
Pada 17 Ogos 2009, ketika penamaan calon di Permatang Pasir, semua mata menyaksikan bagaimana kurang ajarnya Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) menampar seorang polis dalam Buletin Utama TV3, jam 8.00 malam. Namun jika dilihat dalam video yang diambil oleh
Malaysiakini ini, aksi Gobala menampar polis tidak diambil, malah perhatian jurugambar dihalakan kepada Nik Aziz yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Malah cerita baru ditambah kononnya Gobala patah tangan kerana dikasari polis. Inilah cara bagaimana Gobala memprovokasi. Siapa yang ajar Gobala kurang ajar sebegini?

Pada 14 Ogos 2009, Wong Chuan How (Pembantu Khas Ronnie Liu) didapati cuba melarikan diri ketika cuba disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lihatlah betapa hebatnya lakonan Wong Chuan How
menyimen kakinya untuk menarik simpati daripada orang ramai? Kalau tidak salah, kenapa mahu lari dari siasatan? Berani kerana benar. Bila salah, mulalah buat sesuatu untuk
divert isu yang sebenar. Taktiknya meraih simpati di depan kamera.

Ronnie Liu berada di sisi Wong Chuan How dan Gobalakrishnan. Seolah memberi sokongan moral kepada keduanya ke atas aksi yang telah mereka lakukan. Apakah kehadiran Ronnie ini secara kebetulan sahaja atau ianya telah dirancang untuk berbuat demikian? Apakah semua ini dibuat untuk menutup kes campurtangan Ronnie Liu dalam isu arak di Selangor? Apa pun, Ronnie, Wong dan Gobala memang pandai berlakon di depan kamera untuk menarik perhatian dan simpati. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan mereka. Motifnya untuk menutup isu dan menimbulkan isu yang baru. Inilah cara wakil rakyat pembangkang berkhidmat kepada rakyatnya. Beruntunglah mereka yang undi mereka, dibalasnya dengan cara sebegini bukan seperti mana yang termaktub dalam Harapan Baru mereka.
9 comments:
salam perjuangan...
kalau dh kurang ajar, mmg xde org nk ajar la tu....dh terlebih kuat agaknya...nk tampar polis...kalau kena tampar balik, mula la ckp polis kejam...
salam
bro ketiga-tiga org ini campak dalam sungai dan agi buaya makan aje...sibuk nak jadi pelakon dari wakil rakyat..ini semua Anwar Ibrahim yang ajar
Ronnie siap call kaki pukul tu. Takutnyeee....
Beginilah agenda Al Juburi yang mahukan semua agent penguatkuasan kerajaan tidak harus dipercayai. Bukan setakat itu saja kalau perlu tindakan kekerasan wajib dilakukan. Dengan ini mudah bagi beliau menyampaikan meseg kepada pengikut-pengikut beliau bahawa keputusan perbicaraan yang kemunkinan tidak akan memihak kepad beliau dalam kes saiful perlu ditentang secara kekerasan.
Pihak yang berwajib tidak perlu gentar dengan provokasi dari pembangkang.
Salam ziarah bro..
Tentunya penasihat kesayangan mereka yg ajar.. memang begini cara depa, provoke polis then dakwa mereka dikasari, walhal sumenye depa yang mulakan.. Polis kita semakin pandai dan penyangak ini semakin bodoh..
Lakonan yang hebat, tapi sayangnya pengundi semua sudah tau bahawa si penyangak² nie semua hanyalah bangkai.. Sedarlah wahai bangsa melayu yang mengundi PR. Kalau Tidak mahu menjadi pengemis di negara sendiri tinggalkan lah PR.( Cth : pembinaan kuil di Shah ALAm & Penjualan Arak..) Sesungguhnya Melayu PR umpama harimau tiada kuku dan taring.. tiada kuasa utk bersuara...
Pada SPRM ku pohon segera sabitkan kesalahan ke atas penyangak ini semua.. kerana mereka rakyat selangor menderita...
http://www.youtube.com/watch?v=PuhlCsuyXrQ
gobalakrishnan tampar polis
Gobala adalah salah seorang pelajar Akademi Fantasia-sia... Pengetua dia ialah Al-Juburi... Mereka telah di ajar cara berlakon dengan berkesan termasuk menunjuk mimik muka yang tahap longkang pecah...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
hahaha...gobala ni kesayangan nik aziz,....oii
tak po dio tampa polis sebak dio tok pahe polis tu gapodio...dio buke isle mano dia tahu adat2 isle..
salim
Assalamualaikum semua.
Cuba tuan tuan bayangkan jika perkara ini berlaku di Amerika Syarikat?
Tuan tuan pasti boleh agak apa yang akan dilakukan oleh pegawai pegawai polis Amerika Syarikat terhadap seorang tahanan bukan?
Bertalu talu akan dibelasah dengan cota mereka dan mungkin akan di tembak dengan 'Taser' Stun Gun!
Silap haribulan akan berkecai tempurung kepala otak manusia ini diajar dek polis USA!
Tetapi disini seorang yang merasa dirinya kebal dari undang undang boleh bertindak semberono menampar anggota polis dan kemudiannya berteriak sebagai mangsa???
Lepas sorang ; sorang pula buat hal!!!
Post a Comment