Saturday, August 1, 2009

Lilin : Antara Pandangan Mufti & Ulama Politik.

Nik Aziz menyatakan pada 23 Julai 2009 dalam Harakahdaily bahawa isu Nizar memegang lilin dalam satu program memperingati kematian Teoh Beng Hock adalah bersifat politik bukannya agama. Nik Aziz selalu memberikan kenyataan yang mengelirukan tentang hukum agama. Sebelum ini Nik Aziz membela tindakan Nga Kor Ming menggunakan ayat suci Al-Quran untuk berkempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Dewan Ulama PAS sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan Nizar. Mengapa Nik Aziz beriya-iya mempertahankan Nizar? Mungkin sebab Nizar adalah dari kumpulan Erdogan.

Gambar siapa di atas itu? Bukankah itu gambar Nizar? Anehnya, Nizar menafikan menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah (baca sini). ''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah" kata Nizar. Gambar sudah ada, fitnah apa lagi.
Berikut adalah kenyataan Mufti Perak berkenaan dengan upacara lilin yang dihadiri oleh Nizar (baca sini). "Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang Kristian," kata Harussani. Namun, sama seperti isu penggunaan ayat suci Al-Quran oleh DAP untuk tujuan kempen di Bukit Gantang. Ada pihak yang mengecam Mufti Perak dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. Mufti digelar sebagai "pelacur" oleh laman web ini. Gelaran itu tidak wajar. Mencarut, mengecam dan melabelkan orang lain sekarang ini sudah menjadi mainan di bibir pemimpin pembangkang.


Nik Aziz merestui kesalahan Nizar. Dulu Nik Aziz kata jangan pilih mereka yang amalkan politik suku, agama suku. Kini bila Nizar lakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama, kenapa mengatakan ianya adalah perkara politik?

Nik Aziz dalam satu kenyataan pada 15 April 1995 dalam Utusan Malaysia, berkata bahawa ustaz-ustaz UMNO sama dengan ahli ahlul kitab Yahudi dan Nasrani yang menentang Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya Nik Aziz mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO dalam pilihanraya umum 1995. Apabila diminta mengulas mengenainya, Nik Aziz berkata bahawa perang Badar adalah perang yang memberi kemenangan hebat kepada Islam ke atas tokoh-tokoh kafir Quraisy dari Mekah. Apakah boleh dipakai kenyataan Nik Aziz ini? Berapa ramai ahli PAS yang sudah taksub dengan kenyataan Nik Aziz ini? Beristigfarlah kita. Antara ulama politik dan mufti, ianya perlu dibezakan. Kenyataan bersifat politik dengan kenyatan agama, ianya perkara yang berbeza. Jangan mengambil pegangan yang salah.

2 comments:

Anonymous said...

sebagai orang tua kita amat sangat menghurmati seorang insan bernama nik aziz nik mat nie... tetapi sebagai seorang ahli politik boleh lah kita golongkan didalam kategori ahli politaik .... piraaahhh mabuk nik aziz....

yang pandai memecah belah kan orang melayu je lah .........

Anonymous said...

Allah SWT meletakkan syarat nak masuk syurga kena ikhlas.

ikhlas kah mereka yg bersembunyi disebalik janggut, jubah dan serban. bila siang mlm memecahkan perpaduan, memaki hamun, hidup atas fatwa songsang, sokong peliwat, hina mufti, kafirkan seagama, dan yg lebih teruk menolak silaturrahim dgn ungkapan 'pegi mampuh'.

adakah itu yg di ajar oleh islam, adakah itu yg menolak politik suku agama suku, adakah itu ajaran islam yg syumul.

ajaran islam mana kah itu..??

-Shahrul-