Friday, September 25, 2009

Alor Setar Ditimbuni Sampah

Warga Alor Setar menyambut Aidilfitri kali ini dengan keadaan persekitaran yang kotor dan busuk (baca sini). Itulah hakikat yang terpaksa diterima sejak pemerintahan PAS di Kedah. Dari atas kerusi kapal terbang hingga ke kerusi kedai kopi, rakyat berbicara tentang sampah di Kedah. (Sila lihat video ini). Sampah bertimbun tetapi tiada pihak dari kerajaan negeri yang mahu menyelesaikannya. Tanya MB, depa kata bulan November baru boleh selesai. Maknanya, tunggu berulat dululah jawabnya. Berbeza dengan harapan wakil rayat PAS yang mahukan isu sampah ini selesai pada bulan September (baca sini).

Yang lebih pelik, Phahrolrazi Zawawi (Exco Kerajaan Negeri Kedah, Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian) mengeluarkan kenyataan pada 23 September 2009 menyatakan bahawa sesiapa yang mahu buat rumah terbuka perlu maklum terlebih dahulu kepada Majlis Bandaraya Alor Setar. Maklum bukan untuk kutip sampah tetapi mahu kenakan pungutan tong sampah bernilai RM100 hingga RM150. Nampaknya PAS Kedah jaga kebajikan rakyat sungguh, sampah pun depa buat bisnes .

"Dulu masa kami jadi pembangkang, isu inilah yang saya dan Dato' Mahfuz Omar jaja. Namun isu yang kita hadapi menjelang pilihan raya 2008 belum selesai hinggalah kini," kata Mohd Nasir Mustafa (ADUN PAS Kubang Rotan). Sekarang, isu ini sudah terkena batang hidung sendiri. Ustaz Azizan tidak boleh menunggu hingga bulan November untuk selesaikan isu sampah ini. Jika pandai berjanji dan menjaja isu, inilah akibatnya. Akhirnya ianya makan diri sendiri balik. Bukan senang untuk memerintah, bila berkuasa barulah rakyat akan menilai. Alor Setar sudah jadi bandar yang dipenuhi sampah, Gurun bakal dibangunkan kandang babi moden, balak sudah gondol dikerjakan di Bukit Kachi. Apakah orang-orang PAS di Kedah mahu tunggu ditampar oleh Gobalakrishnan baru hendak sedar? Tunggulah, kalau mahu. Banyak manfaatnya kerjasama dengan DAP dan PKR. PAS Selangor sudah berfikir-fikir untuk keluar, PAS Kedah tak kanlah nak peluk tubuh sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

buat aper nak bising-bising.. orang kedah semua dah pilih depa..
buat ape nak kisah.. ada sumber maklumat memang boleh dipercayai..(rumah MB pun bekulat,berlumut mcm tong sampah... sampai yukang cuci pun naik geli)
bukan la aku nak wat dosa.. cuma kata benda yang betul.. wat pa nak wat dosa dalam bulan syawal ni... apa la dah jadi... islam itu menuntut agar umatnya menjaga kebersihan.. agaknya PAS ni dalam kelompok yang mana satu ya.. almaklumlah mereka ini kan memperjuangkan nilai-nilai islam ?? LU PIKIR LA SENDIRI...

Anonymous said...

semua sibuk dgr ceramahh, mana ada masa nak buat kerja. lagipon nik aziz dah janji syorga kat pengundi2PAS.

zin

danish said...

Pas tak pernah pedulik pun psl sampah, yang penting politik..24 jam politik. Entah laaaa.... tukarlah PAS kepada PARTI ANGKAT SAMPAH baru bersih negeri Kedah agaknya...