Monday, July 6, 2009

Guan Eng Memang Pandai Berlakon

Mula mula jadi Ketua Menteri, Guan Eng berkata akan tinggal di rumah milik keluarganya sebagai langkah berjimat cermat. Pada 26 Jun 2008, Guan Eng berpindah ke Seri Teratai. Gambar di atas menunjukkan Guan Eng sedang main bola di halaman rumahnya di Seri Teratai bersama dengan anak dan isterinya Betty Chew. Setahun selepas itu, Guan Eng tidak mahu tinggal di situ lagi. Guan Eng berpindah ke banglo yang lebih mewah di No. 25, Jalan Pinhorn. Guan Eng berpindah lagi. Katanya di Seri Teratai ada anai-anai, semut api dan musang. Maka berbelanjalah Guan Eng, ratusan ribu ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo mewah di Jalan Pinhorn (baca sini). Inilah amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diamalkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.


Gambar rumah penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Cekap, akauntabiliti dan telus, rumah banglo Guan Eng kalau hendak dibanding dengan rumah penduduk di Kampung Pala amat jauh sekali bezanya. Guan Eng tidak mahu turun ke Kampung Buah Pala. Dua orang timbalan diminta selesaikan masalah tersebut. Sampai ke sudah, Guan Eng tidak mahu turun. Akhirnya, untuk cuci tangan, Guan Eng minta kerajaan pusat selesaikan pada 5 Jun 2009 (baca sini).

Guan Eng memang pandai berlakon. Bila timbalan ketua menteri tidak buat kerja, dia minta letak jawatan. Bila ada anai-anai, semut api dan musang berpindah ke banglo mewah. Bila ada masalah di Kampung Buah Pala, minta timbalan ketua menteri yang selesaikan. Bila tidak boleh selesai, minta bantuan kerajaan pusat. Bila memerintah, perlu bertanggungjawab. Usah lepas tangan begitu sahaja. Memimpin macam Khalifah Umar Abdul Aziz, amal ma'aruf, nahi mungkar, apakah Guan Eng lupa pada kata-kata yang pernah diungkapkan ini?

6 comments:

ks30069 said...

hmmm.....kalau pemimpin pakatan rakyat yg buat,mmg xpe.....halal...sah...sahih... kalau org2 kerajaan BN yg buat,kompem salah....harap rakyat malaysia sudah boleh mula menyedari kehebatan Guan Eng berlakon...kalah Rosyam Nor...tahniah...

rizuan mh said...

lim gona end ni satu hari akan tahu jugak langit tinggi rendah.

tunggu je next election.

rizuan mh said...

lim gona end ni satu hari akan tahu jugak langit tinggi rendah.

tunggu je next election.

Anonymous said...

LGE aka KHALIFAH UMAR ABD AZIZ..MAI PAKAT GELAK RAMAI-RAMAI....AWAT DEPA MINTAK KERAJAAN PUSAT PI TULONG KAT KG PALA..? KALAU HANG DAH TAK BULEH NAK TADBIR LETAK JAWATAN SAJA. IKUT CONTOH ORG JEPUN/KOREA. MEMANG PELAQ DIA NI. SATU LAGI MEMANG PADAN MUKA HINDRAF NI..TAK TAHU DIUNTUNG. TAPI KALU PUSAT NAK TULONG JUGAK APA BULEH BUAT. AKU CADANG PAKAT BAGI BALM PALA SORANG SEBOTOI. DUIT LEBIH TU HANTAQ PI KAT KAWASAN YANG SOKONG KERAJAAN. FARE & SQUARE BUKAN? SATU LAGI BILA ORANG TANJUNG NAK SURUH BUBAR DUN?

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

ASSALAMUALAIKUM...BAGI SAYA MUDAH SAHAJA PASAL GUAN ENG NI, CERITANYA BEGINI...Pada suatu hari, di dalam sebuah kelas semasa sedang belajar, suasana menjadi sangat tidak selesa kerana murid-murid lain tiba-tiba merasakan ada bau tahi manusia yang sungguh menusuk kalbu. Tiba-tiba tak semena-mena, si murid A telah bangun dan telah menuduh si murid B yang berak. Si murid B merasakan teraniaya dan menyatakan bahawa si murid A yang berak cirit di dalam kelas. Dengan tersipu-sipu akibat malu, si murid A telah merayu dan memohon pertolongan si murid B membasuh beraknya. Si murid B dengan lantasnya menjawab "LU BASUH SENDIRI LU PUNYA BERAK, PANDAI BERAK, PANDAI BASUH LAAAAA" Dengan rasa segan dan malunya, si murid A tadi pun pergilah ke tandas untuk membasuh najisnya yang busuk itu....Moral cerita ialah kalau kita sudah terberak cirit, janganlah kita meminta bantuan kawan untuk tolong membasuh najis kita. Seharusnya kita mestilah bertanggungjawab membasuh najis kita sendiri....ALLAH MAHA BESAR

Anonymous said...

tahniah la khalifah umar guan eng.... aku pun nak jadi ketua menteri kalau mcm ni, janji sana janji sini janji sampai mati. bila menang...ehem k'jaan dulu yg silap....k,jaan persekutuan kena selesaikan, saya sedia berjumpa PM.

khalifahhhh ooo..khalifahhhh ...

Shahrul