"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka," kata Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009
(baca sini). Nik Aziz menyatakan anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Jika Nik Aziz kata UMNO amalkan ajaran dari Palestin, Nik Aziz amalkan ajaran Islam dari mana yang boleh mencarut orang, menghalalkan bukan Islam hina Islam dan menghukumkan orang lain akan masuk neraka? Apakah dengan pangkah PAS semua orang
confirm masuk syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT? Buktikan mana ayat dalam Al-Quran yang sebut pangkah PAS masuk syurga?. Jika kata-kata Nik Aziz ini diambil sebagai pegangan oleh orang-orang Islam di Malaysia, bencana yang besar akan berlaku kepada akidah kita.

Gobalakrishan (Ahli Parlimen Padang Serai, Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) sedang bergelut dengan polis sebelum melepaskan penampar pada seorang anggota polis ketika penamaan calon di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kubang Semang pada jam 11 pagi, 17 Ogos 2009.
(Lihat video ini). Gobalakrishanan didakwa di Mahkamah Majistret pada 18 Ogos 2009 di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Malang sungguh PAS memiliki seorang Ketua Kelab Penyokong yang cukup ekstrems dan berperangai tidak rasional sebegini. Gobalakrishnan ini sudah masuk PAS. Gobala ini amal ajaran PAS dari mana, hinggakan boleh tampar orang sesuka hatinya sahaja?

Nik Aziz membuka cermin keretanya dan menyaksikan sahaja bagaimana Gobala menampar seorang anggota polis
(lihat video ini). Nik Aziz tidak masuk campur dan buat-buat tidak tahu sahaja. Sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India. Kalau pada 12 Ogos 2009, Nik Aziz kata
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam". Nik Aziz beri lesen pada bukan Islam untuk hina Islam dengan lidah mereka. Pada 17 Ogos 2009, Nik Aziz beri lesen pula pada seorang ahli parlimen bukan Islam yang merupakan Ketua Kelab Penyokong PAS untuk menggunakan tangannya menampar polis. Inilah ajaran PAS For All yang dibawakan oleh PAS.

Aksi Gobala ketika melepaskan penampar pada seorang anggota polis semalam. Hari ini wakil rakyat DAP dan PKR yang bukan Islam sudah berani kurang ajar. Mereka kata syariah Islam pelampau, mereka hina agama Islam dengan perkataan yang kesat, mereka mahu halalkan penjualan arak dan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu
(baca sini), dan semalam mereka sudah tampar anggota polis. Esok lusa, entah apa lagi sikap kurang ajar yang mereka akan buat di negara kita ini. Mereka berjawatan tetapi perangai mereka tidak mencerminkan kapasiti politik yang mereka sandang. Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi tidak serik, jangan sampai penampar singgah di pipi baru kita hendak sedar. Bukalah minda dan hati, bersatulah demi alif, ba dan ta.
9 comments:
salam....
siapakah manusia yang nak menentukan syurga atau neraka seseorang itu...?? saya terkilan dengan kenyataan yang dibuat, bawa2 lah mengucap.....pintu taubat masih lagi terbuka...pas adalah sekadar sebuah parti sahaja, dan bukan parti islam, dalam islam sendiri tiada parti, islam ialah islam TIADA PARTI ISLAM dan ISLAM ADALAH AGAMA...jadi kepada pengeluar kenyataan bawa2 bertaubat dan hentikan fitnah sesama manusia..
salam..
Salam, harap dapat masukkan blog aku ini dalam blog list nko... Tq...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
PAS untuk semua. Samseng Gobala pun boleh masuk syurga. Jadi buat lah tabiat samseng.
SEjak eli ratu telanjnag datang mengadap nik ajiz, makin bertambah kecamuk orang tua ni! Itulah akibat apabila syaitan datang menolong, takbir sudah jadi take beer, pas sudah jadi hampas dap kafir harbi!
Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu
PAS memperalatkan Islam
Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.
UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI
Ingatlah;
Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…
Salam Perjuangan..
Assalamualaikum.. Mungkin benar seperti apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Berdasarkan ayat dari kitab Al-Quran yang mulia, surah al-Maidah ayat 44 berbunyi "Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". Kerajaan kita tidak menghukum kesalahan seseorang menurut apa yg diturunkan Allah jadi sesiapa yang menyokong sudah pasti akan kafir. Lagi satu ayat daripada surah al-Maidah ayat 45 "Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim". Di dalam kedua-dua ayat ini jelas dikatakan tentang apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Walaubagaimanapun, janganlah kita bertelagah sesamasendiri dan Pejuang Cyber jelas menyokong UMNO. Marilah kita sama-sama merenung ayat Allah ini dan barangsiapa yang tidak menyiarkan comment sudah tentu dia seorang yang berdosa besar.
Buat Tuan Guru, tidak wajar kita mengatakan sebegitu kerana sesungguhnya cara berdakwah yang sebetulnya adalah lemah-lembut dan berhikmah. Semoga umat Islam sentiasa dirahmati Allah. Janganlah kita bergaduh sesama Islam kerana satu hari nanti sudah pasti Allah akan menurunkan bala menimpa kita seperti kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.
sungguh indah surah al-maidah tersebut. sepatutnya nik aziz mengurut dada bila baca ayat itu. ni nik aziz hukumkan umno akan masuk neraka. hukumkan sesama islam kafir. hukumkan hina islam tak pa sbb tak tau islam dsbnya. itu hukum islam ke?? mana dia belajar ya??
nabi berdakwah berkasih sayang 2/3 dunia ditawan. nik aziz berdakwah songsang, nak pertahankan kelantan pon susah 2004 hampir terkucil.
skrg rakyat dah muak dgn nik aziz, rakyat dah bangkit melawan. masa kan menentukan.
rampage
zaman potugis dulu pun aku ingat ada jugak la ulama yg mcm nik aziz ni ....
sbb tu melaka jatuh, kalau dikaji sejarah mesti kita jumpa....
ulama yg jual agama utk kepentingan potugiss ....
mesti potugis bayar ulama tu keluarkan fatwa merapu, ...
sejarah ni biasanya berulang ....
ahlikimia
Nabi Berdakwah dengan kasih sayang 2/3 dunia diatawan... ooo. baru saya tahu. terima kasih atas info yang baru 1st time saya dgr ni. sayang, situasi ni tak terjadi di Malaysia. ramai orang2 non- Muslim convert kepada islam tetapi ramai jgk org yang murtad dari islam. tu belum kira yang murtad sembunyi-sembunyi.. Mufti kesayangan kita ada bgtau murtad seramai 100,000 org. tak cukup baik ke Islam ni, tak cukup kasih syg ke, atau x cukup ape lagi.. Adakah kita umat yang akan menghancurkan islam setelah bersusah payah nabi kita berdakwah secara kasih sayang sehingga menawan 2/3 dunia. atau, ada salah silap kita dalam kaedah menyebarkan Islam yang kita perjuangkan ini. org non muslim tengok Islam pun, rase x lalu nak masuk islam. Nabi pernah ditawarkan pangkat sebagai pemimpin, harta benda yang banyk, wanita paling cantik kat mekah supaya meninggalkan dakwah kepada islam. tapi nabi tolak sumenye demi menyebarkan islam. kalo zaman sekarang, ada lagi tak mcm ni.. nabi lebih rela dibaling najis, dibaling batu, dihina dan dicaci, dsb utk mencapai kejayaan menakluk 2/3 dunia...
Post a Comment