(Gambar: Bersungguh benar Khalid Ibrahim. Seronok jadi Menteri Besar di negeri yang terkaya di Malaysia?). Apakah kekayaan itu masih ada lagi? Berdasarkan kutipan hasil negeri pada 1 Jun 2009, didapati terdapat pengurangan hasil sebanyak RM140 juta jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Berdasarkan hasil tersebut, unjuran hasil negeri Selangor dijangkakan akan menurun sebanyak RM300 juta pada Disember 2009 ini. Fenomena penurunan ini adalah yang pertama kali di Selangor sejak 7 tahun lepas. Apakah punca berlakunya penurunan hasil ini? Masalah ekonomi global? Penurunan berlaku kerana pengurangan hasil premium sebanyak RM102 juta dan pengurangan kutipan royalti pasir sebanyak RM14 juta. Pengurangan hasil ini disumbangkan oleh kencenderungan Khalid Ibrahim yang kerap menangguh dan membatalkan permohonan pembangunan hartanah daripada syarikat-syarikat bumiputera. Kalau tolak bumiputera, Khalid guna syarikat mana?

Pada 17 Mei 2009, Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Kemudian pada 18 Mei 2009, terus buat lawatan ke Singapura. Kononnya hendak belajar sistem di Singapura. Sebenarnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km di sepanjang Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat terbabit sebagai trade off pembiayaan pembersihan Sungai Klang. Bijak benar Melayu yang bernama Khalid ini, bagi syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit. Siapa yang untung?
Apakah pembabitan syarikat Singapura ini ada kaitannya dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Kedua-duanya hingga kini belum pun mengangkat sumpah menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri. Apakah Khalid Ibrahim sudah ketandusan pegawai-pegawai Melayu untuk menasihatinya? Hinggakan memaksa Nadzwan (Bekas Setiausaha Nik Nazmi Nik Ahmad) melaporkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. Khalid lebih pentingkan kroninya. Kekayaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid semakin susut. Inilah padahnya mempercayai janji-janji PKR. Orang PAS dipinggirkan, PKR kaut kekayaan, DAP buat hal sendiri di Selangor. Beginilah masalahnya, bila berparti secara pakat-pakat kosong sahaja. Esok lusa bergasaklah mereka.

21 comments:
Memang betul, setelah lingkupkan guthrie, yang menyebabkan guthrie kena telan dek sime darby, Khalid nak lingkupkan selangor pulak.
Mok
aku tengok tricia yeoh tu teringat kat eli. pandai la khalid cari
dengar cerita khalid ada skandal dengan isteri orang sejak duduk kat PNB lagi. skandalnya itu dibawanya ke pejabat MB sekarang....huh dahsat khalid...gagap gagap pun terorr jugak nih.
UCAPAN TAHNIAH PADA GENG2 PAS DAN PKR YANG MELAYU ISLAM KERANA TELAH BERJAYA MELINGKUPKAN SELANGOR TAK SAMPAI DUA TAHUN..
LEPAS NIH TUNGGU DAN LIHAT SAJA...SATU-PERSATU HAK ORANG MELAYU DI SELANGOR AKAN DI HAPUSKAN..
UMPAN AIR FREE SUDAH MENGENA... TAPI YANG DOK RUMAH FLAT X DAPAT JGK.. KESIAN2..
Bersih sungai atau cipta projek untuk rakan kongsi di luar? habis tu liberalisasi yg najib buat tu bukan utk kroni najib ke ?
Kita tunggu dan lihat apa excuse excuse mereka semua nanti. sebab masa ambil alih dari khir toyo dulu wang negeri 1.6billion kalau tak silap.
Habislah Selangor, Selangor nak rasa Khalid Ibrahim. Rasalah..
Apa kita panggil anak bangsa yang belot seperti si Khalid ni?
Assalamulaikum, salam sejahtera, salam perpaduan...
Tahniah setinggi-tinggi tahniah kepada Mr.Khalid...Harap2 rakyat Malaysia khususnya MELAYU mampu merenung...jangan sampai lepas ni ada negeri lain yg makin miskin sbb pilih org mcm khalid....
1. Mana tak susutnya..emua kerajaan yang diperintah dibawah Pakatan Riot kerja mereka cuma mencari salah kerajaan terdahulu dan bukannya bekerja untuk membangunkan negeri dan untuk rakyat...mereka sibuk dengan ceramah caci hamun dimasjid dan menjaja keburukan kerajaan terdahulu disetiap pelusuk negeri.
2. Mana ada bijak pandai dikalangan pakatan riot..didalam pilhanraya dulu pemilihan calon dibuat main tangkap muat jee..tak kiralah orang tu salesman jual kereta ke..posmen kee..ataupun tukang ambik gambar video (kes lingam) khalid gagap pulak hanya dok jaga guthrie..hanya sebuah syarikat sahaja..sebarang keputusan yang dibuat pekerja cuma menjalankan tugas tanpa sebarang bantahan...so bila dok jaga sebuah negeri..dia terkejut berok...tu yang makin kuat gagap dia..
3. Ingatan kepada pakatan riot...sepatutnya kalau nak berpolitik tu tak perlu lah disepanjang masa...berpolitik lah sewaktu pilihanraya..sebagai pemerintah banyak lagi keje yang harus dilakukan untuk memajukan negeri dan pembangunan untuk rakyat yang mengundi..nie tak dok sibuk ngutuk dan jaga tepi kain khir toyo jee ... kalau dah kata kerajaan bn dahulu terok..sekarang cuba lah bukti kemampuan kerajaan pakatan riot pula..mana pegi nya janji2 manis sebelum pilihanraya dulu...tak mampu nak lakukan kee..kalau tak boleh nak buat semua buat laa separuh sahaja...ini tak..bukannya nak tunaikan janji tapi menambah sengsara rakyat ada laa
Kesian Melayu.. Rugi Melayu... macam lagu warisan tu..
"nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesama kita..bumi dipijak milik orang"
semua thik tank khalid orang cina, lepas ni khalid serahkan selangor kepada cina untuk di perintah
Selangor akan tukar nama Selangorpura. Bos dia DSAI asyik ke Singapura dan kereta VIP kedutaan US ambil DSAI di Changi Airport. Semua ini dah dia atur di Singapura bersama rakan kongsi US & Singapura. Selangor akan jadi boneka US & Yahudi

