Tuesday, June 23, 2009

Tersenyum Puaslah DAP, Bila Melayu Tidak Jadi Bersatu

Lihatlah reaksi muka Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) yang tersenyum puas setelah Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Ngeh Koo Ham memegang erat kerusi yang diduduki oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), seolah memberi sokongan kuat agar Haji Hadi menolak kerajaan perpaduan. Sivakumar pun tersenyum puas memandang Ngeh bila perpaduan tidak jadi.

Malah Haji Hadi menyifatkan idea kerajaan perpaduan sebagai satu fitnah dan tindakan jahat UMNO. "Satu cara yang sangat jahat, satu fitnah untuk melaga-lagakan bukan untuk perpaduan." kata Haji Hadi. Keikhlasan telah disambut dengan kata nista dan putar belit. Inilah yang berlaku bila ada orang Melayu sendiri yang sanggup termakan hasutan DAP agar Melayu terus berpecah belah. "Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah," kata Haji Hadi ketika mengulung perbahasan Muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam pada 7 Jun 2009. Diharap Haji Hadi sedar apa yang diucapkannya semasa muktamar lepas. Rundingan yang baik untuk perpaduan orang Islam tidak wajar ditolak.


Racun DAP telah "patuk" Haji Hadi Awang hinggakan tidak dapat bezakan siapa musuh dan siapa lawan sebenar. Haji Hadi sedang dipengaruhi DAP, harapnya Nasharuddin Mat Isa mampu teruskan rundingan untuk kepentingan bersama orang Islam di Malaysia.

"Kita minta ahli kita supaya dapat membezakan musuh sebenar dan musuh rekaan."Tetapi jangan leka dengan musuh rekaan sehingga lupa musuh sebenar,"
kata Haji Hadi lagi ketika Muktamar PAS. (baca sini). Siapa musuh sebenar dan musuh rekaan yang dimaksudkan Haji Hadi? Erdogan adalah musuh rekaan? DAP dianggap sebagai apa? Musuh sebenar atau musuh rekaan? Mengapa Haji Hadi sanggup menarik balik usulnya untuk berunding dalam muktamar lepas? Apakah ini sebahagian daripada drama politik Pakatan Pembangkang?

Sampai bilakah orang Melayu dalam PAS perlu diperbodohkan oleh lakonan politik ini? Ianya seolah satu drama opera. Skripnya sudah ditulis oleh Anwar Ibrahim sendiri untuk divert isu liwatnya yang hampir untuk diadili. Skrip yang sama juga bakal dinyanyikan atas pentas ceramah PAS di Manek Urai. Kalau di Kuala Terengganu skripnya adalah hudud, di Manek Urai pula isunya adalah kerajaan perpaduan. Di Kuala Terengganu pertembungan antara Karpal Singh dengan pimpinan PAS, di Manek Urai pertembungan antara Nasharuddin Mat Isa dan Nik Aziz. Apakah ianya sengaja dirancang sebegitu?

10 comments:

Anak Lenggong said...

MEMANG DAP NGAN NUAR ALJABURI TU SENYUM PUAS...DALAM HATI MEREKA BERKATA BANGANG PUNYA HADI NGAN NIK AJIS...BARU GERTAK SIKIT DAH KECUT TELUR...SANGGUP JADIK PACACAI DAP DISEBABKAN GILA KUASA...MACAM NIE KE PEJUANG ISLAM..PIEERAHHH..NIK AJIS TU DAH NYANYOK..BAIK DUDUK KAT RUMAH JEE

Megat Tuah said...

coba ko bertenang,bersihkan jiwa mu daripada api perkauman..

ustazSAID said...

Salam, apa nak buat...kuasa DAP & Anwar lebih kuat drp Hj Hadi!

BOCAH KAMPONG said...

Lupa dengan adanya hukum tuhan,bila dah berkuasa dah lupa daratan.

Walaupundah diberi peluang tapi tak mahu mengambil kesempatan yang ada.

Begitu zalim dan kejamnya UMNO DI MATA PAS sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang terang menentang hudud.Apakah UMNO tu lebih kafir dari kafir.

Anonymous said...

Antara sifat orang MUNAFIK, cakap tak serupa bikin!

Anonymous said...

PAS pun dah jadi DAP n PKR .. cakap macam putar alam .. inilah namanya politics games menggunakan strategi camna jatuhkan lawan after that diorang akan mendapat lebih banyak sokongan.

cuba lihat PR macam dah goyang sikit dan pengikut setia mereka pun dah sangsi dalam 3,4 bulan lepas ... sesama mereka pun ada beberapa beberapa yang tak di persetujui bersama, jadi mereka mengunakan taktik kerajaan perpaduan ini untuk menunjukkan bahawa mereka bersatu hati menolak idea kerajaan perpaduan ini ..macam WWF jugak lah kan ... lawan dengan taktik yang di rancang at the end yang mana menang kalah masing dapat habuan ..

harus di ingat inilah modal yang akan di gunakan di manek urai nanti...

Zacharias said...

PAS BEKERJASAMA DENGAN DAP.

DAP MEMANG KAFIR.

UMNO MUNAFIQ. NAMA JE ISLAM TAPI TOLAK ISLAM. SUKA RASUAH. ANJUR PROGRAM MAKSIAT. PEMIMPIN TERKENAL DENGAN SIKAP HEDONIS & ZINA. PI SEWA KAPAL TERBANG, BERZINA ON AIR, SUPAYA ORANG JABATAN AGAMA TAK BOLEH SERBU.

INGAT KAMI TAK TAU?

ANTAR KAFIRNYA DAP, DAN MUNAFIQNYA UMNO, LEBIH BAIK LAH DAP

Anonymous said...

Sebarkan pada semua rakyat Malaysia, ada satu blog yg terang2 menghina negara kita
http://id-top.blogspot.com/

Anonymous said...

apa nama ko budak ....zakaria...

kenapa PAS tak letakkan syarat utk bersatu dgn umno kena tegakkan hudud....kenapa ??? takut ke ..?? kata perjuangkan islam ..?? kenapa tak nak letak syarat nakkan hudud baru boleh UG..??

mana prinsip PAS....atau prinsip taik kucing .....

kenapa dgn DAP hilang terus bunyi hudud, negara islam, potong tangan ....

org bezina on air ke, in air ke kenapa ko nak salahkan umno munafik??

traffic light kat simpang rumah ko rosak ko tak nak kata umno zalim ke ?? kusut betul budak ni.

kalau nak berpolitik biar la berpijak pada kebenaran, ckp biar terang, baru boleh survive, ada agenda yg konkrit utk bangsa...baru boleh pergi jauh mcm umnoooo.

ini ko berpolitik atas dasar dendam kesumat anwar yg ada split personality ....atas ckp berbelit2 nik aziz, ... mcmanaaaa...??

ko nak suruh org ikut sakit ati mcm otak tiga suku anwar... macamanaaa....??

cuba cerita sikit biar jelass. biar teranggg, ramai org yg siuman yg boleh menilai di siniiii.... hehehe

Zul.

Anonymous said...

Aku stuju ngan ko zul.. ramai sgt yg berfikiran jumud la ni... terlalu fanatik ngan nik ajis, anwar al juburi... melayu hentam melayu dah jadik makanan ruji dorang ni.