Saturday, July 4, 2009

Keretakan Pakatan Menanti Belah

(Gambar: Thomas Su). Pada jam 5 petang, 1 Julai 2009, keretakan Pakatan Rakyat berlaku di Kedah. Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis) mengumumkan untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Pada 3 Julai 2009, ADUN DAP di Kota Darul Aman, Lee Guan Aik mengisyitharkan dirinya sebagai calon bebas dan berkecuali. Mengapa DAP keluar di Kedah? Alasan mereka adalah kerana pusat sembelihan babi. Di Kedah, PAS ada 16 kerusi, PKR 5 kerusi dan DAP satu kerusi. Dengan keluarnya DAP dari pakatan pembangkang maka kedudukan sekarang menjadi 21-Pakatan, 14-Barisan Nasional dan 1 Bebas.

Ramai yang membayangkan bahawa tindakan Lee Guan Aik akan menjadi pencetus kepada perpecahan yang besar dalam pakatan di Kedah sebagaimana tindakan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) pada 25 Januari 2009 dengan melompat masuk ke dalam PKR tetapi membuat "u turn" selepas itu. Atas kebimbangan ini, maka Anwar Ibrahim terpaksa memanggil perjumpaan tergempar semua Ahli Parlimen dan ADUN di Kedah dan Pulau Pinang di Yayasan Aman Penanti pada 5 Julai 2009. Dalam kebimbangan menghadapi perbicaraan liwat pada 8 Julai 2009, Anwar sebenarnya bimbang juga dengan keretakan yang sedang berlaku dalam pakatan.


Di Pulau Pinang, penduduk Kampung Buah Pala marah pada Guan Eng. "Adakah permintaan itu banyak sangat? Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi kerajaannya, maka beliau harus meletak jawatan dan balik ke negerinya di Melaka," kata seorang penduduk. Mereka marah kerana Guan Eng tidak mahu membela permintaan mereka agar tanah 23 buah keluarga tidak diambil oleh oleh pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

“Dalam aspek ini, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tanah itu milik koperasi dan pemaju. Suka tak suka, kena akur terhadap keputusan undang-undang sungguhpun penduduk itu telah tinggal lama di sana,” kata Guan Eng. Pada pandangan Guan Eng, 23 keluarga di situ tidak memberi apa-apa kesan kepada pentadbirannya. Guan Eng mengarahkan dua orang Timbalan Menterinya bagi menyelesaikan masalah. Dia sendiri takut untuk turun berdepan dengan pengundinya. Takut patungnya dibakar oleh orang kampung.


(Yayasan Aman, tempat Anwar dijangka bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan pada 5 Julai 2009. Apakah bertemu untuk "mengamankan" keretakan yang sedang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang?)

“Saya kesal ada segelintir anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba hendak menjadi hero dan mengeruhkan keadaan,” kata Guan Eng. Kenyataan Guan Eng ini ditujukan kepada siapa? Kepada Zahrain? Lebih kalut bila Zahrain Mohamed Hashim (Pengerusi PKR Pulau Pinang) menyindir Guan Eng kembali pada 3 Julai 2009. Di Kedah, pakatan pembangkang sudah kalut sebab pusat sembelihan babi. Di Pulau Pinang, kalut kerana Kampung Buah Pala. Anwar Ibrahim segera panggil untuk berjumpa di Yayasan Aman. Apakah perjumpaan ini bertujuan untuk mengugut mana-mana ADUN yang tidak bersetuju agar letak jawatan? Atau mengurung mereka di Yayasan Aman? Retak sudah retak, hanya menanti belah sahaja. Situasi di Alor Setar dan Kampung Buah Pala nampaknya lebih meriah dari Manek Urai, tempat pilihan raya bakal berlaku. Besar kemungkinan, pada penghujung tahun ini, Pakatan Pembangkang akan musnah dan berpecah belah.

3 comments:

Anonymous said...

DALAM PERJUMPAAN DI YAYASAN AMAN HARI NI TAKKAN LAH TAK ADA SEORANG PUN YB YB PR YANG BERANI BUAT CADANGAN SUPAYA ANWAR BERSUMPAH AJA DEPAN MEREKA TENTANG ISU LIWAT SAIFUL.KALAU BETUL ANWAR TAK BUAT APA NAK TAKUT.KALAU ANWAR BERSUMPAH SELESAI SATU MASALAH BESAR DALAM PR,DAN PKR AKAN KEMBALI MENDAPAT SOKONGAN MELAYU.

YB YB PR JANGAN HIPOKRIT SEDANGKAN RAMAI DIANTARA KAMU YANG PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT. PERJUANGKAN KEADILAN APA, MACAM NI,TAKUT UNTUK MEMPERKATAKAN KEBENARAN.KALAU ADA SEORANG YANG BERANI MINTA ANWAR BERBUAT DEMIKIAN DALAM MESYUARAT PR, INI BARU NAMANYA PARTI YG MENUNTUT KEBENARAN DAN KEADILAN.BARU RAKYAT YAKIN DGN PR MUNGKIN TERMASUK AMENO ATAS PAGAR JUGA YAKIN.AKU YAKIN KALAU ANWAR BERANI SUMPAH MCM SAIFUL,SINARIO ISU LIWAT DAH JADI LAIN SIKIT,NAJIB PUN TERKEDU JUGA.

SUMPAHLAH BANG NUAR, TAUBATLAH BANG NUAR,ALLAH AKAN BERSAMA KAMU KALAU KAMU BENAR,TAPI KALAU SEBALIKNYA, KAMU TENGOK APA HUKUMAN ALLAH PD KAMU ATAS DUNIA NI LAGI ... KITA TUNGGU DAN LIHAT.

revolusi pedang srikandi said...

salam ziarah..dah nama pun pakatan rapuh..manalah nak kuat

Sedingin Salju said...

Alahai, isu babi depa retak. Galak sangat, suruhlah buat sembelihan babi di tepi rumah ahli DAP tu.