Pada jam 2.30 petang, 4 September 2009, Allahyarham Azman Mohammad Noor (ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan) telah kembali ke rahmatullah di Seremban Specialist Centre. Pemergian yang mengejutkan bagi keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia. Mengejutkan kerana pemergian arwah bakal menyaksikan satu lagi kawasan Dewan Undangan Negeri mengalami pilihan raya kecil.Sudah 9 kali pilihan raya kecil diadakan sejak 8 Mac 2008 iaitu sejak pilihan raya umum yang lepas. Diikuti dengan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir dan yang terbaru di Bagan Pinang. Pilihan raya sudah berlaku di Pulau Pinang (3 kali), Terengganu (1 kali), Perak (1 kali), Kedah (1 kali), Sarawak (1 kali), Kelantan (1 kali) dan yang terbaru adalah di Negeri Sembilan. Yang masih belum berlaku ialah di Perlis, Sabah, Johor, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka.
3 pilihan raya kecil diadakan di kawasan parlimen iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Manakala 6 pilihan raya kecil diadakan di kawasan DUN iaitu Bukit Selambau, Batang Air, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang. 3 pilihan raya diadakan kerana meletak jawatan iaitu di Permatang Pauh (PKR), Bukit Selambau (BEBAS) dan Penanti (PKR). Di 6 kali kawasan, ianya diadakan kerana wakil rakyatnya meninggal dunia. Tiga kawasan melibatkan tempat yang dimenangi oleh BN dalam PRU12 iaitu di Kuala Terengganu, Batang Air dan Bagan Pinang, 1 kawasan disandang oleh BEBAS (Bukit Selambau), 2 kawasan dimiliki PKR dan 3 tempat dimenangi oleh PAS dalam PRU12 iaitu di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.
Dari segi kedudukan kemenangan dalam 8 pilihan raya kecil yang lepas, PAS menang 4 tempat, PKR menang 3 tempat dan BN menang di 1 tempat. BN mengekalkan tempatnya di Batang Air tetapi hilang kedudukan kepada PAS di Kuala Terengganu. Di enam kawasan lagi, BN gagal merampas kerusi dari PAS dan PKR tetapi majoriti kemenangan dikurangkan di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir. Paling terserlah kemerosotoan undi PAS di Manek Urai. Biarpun Tok Guru berkampung, tetapi undi merosot teruk. Apakah ini petanda bahawa orang Melayu dalam PAS sudah mulai sedar mereka dipermainkan oleh PKR dan DAP?
Berbeza di Bagan Pinang, BN menang dengan majoriti yang besar. Jika kena calon dan gayanya, BN perlu mengekalkan kemenangan dan menaikkan majoriti di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil nanti. Dalam DUN Bagan Pinang, orang Melayu ada 66% daripada 14,192 orang pengundi. Ini bermakna jumlah pengundi Melayu ada 9,366 orang. Apa akan jadi kalau undi Melayu ini berpecah? Sudah tentu ianya menguntungkan pihak lain bukan? Orang Melayu perlu matang dalam berpolitik, usah bergasak hingga menguntungkan pihak lain yang mengaut keuntungan daripada perpecahan sesama umat Islam. Alfatihah buat arwah. Moga orang Melayu mendapat pengajaran yang berguna daripada Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Permatang Pasir. Bila berpecah, kita akan diajar oleh orang lain. Berwaspadalah.





7 comments:
al-fatihah untuk arwah, semoga roh nya dicucuri rahmat......
Jika diperhalusi sokongan pengundi selepas pilihanraya umum ke-18....tsumani politik yg digembar-gemburkan satu ketika dahulu sudah mula reda dan menjadikan gelombang yang baru mula wujud....?
meletakkan CALON yang "sepatutnya" adalah salah satu jaminan untuk kemengan terutamanya di Bangan Pinang nanti..!!siapa CALON yang layak? mungkin masyarakat setempat lebih arif untuk mencadangkan CALON yang sesuai dan menjadi pilihan mereka nanti...
PRU 12 bkn "menang besar" bg BN di BG sb BN hilang lbh 2,000 undi berbanding 2004.Cuba bandingkan pd 2008,perbezaan 55% dgn 35%? hanya 20% shj..
...Perlu diingat jg..BN NS kena usha keras sb hanya menang mudah dh hilang 2/3.
orang kelantan pun sendiri dah tolak Nik Aziz, kalau org luar nak julang tak tau la aku nak cakap apa lagi.
zek
Mari kita bersama membongkar dan menyelusuri strategi Pakatan Rakyat yg digunakan di Bagan Pinang. Lawat la Sembang Pak Zad
Mari kita bersama membongkar dan menyelusuri strategi Pakatan Rakyat yg digunakan di Bagan Pinang. Lawat la Sembang Pak Zad
Confirm BN akan guna undi pos. lepas tu menang, syok sendiri kata rakyat pilih
Kalaudah comfirm BN buat apa yg lain tu nak bertanding. Tiap kali PRU dan PRK pasti ada yang menyalahkan SPR tapi bila mereka menang tak ada pun yang ucapkan SPR itu bersih. Ini lagu lama yang dimainkan kembali. Kalau rasa tak puas hati dan ada konspirasi gunakanlah saluran buat bantahan. Kan wakil kedua-dua calon ada di tempat mengundi kenapa nak persoalan ketelusan SPR.
Post a Comment