Tuesday, June 30, 2009

Pemuda PAS Tidak Sehaluan Dengan Nik Aziz

“Apabila disebut muzakarah masing-masing boleh kemukakan hujah dan pendapat masing-masing dengan berpaksikan kebenaran. Maksud saya melalui muzakarah tiada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah. Ketika bermuzakarah kebenaran tetap kebenaran dan ia tidak berubah. Bagi kami muzakarah lebih berbentuk wacana keilmuan yang sepatutnya disuburkan demi kepentingan ummah,” kata Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) pada 30 Jun 2009. (baca sini). Nampaknya Nasrudin tidak sehaluan dengan cadangan Nik Aziz untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Apa salahnya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, ketepikan sementara perbezaan pendapat dan berunding dengan baik untuk kemashalatan umat? Bila berdebat, tiada banyak benda yang dapat dirungkaikan, ianya lebih menjurus untuk mencari populariti cepat dan menonjolkan retorik percakapan pendebat sahaja. Masalah tidak berganjak tetapi pendebat mungkin puas kerana dapat mengenakan lawannya dengan hujahnya yang tersendiri. UMNO menghulur keikhlasan untuk bermuzakarah tetapi kerana hasutan dari Erdogan, Nik Aziz mengecam UMNO dengan perkataan sesat, komunis dan Ayah Pin. Inikah akhlak seorang yang dianggap sebagai Tok Guru? Apakah orang-orang PAS tidak sedar lagi?

7 comments:

shonzu said...

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada yang berfikiran waras dalam PAS. Memang patut dilangsungkan muzakarah antara UMNO dan PAS. Kepada N.Ajis, cuba jangan jadi diktator dan membelakangkan suara ramai lagi. Jika anda nak sangat berdebat, cari Ayah Pin, berdekat la soal akidah dengan dia. Dua-dua sama gileeeee.......

red rooster said...

Salam bro,
... kalau Nik Aziz boleh buat 'kiasan' dan menyamakan Umno sbg ajaran sesat @ komunis (krn beliau berpendapat Umno tidak memperjuangkan Islam), org lain pun boleh buat 'kiasan' dan menyamakan Nik Aziz dgn Iblis krn selalu mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal untuk memecahbelahkan manusia (kaum Melayu)...

TokMudim said...

OOi Kulup

Ni semua sandiwara PAS...hang ni betul-betul kulup.

Provokasi PAS supaya TGNA dicaci /dimaki/ dikutuk/dihina oleh UMNO nampaknya semakin menjadi menjelang PRK M/U.

UMNO tidak pernah belajar dari sejarah, bodoh dulu, kini dan selamanya bodoh.Macamane nak menang PRK kat Kelantan.

Bodoh Punya UMNO.

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam...

Nik Aziz dulu tidak sesat tetapi sejak berkenalan dengan kumpulan Erdogan dia jadi sesat

Anonymous said...

npk nya pemuda pas musim skrg ni siuman sikit laaa....mungkin sbb tak nak terikut2 dgn gaya pemimpin2 utama mereka yg meroyan, sudah tentu pemuda pas cuba mencari kelainan.

zaman pas masa dato asri, 30 thn dulu nik aziz , hj. hadi lebih kurang baya2 nasrudin la niii 30an, nik aziz tua sikitt.

masa tu dato asri pendekatannya siuman sikitt tapi biasa la pemuda masa tu nak cari kelainan dan nak cepat naik selain nak highlight kan diri supaya diberi tmpt oleh otai2 dlm saf pimpinan hadapan.

akhirnya mcm2 fatwa yg keluar ... dan yg paling kontroversi, ucapan hj.hadi di paradong.

sehingga la beberapa lama ...otai2 semua pencen dan yg menggantikannya skrg ialah bdak2 yg 30thn dulu tak dak sapa beri perhatian.

jadi aku peratikan hj.hadi dia cuba nak pave avenue utk pelapis2 dlm pas ni mencorakkan masa dpn pas.

tapi kalau ini la trend nya, kalau jadi la kerjasama pas/umno maka utk 30thn lg. org2 melayu/islam bleh dikira slamat di m'sia.

dgn najib yg introduce ekonomi baru aku npk kali ini lebih practical dan akan kene kumpulan sasaran bumiputra. byk faedah bleh org melayu dpt dari peluang2 yg disediakan.

so dgn anwar yg gerenti masuk dlm semula slepas semua pekung dia didedahkan oleh the unspinners. apa lg asas yg org melayu nak berbalah??

so for the next 10 years, aku rasa org2 melayu betul2 ada progress yg significant la.

tapi politik tetap politik juga. generasi muda kena juga cari kekuatan sendiri utk jadi pembangkang seterusnya jadi sebahagian dr k'jaan.

Zul.

Anonymous said...

tgk mcm DAP, pasal tmpt sembelih babi boleh keluar pakatan. tu baru ada prinsippp, prinsip nak tolong kaum mereka. ini takk, dap hina al-quran, tolak hudud, semua okay bagi PAS sbb takut undi cina lariii....hehehe

sbb tu serban sekati atas kepala dan jubah tak boleh beli aku ....

perjuangan kulit dgn isi mana lebih aulaaa....?? stakat buat signboard, membangun sama islam aje la yg PAS bleh buatt..

Shahrul

Anonymous said...

Oittt Tok Mudim..

Kau lah antara manusia yg tak sedar diri dan terlalu taksub tak bertempat.

Mana hudud yg korang laung2 kan sebelum nih? Korang nih la parti yg takde agenda sendiri...dok ikut telunjuk DAP dan jadi kuda tunggangan Anwar je..

Slogan korang membangun sama Islam tu tinggal slogan je laaa...