Wednesday, August 19, 2009

Syurga Atau Neraka: Ketentuan Allah SWT

Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada Mac 2001, setelah diperkenankan oleh mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ke-188 telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. "Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam", kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin pada 18 Ogos 2009. (baca sini)

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) pada 17 Ogos 2009 kepada pemberita selepas penamaan calon di Permatang Pasir. "Ada perbezaan antara Islam dibawa PAS berbanding Islam dibawa UMNO kerana Islam mereka (UMNO) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga" kata Nik Aziz.


Namun, ada juga orang PAS yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz. Pada 18 Ogos 2009, Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS) menyatakan peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. (baca sini). Majlis Fatwa sudah membuat keputusan tentang ketentuan untuk seseorang Islam masuk syurga atau neraka. Keputusan Majlis Fatwa harus dihormati dan jangan mudah terpedaya dengan kenyataan politik yang menjanjikan "syurga" dan "pahala" jika mengikut parti politik tertentu. UMNO, PAS dan PKR adalah parti, ianya bukanlah agama. Kalau hanya undi PAS sahaja yang masuk syurga, bagaimana nasib umat Islam di Palestin, Iran, Iraq, Indonesia, Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Islam lain. Di sana tiada parti PAS, apakah mereka semua ini tidak layak untuk syurga? Ternyata banyak kenyataan Nik Aziz telah mengelirukan umat Islam. Jangan terima bulat-bulat sesuatu kenyataan, berfikirlah dengan rasional.

10 comments:

BelokKiriKanan said...

Sebagai orang Islam,saya amat bersetuju dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang merumuskan syurga neraka adalah hak Allah menentukannya.

Cuma saya sedikit tertanya-tanya apakah benar ayat2 itu keluar daripada mulut Nik Aziz ataupun telah diolah oleh wartawan media kerajaan. Mungkin wartawan berkenaan boleh menyiarkan transkrip kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz tanpa sebarang olahan daripada mana2 pihak.

Lebih baik sekiranya ada video tersebut. Ini boleh menjadi modal yang sangat baik dan besar ertinya untuk pemimpin Umno terutamanya semasa kempen Permatang Pasir.

TV3 boleh berulang-ulang kali menyiarkan klip video tersebut seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Ini lebih meyakinkan. Soalnya ada atau tidak?!

Ataupun sebulan dua nanti,Utusan Malaysia terpaksa sekali lagi menyiarkan ucapan permohonan maaf di mukasurat hadapannya.

Anonymous said...

penat ustaz dulu2 mengajar agama kalau jadi baik masuk syurga kalau jahat masuk neraka.

tetiba ada ustaz politik yg ajar kalau sokong parti pas masuk syurga sokong umno tak kemana akhirnya masuk neraka.

jahanamm jahanammm.....org2 melayu mcm ni. patut la DAP dan hindraf bermaharajalela, ....

KN

PJ said...

Cuber tanya nik ajis ..kalau orang umno tak leh masuk syurga .. orang islam pkr boleh ker masuk syurga .. dan apa hukumnya orang islam yang ada dalam DAP dan hukum orang islam pangkah calon bukan islam..

jangan lah kita layan nik ajis yang makin hari dah buang tabiat .. lantak dia lah bukannya dia yang menentukakn siapa yang masuk syurga dan neraka .. tak semua orang PAS tu bagus dan beragama dan sebaliknya orang UMNO ..Syugra dan Neraka hak allah bukannya nik aziz .. boleh ker di gerenti dia boleh masuk syurga ..??

Anonymous said...

POK NIK...! MELATAH LAGI LAGU LAMA DIKUMANDANG SEMULA ,
ORANG PAS MULA BERSORAK MEREKA MANUSIA PILIHAN KE SYURGA ,
TOK GURU POK NIK NI HEBAT ORANGNYE JAMINAN KE SYURGA JIKA PANGKAH UNDI JA,
JADI SEKARANG PAKAT PENING PENGUNDI ATAS PAGAR NAK KE NERAKA KE SYURGA,
DISINI HAMBA INGIN MELUAH RASA JIKA ADA AKAL WARAS TEPUK DADA TANYA IMAN ITU CARANYA,
PADA POK NIK KALAU NAK JAMIN ORANG MASUK SYURGA TUKAR TITLE TOK GURU PADA POPE NIK JA.....!

Anonymous said...

Syurga dan neraka adalah hak Allah. Tiada sesiapa yang berhak utk menilai tahap keimanan seseorg manusia. yang membezakan diri setiap muslim itu disisi Allah adalah ketaqwaan kepada Allah. Layakkah kita mengimpikan syurga kalau hanya sekadar duduk2, rehat2, sembahyang cukup 5 waktu, puasa di bulan ramadhan? Tanpa memikirkan masalah umat yang kian meruncing. Remaja2 dgn gejala sosial yang serius. Wanita2 Islam yang suka mengumpat, mengata dan x menutup aurat. Lelaki2 Islam yang bermain no ekor, berjoli di kelab, melanggan perempuan dsb. Fikirkan la... Ini realiti islam di Malaysia.

Anonymous said...

Sumber rujukan boleh la dipelbagaikan. Bukan akhbar utusan malaysia shj. kita nak jadi rakyat Malaysia yang berdaya saing kan... ONE MALAYSIA!!!!!!!

Anonymous said...

bukan juga dengan baca harakah kah kah sajaa....ehekss

lagi satu ya anoy August 21, 2009 6:58 AM, traffic light rosak ko taknak salahkan kerajaan ke .... hehehe

realiti konun....apa yg ko dah buat, dgn undi pas ko ingat boleh ubah seme tu. jadi makin jahanam ada la.

salim

Anonymous said...

Skang jgn di ikutkan sgt media....bukn sume btol melainkan 3D.
Sy bukn mnyokong sane or cni, tp xelok tibe2 mnuding jari kemane2...mgkin crite tipu, mgkin jg bnar. lbih bek kt tonton gelagat mreka dn bncg shje, mnuding jari seakan menuduh jika mreka tidk bsalah.

Anonymous said...

a'a. stuju. bace dari dua-dua sumber. kajaan n pembangkang. baru la bleh check & balance... x de la obviously bias towards one side only... en. salim, kalo cam tu, jom kita pakat undi Umno rmai2. berharap masalh Melayu kita akan selesai 100 tahun lagi. ok.

akureformasi said...

Salam,
Jgnlah disalah tafsirkan kenyataan TGNA itu.. Jangan pandang secara luaran sahaja.. Kalau pandang selapis, selapis je lah yg fahamnya..

Pada pndangan saya apa yg TGNA maksudkan adalah cara Islam yg diamalkan oleh UMNO itu... Tidak kena langsung dgn cara Islam yg sebenar..

Kata perjuangkan Islam tapi masih mengamalkan rasuah. Soal aurat tak payah la nk cerita kan.. Balik umrah terus hilang tudungnya.. Persentuhan dgn bukan muhrim... Dan mcm2 lagilah.. Tidak perlulah saya tulis semuanya..

Nah, bagaimana mahu mengecap nikmat syurga jika maksiat masih lagi berleluasa..? Bukanlah bermaksud asal saja org UMNO terus tidak akan masuk syurga.. Bukan itu maksudnya..

Yg dimahukan adalah pengamalan ciri Islam yang sebenar.. Bukan Islam "plastik" seperti yg dikatakan oleh TGNA itu..

Kenapa mahu cepat gelabah..? Jika Islam yang sebenar di amalkan, masuk DAP sekalipun Insyaallah nikmat syurga itu pasti akan ditemui.. Allah itu Maha Adil kepada umatnya yg beriman....