Wednesday, July 15, 2009

Pengundi PAS Sudah Berubah Hati?

PAS menang di Manek Urai pada 14 Julai 2009. Dengan berkampungnya Muryidul Am dan kehadiran Anwar Ibrahim yang bergegas pulang dari Perth, Australia pada malam 12 Julai 2009, PAS hanya mampu dapat 65 undi. Kejatuhan mendadak berbanding majoriti 1,352 undi yang diperolehi PAS pada Mac 2008. Ke mana perginya undi-undi PAS sebelum ini? Pertama, mungkinkah orang PAS sendiri tidak bersetuju dengan pemilihan Nik Aziz yang mengenepikan calon lulusan Universiti Al-Azhar di Manek Urai. Apakah Nik Aziz tidak iktiraf bekas mudir yang berkelulusan Al-Azhar untuk menjadi calon di Manek Urai?

Dari Manek Urai, semua perhatian akan beralih kepada MU yang akan beraksi pada 18 Julai 2009 ini. Kehadiran Michael Owen yang menyarung jersi no. 7 pasti ditunggu-tunggu oleh peminat MU.

Kedua, sikap Nik Aziz yang cakap lepas dan menuduh yang bukan-bukan hanya menurunkan lagi undi PAS. Pengundi PAS sudah sedar bahawa "PAS Untuk Semua" tetapi "syurga bukan untuk PAS sahaja". Tidak undi PAS, tidak bermakna masuk ke neraka. Ketiga, pengundi sudah sedar, 19 tahun pemerintahan PAS, orang bawahan PAS hanya digula-gulakan dengan ceramah, ceramah dan ceramah. Bila buat Ladang Rakyat, untungnya hanyalah menantu dan orang-orang terdekat dengan Nik Aziz sahaja. Berbekal 65 undi, "Fauzi Ikan" hanya nyawa-nyawa ikan sahaja di Manek Urai. Fauzi perlu menunaikan tanggungjawab dengan baik, jangan tiru sikap Guan Eng yang menyalahkan orang di Kampung Buah Pala. Jika tidak kerana "pengundi 71" dan "pengundi import", pasti PAS sudah tertiarap di Manek Urai. Manek Urai atau lebih dikenal dengan "MU" akan berlarutan di stadium Sabtu ini. Malaysia bertemu dengan MU. Siapa pula yang menang di padang nanti?

12 comments:

rizuan mh said...

salam,

terfikir juga saya, andainya PAS tewas semalam, apakah hujah yang nak dikemukakan oleh Nik Aziz terhadap rakyatnya sendiri di Manik Urai? kalau PAS tersungkur semalam, apakah agaknya Nik Aziz nak labelkan kat orang-orang Manik Urai yang selama ini menyokong partinya itu? apa agaknya pandangan NIk Aziz terhadap para penyokong PAS yang dah berpaling mengundi BN?

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

SALAM

setuju dengan bro tapi macam pula boleh ada Michael Owen....mungkin lepas ini Nik Aziz akan beralih ke DAP dengan keluar dari PAS

ajijasin said...

salam alaikum...

undi = 10631
pas = 5348 = 50.30%
BN = 5283 = 49.69%
undi rosak = 117 = 1.10%

beza undi pas dan BN
cuma 65 = 0.61%

tak sampai pun 1% pun!!!!!

kalao ikut laporan dalam banyak surat khabar hari ini itulah jumlahnya!!!!!

jumlah yang mengundi = 10631***

pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
jumlah sepatutnya = 10748***

mengapa jumlah keluar undi
dengan jumlah sepatutnya berbeza!!!!!!

macam mana dia orang kira?????
tak faham aku?????

allooo bro ngkao tolong fahamkan aku!!!!!

5348 + 5283 + 117 = 10748!!!

yang mengundi = 10631!!!

Anak Lenggong said...

