Pada 19 Jun 2008, Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) membuat kenyataan akan menebang balak di kawasan tadahan air untuk menambah pendapatan negeri Kedah. (baca sini). "Kita telah buat kajian kalau kita tebang balak setelah ditolak kos-kos, kita akan dapat RM100 juta setahun." kata Azizan. Namun siapa yang dapat tender untuk tebang balak ini? Gambar atas menunjukkan peta kawasan yang dikatakan mempunyai nilai balak RM100 juta setahun.
Ini adalah surat permohonan untuk menebang balak daripada syarikat AY Trading kepada Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah pada 15 September 2008. Kawasan balak yang terbabit adalah di Lot 1771 dan Lot 1805, Bukit Kaci Pelanduk, Kubang Pasu. Kawasan ini dekat dengan Universiti Utara Malaysia. Ada sesiapa perasan ada lori-lori balak yang melalui Lebuhraya Changlun-Jitra pada waktu malam hari? Kerajaan Negeri Kedah amal tender terbuka atau beri projek ini kepada orang-orang terpilih sahaja?
Cek bernilai RM10,000 ditulis atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Tulis surat mohon tebang balak, kemudian bagi pelan lokasi balak dan beri cek RM10,000. Apa maksudnya? Suap? Orang-orang PAS Sungai Limau yang menyokong penuh Menteri Besar Kedah tidak mendapat peluang pun untuk merasai duit kayu balak ini. Melepaslah mereka. Duit ceramah dikutip dari orang kampung, tetapi duit balak orang kampung dapat semua kah? Siapa Aziz Ahmad, Pengurus AY Trading ini? (baca sini). Balak habis ditebang. Di Lojing, Kelantan, kawasan seluas 40km persegi telah habis ditebang dengan alasan Ladang Rakyat. Di Bukit Kachi, Kedah, cek RM10,000 dihulur untuk menebang balak. Mudah benar PAS memerintah sesebuah negeri. Tak cukup duit, tebanglah balak. Inilah mungkin yang dinamakan sebagai membangun bersama Islam?





2 comments:
terima kasih kepada azrinizam di atas artikel2 yang telah dibuat.ini memudahkan kerja saya untuk menyebarkan pembohongan2 yang telah dilakukan pakatan rakyat kepada semua mahasiswa/siswi uum.semoga berjaya untuk anda dan jangan sesekali berputus asa dan memandang kebelakang.kami semua menyokong anda.salam perpaduan n all the best!!!!!
terima kasih kepada azrinizam di atas artikel2 yang telah dibuat.ini memudahkan kerja saya untuk menyebarkan pembohongan2 yang telah dilakukan pakatan rakyat kepada semua mahasiswa/siswi uum.semoga berjaya untuk anda dan jangan sesekali berputus asa dan memandang kebelakang.kami semua menyokong anda.salam perpaduan n all the best!!!!!
Post a Comment