Saturday, August 22, 2009

Campur Tangan Amnesty Dalam Undang-Undang Syariah

Pada 20 Julai 2009, Kartika Seri Dewi (model wanita berusia 32 tahun) dijatuhkan hukuman sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan kerana kesalahan minum arak. Kartika dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend Cherating dekat sini kira-kira pukul 11.40 malam, 11 Julai 2008. "I want to respect the law, Who am I to question the Islamic authorities' laws? That is beyond me." kata Kartika dalam satu perbualan telefon pada 21 Ogos 2009 (baca sini). Kartika menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya tetapi ada badan luar negara yang mahu campur tangan dalam urusan mahkamah syariah di Malaysia. Mengapa Amnesty International mahu campur tangan?

"Caning is a form of cruel, inhuman and degrading punishment and is prohibited under international human rights law" demikian gesaan Amnesty International kepada kerajaan Malaysia pada 21 Ogos 2009 (baca sini). Mengapa ada pihak luar yang cuba campur tangan atas alasan hak asasi ke atas hukum syariah di Malaysia? Amnesty International juga turut campur tangan dalam isu-isu lain termasuklah Internal Security Act (ISA). Malah Amnesty International turut membela sebuah parti di Malaysia atas nama hak asasi manusia menerusi Laporan Tahunan AI 2007. (baca sini). Laporan-laporan ini diadakan untuk menjatuhkan imej dan kedudukan Malaysia pada kaca mata masyarakat antarabangsa. Undang-undang negara perlu dihormati. Ianya tidak boleh dibiarkan menjadi bahan sendaan dan kecaman pihak-pihak luar. Kedaulatan undang-undang, prinsip Rukun Negara yang keempat. Sebagai warganegara Malaysia, Rukun Negara perlu menjadi prinsip bersama. Jangan khianati negara sendiri.

3 comments:

bakmaipungkoq said...

bila pokok kelapa dh condong, kura-kura pun panjat naik.

Anonymous said...

amnesty ni kawan baik anwar. - salim

HanaHoney said...

KALAU BKN SBB ANWAR SI PENGKHIANAT TU, MSTI X DE ORG BERANI GAMPUR TGN..AMNESTY, MAJLIS PEGUAM SAMA JE....