Kemenangan Pas disebabkan penyokong jumud dan taksub kepada nik ajis jee..nanti meninggal orang tua tu..dia akan bawa bersama parti pas...tak percaya tengok laa..kepada pemimpin umno teruskan perjuangan sebab perjuangan baru saja bermula ..tidak perlu kita kesal apa yang terjadi tetapi kita harus berbangga dengan jumlah pengundia yang kita terima...ingat....klimak bagi semua ini adalah pada PRU13.. tunaikan janji2 yang telah diucapkan dimanik urai tu sebab rakyat akan melihat dan jangan kita dicap hanya pandai berjanji tetapi tidak mengotakannya..biar dan relakan pas terus dibuai mimpi kemenangan..kita hendaklah terus bergerak untuk memenangi hati rakyat.

hatiminda said...

sudah pasti 1200 pengundi yg x menyokong PAS di manik urai akan dikafirkan dan dianggap x masuk syurga kerana x memberi undi kpd parti politik PAS!!mudahnya org PAS menghukum hanya kerana x diberi undi utk mereka mendptkan kuasa di dunia...
PAS itu Islam atau PAS perlu bersikap menjadi pengamal Islam yg sebenar?

ks30069 said...

x sabar nk tgk 'kepimpinan' Fauzi ikan.....ada atau tidak ciri-ciri pemimpin....dgn hanya 65 undi menjadi perbezaan,nyata PAS sudah mula resah....

Ikhwan Chen Abdullah said...

Jelas sgt nampak kredibiliti pakatan merudum...

bro brotherhood, said...

Bro Rizuan,...heheh,..heheh,..apo nak dikato,..kalo PAS tewas alasan Nik Aziz ialah disebbabkan Ust Nasha turun padang,..diaorg dah prepare alasan kalo kalah,..tu yg di jemput juga Ust Nasha g kempen,..wakaka,.. alasan bukan susah bagi PAS sbb depa parti keramat,.. semua halam bagi PAS dan haram bg org lain terutama UMNO,..heheh,..wat else can I say,..(,")_

Anonymous said...

aku doa kan semoga nik aziz sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia.

dosa pecah-belahkan org2 islam ni amat berat.

penat belajar agama tinggi2 kalau ahklak buruk. sepatutnya lagi tinggi ilmu agama lagi tunduk mcm resmi padi.

lagi bagus jadi chedet walau dikata mcm2 dia tetap berkata benar. walau seluruh kredebiliti dia musnah disebabkan kes anwar, tapi dia tetap berkata benar.

bayangkan kalau sesiapa pun ditempatnya, bolehkah kita berckp benar dlm keadaan yg sgnt genting.

tapi hari ini semua org dah mula sedar siapa yg kaca siapa yg intan.

mungkin ramai pengundi di manik urai dah tgk video mior, hyranny, norlaila, dll. sbb tu mereka dah buat kesimpulan.

Zul.

Anonymous said...

zam,

aku baru balik dari australia, di sana aku dpt tgk anwar ditemuramah pemberita aussie.

aku cuba letakkan diri aku di tahun 98, aku tgk anwar ckp masih beretorik tentang depression, authocratic, rasuah, transparency, dll. topic kesukaan dia.

terus terang la aku ckp, tonansi nya sudah tak mcm tahun 98. benda yg sama diulang2. sampai kan pemberita aussie tu tersengih2 menyindir.

aku rasakan anwar pun mcm dah tau ckpnya dah tak di pakai lagi.

zul.

TokLimbong said...

hahaha.. nik ajis dh makin malap la.. 65 undi tue pon mybe org tu trsilap vote.

Anonymous said...

U said dont politicise certain things. But what I seen from your blog is the contrary. You politicised almost everything uttered by the Menteri Besar of Selangor and Kelantan (mind the word of MB not pembangkang leader used by ur own good self), actions taken by those states etc.

You can always see shit on peoples' nose, but certainly you can't see yours!

For all that I see, you are just a typical shallow minded person!

Sorry to say this