Wednesday, July 22, 2009

Jalanraya Bukanlah Mahkamah, Bersabarlah.


Pada jam 6.30 petang, 20 Jun 2009, Neda Salehi Agha-Soltan ( Pelajar Islamic Philosophy di Azad University dan pekerja sebuah agensi pelancongan) telah ditembak oleh snipper yang dikatakan bersembunyi di atas bangunan di kawasan Kargar Avenue, Tehran. Video kematian Neda disebarkan melalui Facebook dan Youtube. Pihak CNN dan BBC yang pertama melaporkan tentang kematian Neda. Tuduhan mula disasarkan kepada Basij (satu kumpulan militia) yang pro kepada Ahmadinejad. Pada 22 Jun 2009, kumpulan Mehdi Karroubi dan Mir Hossein Mousavi mengajak rakyat Iran berdemonstrasi terhadap kerajaan Ahamdinejad dan menyalahkan pihak Basij yang bertanggungjawab atas kematian Neda. Belum pun selesai penyiasatan, hukuman sudah pun dijatuhkan di atas jalanraya. Benarkah Basij yang membunuh Neda? Siapa yang mula tuduh?


(Gambar: Kumpulan berbaju hijau yang menyokong Mousavi di Iran. Di Thailand ada yang berbaju kuning dan merah. Di Malaysia, ada yang berbaju hitam (mogok lapar) dan kuning (BERSIH). Apakah pemakaian secara beruniform ini secara kebetulan sahaja? Atau ianya dirancang dengan teliti oleh pihak-pihak tertentu?)

Jalanraya menjadi mahkamah untuk menghukum di Iran. Emosi mengatasi segala-galanya.

Menurut Mohammad Hassan Ghadiri (Duta Iran di Mexico) kematian Neda telah dirancang oleh CIA. Ini berdasarkan bagaimana video Neda tersebut dirakamkan dan peluru yang digunakan untuk membunuh Neda tidak dijual di Iran. "Evidence shows that (protesters) have done it themselves and have raised propaganda against the system." kata Ayatollah Khatami. Pada 4 Julai 2009, Ezzatollah Zarghami (Head of Islamic Republic of Iran Brodcasting) mengeluarkan kenyataan media bahawa video kematian Neda adalah palsu dan ianya sengaja dibuat oleh BBC dan CNN. Kematian Neda telah menjadi satu turning point untuk menghalalkan demonstrasi terhadap kerajaan Ahmadinejad di Iran. Berdasarkan video dari BBC dan CNN, Tehran menjadi medan demonstrasi. Jalanraya di Tehran menjadi pentas untuk rakyat memprotes kerajaan.


Pada 17 Julai 2009, Teo Beng Hock (Pegawai Khas Exco Selangor) didapati mati di bumbung Plaza Masalam, Shah Alam. Sejurus selepas itu, tuduhan mula disasarkan kepada SPRM yang dikatakan sebagai punca kematian Teo Beng Hock. Belum pun siasatan terperinci dilakukan, tuduhan mula dibina. Rakyat diajak untuk berkumpul di stadium dan jalan raya untuk bersama-sama simpati, sambil menuduh pihak kerajaan sebagai pesalah. Akhbar yang pro kerajaan dibakar. Adilkah sesuatu perkara diadili sebegini? Membina persepsi dan spekulasi memang mudah. Iktibar dari Tehran dan Xinjiang telah menunjukkan bahawa tuduhan memang mudah dibuat tetapi adakah ianya penyelesaian terbaik? Takziah buat keluarga Beng Hock. Rakyat Malaysia harus bersabar dan jangan cepat melatah dengan persepsi dan andaian. Tunggu hasil siasatan. Mahkamah bukanlah di atas jalanraya. Usah ikut emosi, bencananya amat besar. Kita sayangkan keharmonian dan perpaduan di negara ini.

