Monday, July 20, 2009

Salam Israk Mikraj


Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”(Q.S. An-Najm: 13-18).

Salah satu peristiwa penting Israk Mikraj adalah perintah solat lima waktu yang diterima oleh baginda Nabi SAW di Sidratul-Muntaha. Mukjizat Israk Mikraj tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Ianya berlaku pada umat Nabi Muhammad SAW, umat akhir zaman. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Bermuhasabah kita.

4 comments:

anakbukitgantang said...

selain itu yang utamanya ialah patuhi perintah Allah, dirikan rukun Iman, tegakkan rukun Islam, jangan mengumpat, fitnah, kelahi, buruk sangka.....periksa diri sendiri dan bermuhasabah.

Jangan cepat tunding jari dan kata diri lebih Islamik dari orang lain jika tak lepas lagi 7 gunung iman....beringat kepada yang takutkan Allah

Anonymous said...

dome of rock, itu lah batu yg nak ikut nabi muhammad saw, itu lah bukti yg dapat dilihat oleh mata manusia sehingga hari ini, tapi ramai org yg tak nak terima hakikat baik org2 islam maupun kafir.

kalau org2 islam hayatinya dgn sepenuh hati dah tentu tak bergaduh dan hidup saling sayang-menyayangi.

org2 melayu/islam boleh progress dgn subur dibumi emas ini. islam akan terpelihara dan melayu akan kuat, sudah pasti akan merubah lanskap ekonomi sebelah asia.

tapi malang sungguh di bumi terpelihara ini org melayu/islam bercakaran mcm tak de hari esok. yg rugi nya sudah pasti org2 islam dan melayu sendiri.

dalang2 nya tok2 guru yg tahu ilmu islam, tahu akibatnya kalau bercakaran. tahu dosanya memecah belah. tapi bila tangan dihulur, dibaling dgn racun. itu lah akibat kalau sudah diresapi pas itu agama.

aku sendiri takut nak ramalkan apa akan berlaku dlm 10thn lg pada m'sia.

- sudin -

oyabun said...

Salam...

Mungkin secara kebetulan ataupun tidak, hari ini juga manusia pertama sampai ke bulan bersama Appolo? Wallahuallam..

Salam perjuangan...

Panglima Perang Cyber said...

Dan orang pertama tu pulak masuk Islam ?

Maha Suci Allah!