Pada 7 Ogos 2009, Khalid Ibrahim menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di Selangor tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri" (baca sini). Khalid Ibrahim seolah mengikut telunjuk DAP di Selangor. Dulu pembangkang sibuk menghentam kononnya semua gejala maksiat yang berlaku adalah salah BN, tetapi bila mereka sendiri memerintah barulah kita tahu perangai sebenar mereka.
Bukan sekadar arak malah kegiatan maksiat yang cuba dibasmi oleh pihak berkuasa turut dihalang oleh DAP. Pada 4 November 2007, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) campur tangan dalam tugas penyitaan sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya oleh pihak berkuasa. 22 orang pelacur dan 12 lelaki disyaki pelanggan ditahan di hotel terbabit (baca sini). Mengapa seorang Exco Kerajaan Negeri begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang usaha untuk membasmi maksiat dan merampas minuman keras? Apakah ada sesuatu di sebaliknya?
Lihatlah bagaimana berpakatnya mereka untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Selangor. Seorang berbogel tanpa sedar di atas sofa, seorang lagi panggang lima ekor "En B" meraikan kelulusan RM100 juta projek mega di Sepang, menyokong memorandum memperlahankan azan di Masjid Bandar Kinrara 5, Puchong, mahu menghapuskan tulisan jawi dan seorang lagi halang usaha membasmi maksiat dan arak. Beginilah nasib kalau berkawan dan berkerjasama dengan DAP. Tidak serik kah lagi PAS? Mahukah PAS berpakat dengan UMNO demi untuk alif, ba dan ta?Musyidul Am PAS tidak mahu masuk campur dalam isu arak. Dulu dalam isu babi di Kedah pun Nik Aziz berpendirian yang sama (baca sini). Tegurlah sikit Ronnie Liu dan Jeef Ooi. Rugi kah kalau menegur untuk kebaikan Islam?
Lebih memalukan bila Khalid Ibrahim sendiri membela dan seolah-olah menyembunyikan sahaja kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Ronnie Liu. Khalid Ibrahim adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita semua tahu siapa pemimpin PKR. Kita juga tahu siapa yang menjadi Ketua Pembangkang di negara ini? Di mana kenyataan beliau untuk isu arak dan tindakan kurang ajar Jeef Ooi menyelar syariah Islam sebagai pelampau? Kalau benarlah dia seorang Melayu dan Islam, mengapa diam membisu sahaja? Biarkan sahaja DAP ini naik tocang? Anwar nak lepas tangan sahaja, Nik Aziz pula tidak mahu masuk campur (baca sini). Itulah perangai mereka yang sebenar. Malunya.





10 comments:
Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.
sepatutnya semua umat Islam dan scholar Islam bangun, ini dah melanggar Perlembagaan sebab ugama Islam adalah ugama rasmi negara
ulasan lanjut di blog saya
www.anakbukitgantang.blogspot.com
Macam mana dia nak halang, semasa p/raya kecil di ijok dulu dia sendiri pun minum itu air kencing yg dihidang oleh DAP di simpang 3 Ijok. Kejadian tersebut sempat dirakam dan dikeluarkan oleh pihak jentera p/raya Bn
mereka sekadar ingin menjadi jaguh kampung.
tidak ada telur nak tegur !
sebelum p/raya dlm manisfeto kata nak tutup kilang arak....ingat ya KILANG tuhhh, bukan kedai...tapi KILANG dan byk lagi la yg kata nak bagi duit kat mak janda budak2 yg skolah tadika dll.
tapi bile lepas menang, bukan kata kilang , bukan juga kedai yg ditutup, nak kuatkuasa kawasan larangan pun tak mampu.
tapi apa yg kawan2 dlm PR boleh buat, stakat tengok dan buat bodoh aje.....
nik aziz senang ckp ....ambo tok se campur .....
cuba kalau salah UMNO sikit, sampai menjejes air lior tok guru mengata umno jahattt....
patut la msia ni ada mcm2 musibah.... bila silaturrahim sesama islam di tolak, raja2 sebagai ketua agama dihina, mufti sebagai penasihat di hina,....
apalah yg nak jadi dgn puak2 PAS ni, takut aku dgn pemikiran extrim mereka dan ambil mudah dlm semua hal.
sudin
PAS memenag tak boleh harap.
Tukar PAS.
amar ma'ruf dan NAHI MUNGKAR..
harus berjalan seiring..
think about it.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah..
Fikir2kan baek Barisan Nasional mahupun pembangkang. Sepatutnya parti yg menyokong orang Melayu perlu bersatu bukannya bertelagah. Inilah yang dikatakan bahawa ada ilmu tapi tidak digunakan. Sebagai seorang umat Islam, kita janganlah melaga-lagakan orang Melayu kerana ini akan menyebabkan kita dijajah oleh kaum lain. Marilah kita semua bersatu dan cuba mewujudkan semula Islam yang sebenar. Insyaallah.
saya tertarik dengan slogan amar maaruf nahi mungkar harus berjalan seiring.benar,saya tidak membantah slogan yang slalu dicanang oleh orang pas itu,tetapi saya tidak tertarik dengan "pelaksanaan" slogan itu oleh parti pas.contah mudah yang slalu dicanang oleh anggota pas,kita harus mendidik dan berdakwah kepada masyarakat sama ada muslim atau bukan muslim mendekatkan diri dengan Allah,dan dalam masa sama cuba mengurangkan kemungkaran dalam masyarakat dengan mengurangkan sedikit demi-demi sedikit kemungkaran seperti kedai urut,judi,kilang arak.tapi hairan sungguh saya selepas lebih setahun memerintah,kedai urut,pub,dan berbagai maksiat masih berleluasa di selangor.kalau 100 hari mungkin terlalu awal untuk menilai dan menghukum,ini sudah setahun lebih..
Setiap kejadian tuh datangnya dari ALLAH. ALLAH dah tunjukkan sifat2 yang sebenar si Khalid GAGAP nih.
Bukan nak membenci umat Islam dan orang Melayu sendiri tapi pertelagahan sesama kita ini di tunjangi oleh puak-puak kita sendiri yang gila kuasa dan bila dah di beri kuasa, di pergunakan untuk menyakitkan bangsa kita sendiri.
Natijahnya, kerugian itu tetap berpihak kepada bangsa Melayu jugak kerana kepercayaan orang2 Melayu yang mengundi PR ini seperti di lenyapkan oleh segelintir manusia yang tamak haloba dan berkepentingan dan tidak pernah mempedulikan kaum yang sebangsa dan seagama semata-mata untuk memuaskan hati sahabat2 mereka yg sejak azali memang di lahirkan untuk menghancurkan umat Islam.
Insaflah...dunia semakin hampir ke akhir zaman dan salah satu tandanya apabila arak itu di halalkan dan maksiat itu berleluasa.
Manifesto PR adalah atas kertas sahaja dan tidak ada satu pun yang akan di lakukan. Bagi free air tapi dalam masa sama nak ambik duit Baitulmal? Apa maknanya? Duit Baitulmal tuh duit saper? Adakah layak di beri kepada kafir-kafir laknatullah? So, sama la macam di berinya kita gula-gula tapi di ambilnya kilang gula..adilkah?
Post a Comment