9 comments:

Arif Omar said...

setuju sepenuhnya dengan tulisan anda/. nak alih perhatian dari masalah dalaman dibincang oleh ahli. merekakan pakar

Anonymous said...

patut la dulu ada seorg rakyat iran yg dah 4-5 thn duduk di m'sia ckp kat aku, dia ni sambung buat master dan phd di m'sia.

dia kata apa yg berlaku di m'sia is very similar in iran, di iran pun dia ada reform movement, transparent, human rights, dll yg didalangi oleh US dan sekutunya.

sbb tu dia jelek tgk anwar dan segala asparatus nya utk tumbangkan k'jaan. sbb dia tahu dan di negara dia pun menghadapi perkara yg sama.

aku cuma angguk2 aje la, tapi member aku yg penyokong PAS totok, yg cuma baca akhbar harakah je tak dapt tangkap pun maksud mamat iran ni.

bayangkan revolusi iran yg hebat , kebangkitan rakyat yg hebat , cuma mampu bertahan utuh 30thn je, skrg ni sedang di cabar hebat oleh sekutu US.

bayangkan betapa hebatnya kuasa US dan sekutu utk menjahanamkan sesebuah negara.

org2 yg mcm hossein mousavi & the gang la yg jadi alat US dan sekutu utk terus memporak-perandakan negara.

dulu di iraq ada chalabi di m'sia ada anwar.....tapi aku rasa rakyat m'sia sedikit demi sedikit dah semakin meluat dgn anwar. cuma masa akan menentukan.

keep up good writing , zam.

cheers

Khairul Nizam.

Panglima Perang Cyber said...

memang CIA alat menghuru harakan mana mana negara yang tidak sefahaman dengan mereka.

good job bro..

harap rakyat dapat fikir lebih global lagi dengan artikel bro.

Anonymous said...

Parti pembangkang terutama DAP sebenarnya mahu mengalihkan isu Rasuah yang sedang disiasat SPRM.

ks30069 said...

assalamulaikum w.b.t....

setuju sekali dgn penulisan kamu...diharap pihak yg hanya tahu menuduh tidak mengganggu siasatan PDRM..berfikir menggunakan minda..jangan asyik nk berdemonstrasi di jalanan...ini negara DEMOKRASI bkn DEMONSTRASI..

Anonymous said...

"Apabila orang fasik datang kepada kamu membawa berita maka selidikilah dahulu(akan kebenarannya) supaya kelak kamu tidak menzalimi kaum yang lain dan kamu menyesali di atas perbuatan kamu..." bila hati dibutakan nafsu segala perbuatan jadi melulu. Namun dewasa kini rakyat yang dibutakan nafsu dan emosi semakin berkurangan dan pihak yang membawa kebenaran inilah yang harus berusaha lebih gigih bagi menyampaikan yang hak kepada umum. Tulisan sebegini jangan hanya dibaca oleh satu golongan tertentu sahaja war warkan lagi untuk jadi tatapan umum... Wallahu A'lam

Anonymous said...

Daripada beribu-ribu asyik buat demo, baik pegi buat gotong-royong membersihkan kawasan2 yang penuh dengan sampah sarap. lagi bagus

Anonymous said...

orang kampung aku kena denggi dan selsema babi tunggal.

daripada org melayu, cina, dan keling bodoh turun berdemo, baik nuar brehim aj-juburi tu kerah mereka turun bersih kawasan dan tembak segala babi yg ada untuk perangi penyakit ni

MUH HUSSIN MASTOBI

WarLord said...

Ada berbagai-bagai kemungkinan. Kita jangan melatah dan mengambil tindakan melulu atas isu Beng Hock. Berkemungkinan SPMR yang bunuh Beng Hock. Berkemungkinan juga Beng Hock bunuh diri sendiri setelah di'grill' oleh SPMR dan beliau (Beng Hock) tahu yang 'tembelang' nya dah diketahui dan risau di'bunuh' pula oleh 'Taiko' gelapnya. Atau 'Taiko' dah tahu Beng Hock dah pecah tembelang dan hantar kuncu-kuncu .Dari tiga kemungkinan ini, lebih besar probability untuk dia dibunuh sekutu atau bunuh dirinya sendiri. SPMR akan lebih berjaya kalau dapat membongkar 'rahsia' Beng Hock daripada membunuhnya yang mana merupakan counter produktif bukan? Dan ini hanya 3 kemungkinan, ada macam-macam lagi kemungkinan.

Biar siasatan dibuat.