1. Skandal Khalid dengan isteri orang elok didedahkan detailnya supaya semua rakyat selangor tahu siapa pemimpin yg telah mereka pilih.
2. RM1.6billion yg ditinggalkan oleh Khir Toyo adalah sattu jumlah yg banyak, sesuai dgn kedudukannya sebagai sebuah negeri maju. masalahnya, ke mana khalid habiskan duit itu? adakah ia sampai ke tangan orang melayu?
3. Kenapa ramai cina disekeliling khalid? sudah tiada melayu yg layakkah lagi yg boleh digunakan?
jasa khalid ni hanya serangan dipagi hari utk gutrie....tapi serangan ni bukannya murah. dia demand beribu lagi saham gutrie, selepas dah dpt sekian byknyaaa...
biasalahh bila tak dpt kat chedet pi ngadu kat anwar. anwar mcm biasa la, apa boleh lipat dia lipat apa boleh jilat dia jilat.....hehe
selain dari tu khalid ni mmg tak dak apa2 yg boleh dibanggakan, dan teori serangan dipagi hari ni pun skrg dah obsolete. dah tak boleh dipakai, semua org dah tauu.....
dia bukannya bersedia nak jadi MB, grassroot tak dak, think tank tak dak, bila dah jadi MB apa yg dtg melintang dia kebas. dia pun tau dia bukannya lama pun jadi MB....
bukan dia tak tau PAS s'gor senyap2 kautim sama umno di s'lor, hassan ali lebih praktikal.
s'gor ni negeri kaya, tak payah buat apa2, jaga aje la baik2 pun dan untung sangat2. tapi kalau pendapatan merosot juga tu maknanya dahsyat tu ....
makna kata yg didepan mata dia kebas yg dlm kantung pun dia songlap. emmm.....khalid khalid....
Zul.
Salam Bro
Khalid dah nak gunakan duit zakat bagi mentadbir Negeri Selangor...tak lama lagi adalah fatwa yang menghalalkan...Jangan di guna duit zakat utk buat tokong dan kuil sudah...
kalau si mamat khalid habiskan kekayaan selangor untuk kebaikan rakyat aku setuju. takda makna dalam kantung kerajaan negeri berbilion2 tapi nak bagi tolong rakyat berbelas2 kajian dok tunggu keputusan. dah tu pulak harga rumah dia 3.4 juta. murah konon.
Sbg seorang ahli korporat dengan rekod yg gemilang, cuba lihat ke dalam minda Khalid, apa yg penting? tentu sekali paling utama ialah utk meraih keuntungan.
Khalid gagap..bukan sebarang gagap. Duit dalam akaun 300j tak cukup tu yang nak sapu bersih harta negeri selangor. Lepas tu dia blah laa.. jadi la selangor negeri paling miskin. Kesiannnn..tapi..tu lah padahnya..nak pilih pakatan ingatkan ada perubahan tapi..lagi hancusss...
Harap kan pagar..pagar pun kena telan gak...
Jaga2 syarikat Singapura tu sambil bersih sungai,curi sekali pasir sungai
khalid memang patut disiasat dan disumbat jer ke dalam penjara.
termasuk exco2 lain yang bersubahat.
Post a Comment