Friday, July 31, 2009

Usah Ganggu Stabiliti Negara


Tiada gunanya berdemonstrasi. Bukankah sudah ramai wakil rakyat daripada pembangkang dalam Parlimen?. Mengapa tidak gunakan Parlimen sahaja sebagai tempat memperjuang isu secara lebih rasional, tertib dan berperaturan?. Mengapa masih mahu mengugat stabiliti negara?. Esok kalau terjadi perkara yang tidak diingini, berseronoklah wartawan asing memburukan negara. Mahu mansuh ISA kah atau mahu mencipta momentum untuk mengembalikan 'mood' berdemontrasi membela Anwar Ibrahim? Kedamaian negara ini besar harganya, jangan gadaikan ia dengan emosi yang berlebihan. Setiap masalah boleh diselesaikan. Tiada guna menunjuk kuat di jalan raya jika masalah tidak selesai. Usah ganggu stabiliti negara. Banyak lagi perkara berfaedah yang mahu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk kebaikan bersama. Sebelum nasi menjadi bubur, bertindaklah dengan waras.

11 comments:

hatiminda said...

bangganya Anwar Al-Luth menguasai minda pengikut bebal,hati perusuh dipaku fitnah serana, jiwa dirasuk iblis durjana hingga mereka sanggup memalukan agama, bangsa dan negara utk menjerit dan melaung minta dimusnahkan akta yg pernah menyelamatkan datuk nenek mereka....pelik tapi benar, cucu-cucu anasir penjenayah turut menyocok bontot mengapikan sang Anwar Al-Luth supaya memanaskan buih-buih liur api neraka pada mulutnya...pelik tapi memang benar!!! kerana takutkan kebenaran utk saiful, sang al-luth lari di jalan raya supaya rakyat lupa perbuatannya

Anonymous said...

Alhamdulillah, di pagi ini Allah swt menurunkan hujan sebagai rahmat utk pendukung2 ISA.

semoga hati mereka yg nak berdemo tanda bantah ISA tu terbantut, terkedu dan menyorok masuk ke dapur.

supaya hati mereka terdetik utk berfikir, kalau lah tiada ISA bagaimana ketua mafia yg dikelilingi barisan2 peguam yg bisa memutar angka 9 di jadi 6, yg bisa menterbalikkan 3 menjadi E dapat di tangkap.

supaya keamanan dikembalikan kepada mereka semua.

sbb tu aku tak nak jadi lawyer,sbb cikgu aku kata dulu 5+5=10 tapi lowyer boleh kata jadi 11. lepas tu semua org percaya.

Dato' Z.

Anonymous said...

psssttt.....jgn bgitau org lain ....aku sokong ISA.

MALAYsian said...

semua ni adalah untuk membela anwar yang bakal dihukum atas tabiat songsangnya. demi menyelamatkan pemimpin mereka yang salah, mereka sanggup menggugat kestabilan dan ketenteraman yang sedia ada..yang sedang kita kecapi...ada nak jadi dengan mereka-mereka ini...

baLdi MeraH said...

sial la.. aku nk g konsert search neh.. tapi aku rasa yg dtg ni pon sbb nk dpt bas free nk g tgk konsert..kekekekkeek

miss comel said...

hum.. jiwa muda ku semakin sedih melihat dunia politik malaysia kini.. barukan 51 tahun kita merdeka.. hum untuk kemerdekaan 2009 yang ke 52 tahun ni.. bermaknakah bagi kita???

Pak Tam said...

Itulah tindakan yang boleh menggugat keamanan negara. Dgn cara ini rakyat boleh bangkit menentang kerajaan dan tak perlu pilihanraya umum ke 13 yang belum tentu Pakatan Rakyat boleh menang. Jadi cara inilah Pakatan Rakyat boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jika ISA dihapuskan, pemimpin Pakatan Rakyat akan lebih melampau lagi!!!

F.Aswan said...

politik jalanan..dah xda modal lah tu.menyusahkan rakyat.kali ni dia tersilap langkah..

F.Aswan said...

anwar,anwar

ks30069 said...

salam perpaduan...

setuju pendapat Tuan Azrinizam...Elok kiranya pihak pembangkang guna cara lain untuk meluahkan perasaan...dh banyak org pakatan dalam Parlimen...tak cukupkah untuk bersuara dalam Parlimen??? kepada yang menyertai perhimpunan mansuh ISA, fikir baik buruk ISA itu untuk agama, bangsa, dan negara kita...

Anonymous said...

apa nk jadi la bangsa dengan melayu zaman sekarang....sedih tengok...merusuh sana sini...ada org bangsa cina n hindu join....mesti sikit sangat yang join...rosak la bangsa melayu sendiri bila melayu jatuhkan melayu...org lain yang untung nanti...aku berharap malaysia x akan jadi seperti singapura bila melayu xda kuasa langsung..AMIN.