNO..yg tu ko tak tengok lak ek?
Mr.Hipokrit..pernah tak dengar ayat maksiat dan perbuatan mungkar akan semakin jauh dari kite kalau kite jaga solat 5 waktu???
jadi pepandai la lu fikir sendiri
Ikmal Suhaimi
Salam
Saudara Ikmal Suhaimi,saya tetap dengan pendiriran saya bahawa saya non-partisan.Saya juga mengkirtik PAS dan PR tetapi tidak perlu saya komen pasala PAS dan PR di sini.Tuan punya blog Angin Perubahan ini pun dah hentam cukup-cukup walaupun kebanyakan fakta dia tidak tepat. Kalau saudara Ikmal nak cakap saya ada masalah dengan UMNO anda silap. Saya dah banyak kali sembang dengan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS.Masing-masing tidak ada masalah dengan saya.Kalau nak kata silap,semua parti ada buat silap.Tetapi dalam soal Islam saya tidak boleh berkompromi.
kenapa Kelantan tidak laksanakan hudud?Apakah saudara tidak tahu batas-batas kuasa negeri dan persekutuan?kalau saudara ingat dalam forum Tranformasi politik yang mana ahli panelnya terdiri daripada Dato' Husam,Khairy dan Dr Aziz Bari.Dr Aziz Bari kata hudud itu tugas persekutuan.kuasa di peringkat negeri hanya sekadar nikah,cerai dan faraid sahaja.
Saudara tidak perlu melabel saya sebagai hipokrit.Kalau saudara nak lihat saya kritik PAS dan PR,tunggu dalam post yang baru nanti.Saya banyak yang tidak setuju dengan hujah saudara Azrinizam tetapi kami tidak memburuk-buruk antara satu sama lain.Kami saliing menghormati hujah.
Kalau nak kritik hujah orang lain pun jangan sibuk nak panggil orang dengan panggilan negatif.Kalau macam inilah perangai orang Islam Malaysia,bila nak maju negara?.
Saudara Azrinizam,lebih baik saudara pastikan komen yang tidak membina serta bercampur dengan kata-kata kesat tidal dilayan di blog saudara.
poyo nk mampus si iskandar ni..
ko tu mude lagi..
xyahla nk b'politik
mnyampah aku bace text ko..
poooodaaahhhh...
kan aku dah cakap, Iskandar ni memula dia kata dia bukan pro PR tapi apa yg kita saksikan terlalu buruk UMNO tu di mata dia. Aku respek kat dia psl dia berckp dengan fakta, dalil dan nas, kira ok la, memuda camni dah buat banyak research. Tapi bila buat research tu buat la utk semua parti, jgn dok carik keburukan UMNO je.. Semua parti yang ada kat malaysia ni ko kena buat research, baru adil.
Bukan Islam memasuki masjid bukanlah suatu isu, namun perkara yang menjadi kebimbangan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tentang umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca yang perlu diberi perhatian sama ada oleh UMNO mahupun PAS termasuk juga mereka yang mengaku diri sebagai Islam di dalam KEADILAN. Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah. Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina. Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri
http://celahgelegar.blogspot.com/2010/08/bukan-islam-boleh-masuk-masjid.html
Post a Comment