Tuesday, August 4, 2009

Unit Amal PAS Terima Upah?

Benarkah mereka yang berbaju merah ini "beramal" dengan sukarela di jalan raya? Ada dakwaan anak seorang pemandu lori berusia 15 tahun diperalatkan oleh Unit Amal (baca sini). Benarkah begitu? Semuanya pakai baju yang sama dengan warna yang sama. Mungkinkah ini disengajakan atau dirancang dengan teliti? Lihatlah betapa bersugguhnya mereka membuat benteng.

Pada 2 Ogos 2009, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei secara rasmi mengesahkan pemilihan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden untuk penggal kedua selama empat tahun. Konflik berlaku di Iran bila ada kumpulan berbaju hijau yang tidak puas hati terhadap Ahmadinejad. Apakah mereka memakai baju hijau dan turun "beramal" secara sukarela di atas jalanraya untuk menjatuhkan Ahmadinejad? Adakah ianya dirancang? Siapa yang beri duit dan menjadi dalangnya? Pada Februari 2006, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak AS$75 juta, dengan AS$10 juta akan diperuntukkan untuk “merangsang kempen propaganda menentang Tehran.” (baca sini).

Di Thailand, ada dua jenis baju. Satu berwarna merah dan satu berwarna kuning. Apakah kumpulan-kumpulan yang merah dan kuning ini "beramal" secara sukarela di atas jalanraya untuk memprotes kerajaan di Thailand? Di Thailand, National Endowment for Democracy melalui National Democratic Institute for International Affairs (NDI) telah membelanjakan sejumlah USD$566,821. Ke mana duit tersebut telah disalurkan? (baca sini).


Dulu pakai baju warna kuning berarak ke Istana Negara untuk minta 5 tuntutan terhadap SPR. 1 Ogos 2009, berarak ke Istana Negara juga minta ISA dimansuhkan. Lepas ini, kalau Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana kes liwat, apa warna baju yang mereka ini hendak pakai untuk berdemonstrasi? Apakah mereka yang berbaju merah, hijau dan kuning ini berdemonstrasi secara sukarela? Ada yang sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sendiri. Siapa penaja demokrasi ini? Mungkinkah ini sebahagian daripada projek demokrasi jangka panjang yang diidam-idamkan oleh barat? (baca sini). Jangan terperangkap dengan master plan pihak neo konservatif. Berhati hatilah kita.

9 comments:

che_wan said...

Salam bro,

Depa dapat upah rm25 saja sorang. Bukan aku kata tapi S/U Agung PKR yang kata.

Ulasan lanjut kat http://pusakaayahnda.blogspot.com

hatiminda said...

Mansuhkan Kerakyatan Anwar...

AKTA ISA= Akan Kita Tunjukkan Anwar Ibrahim Anwar Sial!!!!

Abdullah Magnus said...

Sumbangan diperlukan untuk bantu Unit Amal yang cedera

Pemimpin atasan MENYERU bila mahu, bila musibah pemimpin bawahan yang MERAYU!

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660.

Sumbangan mereka perlukan segera, bukannya menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir!

Takbir!!! Mohon sebarkan.

Anonymous said...

seposen pun duit aku tak akan jatuh ke puak2 hipokrit, penderhaka, dan pendokong peliwat.

hj.karim

Anonymous said...

kalau nak masuk syurga gi le ke masjid. ni pi berdemo lawan org melayu lawan kjaan islam tapi kata diri tu sebagai mujahid.

korap betul otak puak2 PAS ni. sikit lagi nak sama taraf dgn nordin mat top.

amir

reez said...

Unit amal PAS yg cedera tu silalah dapatkan rawatan di dukun², bomoh atau hospital swasta ya..

Jgn buat muke tak malu pegi wat rawatan kt hospital kerajaan !!

danish said...

Aik..mintak derma kat sini pulak? Hmmmm...takpelaa..aku akan masukkan dalam RM12. Kesiannnnnnnnnnnnnnn....

Apala sgt RM12 tu dengan derita yg dorang tanggung. Kena tembak gas pemedih mata, pancutan air lagi... sok lusa..aku pun nak anjurkan demontrasi gak laaa..hapuskan PAS, PKR dan DAP dari muka bumi Malaysia yang indah dan aman damai nih..

Bila dorang dah lupus, Insyaallah.. Malaysia akan makmur.

isk...KESIANNNNNNNNNNN....

Tapi...hmmm...bodoh sangat la korang nih...buat benda yang merapu dan nyusahkan diri tapi mintak derma kat sini..

Kesiannnnnnnn....

Anonymous said...

Salam. Sekurang- kurangnya, mereka berkerja bersungguh-sungguh, dgn semangat berpasukan yang tinggi. Kita perlu mencontohi mereka dlm bab ni. Kita nak buat demo pro-ISA, berapa kerat je yang datang. kalo kita bersungguh-sungguh nak sokong ISA, kita kene setanding dgn mereka semua, atau jadi lebih baik dari mereka semua. barulah rakyat akan pandang perjuangan kita, respect dan menyokong kita nanti..

Anonymous said...

salam..
kenapa perlu buat smpi mcm ni sekali??
perkara mcm ni boleh menakutkan generasi muda dan kanak2..
hope malaysia will always in peace..