Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz Minta Nasharuddin Masuk UMNO


"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,"
kata Nik Aziz selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 17 Jun 2009. (baca sini). Apakah idea penyatuan orang Melayu boleh dianggap oleh seorang yang dipanggil Tok Guru sebagai "sampah"? Marah seekor nyamuk, satu kelambu mahu dibakar. Marah benar Nik Aziz bila Hussam Musa kalah sebagai Timbalan Presiden PAS.

Sebelum ini pada 11 Jun 2009, Nik Aziz berkata "suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO". (baca sini). Pada mulanya, Nik Aziz tidak nyatakan siapa boneka UMNO tersebut, tetapi enam hari selepas itu, Nik Aziz terus menuding jari ke arah Nasharuddin bila menggesa Timbalan Presiden PAS itu untuk masuk UMNO. Kalau begitu, elok benar Nasharuddin menjadi pemangkin awal untuk penyatuan Melayu. Sebelah kaki sudah masuk, tinggal sebelah kaki untuk melangkah sama.

Ketika Presiden UMNO mengalu-ngalukan perbincangan, musyawarah dan keikhlasan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, pihak Erdogan yang pro Anwar pula tidak bersetuju. ‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ kata Dato' Seri Najib Tun Razak. (baca sini). Apakah rugi kalau orang Melayu di Malaysia ini bersatu? Bukankah ini akan menjadikan Melayu lebih kuat suaranya berbanding DAP dan PKR?

Buat semua ahli-ahli PAS, usah terpengaruh dengan "suara Erdogan" yang tidak mahu kerajaan perpaduan. Erdogan lebih suka orang Melayu terus berpecah dan berpecah. Maka akan bertepuk tangan dan bersoraklah mereka yang tidak mahu Melayu bersatu. Di Pakistan peluru ditembak ke dalam hotel, di Narathiwat peluru ditembak ke dalam masjid tetapi di Malaysia, "peluru perpecahan" ditembak ke dalam minda agar orang Islam tidak bersatu di negara ini.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:

shonzu said...

Baru la hari ini kita nampak rupa sebenar seorang tok guru yang disanjung2 oleh penyokong PAS. Ketika orang lain mahukan perpaduan sesama Melayu dan sesama Islam, N.Ajis pula asyik dengan menyatakan itu lontaran / idea / pendapat peribadi.

Jika benar itu lontaran peribadi, tak mungkin Presiden dan Timb. Presiden boleh sependapat mengenai kerajaan perpaduan ni. Apakah seperti yang dikatakan oleh N.Ajis yang mereka berdua dan penyokong kerajaan perpaduan ini 'boneka UMNO'??

N.Ajis harus bermuhasabah diri, jangan kerana dendam lama bersama UMNO di bawa sampai ke mati. Mungkin juga ada 'suara-suara' belakang N.Ajis yang bencikan perpaduan sesama Islam, tetapi lebih suka perpaduan bersama musuh Islam.

Dan hari ini juga bersaksilah kita yang kata2 N.Ajis sudah menjadi seorang DIKTATOR. Subhanallah...

Anonymous said...

kalau ustaz nasa, nik aziz labelkan boneka umno, nik aziz pula boneka siapa....??

sebelum semakin meroyan tuan guru kemetot ni aku syorkan hj. hadi bagi message yg kuat pada tuan guru kemetot ni.....katakan siapa yg tolak perpaduan adalah boneka syaitann....

baru betul.

DinGemok

Anonymous said...

PAS DALAM PAS

PANAS PAGI SAMPAI KE PETANG

NIK AJIS BUAT LAWAK PALING BODOH DALAM SEJARAH PAS.

KONONNYA NIK AJIS PEGANG PADA JINJI TERDAHULU.
MENGABAIKAN KONSEP PERDAMAIAN DAN PERPADUAN.

Hajah Minah Daud
--Kelantan--

Anonymous said...

bagi pendapat aku laaa....

nik aziz & nasa ni hanya bersandiwara,... aku tetap percaya pada fitrah berpolitik dua parti org melayu/islam ni ....

hanya ada satu je parti yg dibenarkan mewakili melayu/islam dinegara ni, dan yg satu lagi sebagai tmpt pembuangan...

yg menerajui pas sedia maklum dgn personaliti nik aziz dan mereka ada peranan masing2.

mereka pun sedia maklum husam / kamarudin sebagai org anwar. mereka ada agenda mereka sendiri.

peranan check&balance dlm pas dimainkan nik aziz. kalau nik aziz tak buat mcm tu, abis bersepah penyokong2 dan pensimpati2 mereka lari...

kalau semua cabut lari susah laaa....

mmg mcm tu la adat berpolitik, mesti ada penyokong. mcm kuli juga dulu,time ramai penyokong bukan main ek lagi. tapi skrg emm ...skali skala ngembek ...ada la 2-3 ekor kambing yg nyahutt...hehe

jadi kpd bdak2 pas, anda boleh terus memakihamun nik aziz / hj.hadi / nasa / mustapha dll sampai kering tekak, no problem.

tapi penyatuan org melayu/islam mmg tetap akan berlaku. aku optimis.

Zul.

Anonymous said...

suruh nik aziz masuk pkr laaaa..... tak pun masuk dap. bleh bekawan dgn khalifah umar guan eng.....ekekekke

pas tu leh ajar nga&ngeh baca al-quran bleh jointly keluarkan fatwa merapu....ekekekeke

Anonymous said...

macamana org nak sokong kau tuan guru nik aziz. kalau dua jiran yg bergaduh nak bermaaf-maafan tapi kau yg halang, kau yg jadi batu api .....perangai syaitan ke apa ni ni...

Anonymous said...

masyaAllah, sepatutnya org yg faham agama lah yg merintis jalan perdamaian.

takkan la nak suruh mat rempit jadi org tengah. apa la nak jadi dgn PAS.

Parit.

Anonymous said...

nik aziz dok main lagu lamaa lagi nak wat apaa ...bak anggg.....

takkan laaa nak dok hasut lagi generasi baru ni suruh depa mewarisi dendam kaum tuaa....

mcm puak2 syiah yg dok putaq kaset lama dok main lagu hussain bila hari karbala...habis semua pakat teriak pukui2 badannn ...ishhh...

awat laaaa nik azizzzz oiii....

bidin(yan)

Anonymous said...

kesian kat ustaz nasa. mentang2 dia yg paling junior. kenapa nik aziz tak kata pada hj. hadi. marah la hj. hadi, ust. harun din dan mustapha...suruh la mereka masuk umno.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Erdogan dan NIK Ajih la nampak mcm sampah kusam masam.Ustz Nasa nampak ok je.Kita sama2 doakan semoga perpaduan akan menjadi kenyataan serta halangan yg datang itu akan dimusnahkan Yang Maha Esa.Ameeeeeeeen

red rooster said...

Salam,
Mendengar apa yg dikatakan Nik Aziz sehari dua ni... kekadang terlintas di fikiran bhw Melayu tak mungkin bersatu selagi Nik Aziz hidup...

hatiminda said...

nik ajis,nik ajis sempit jugak fahaman islam peniaga agama ni... sanggup mengatakan manusia seagamannya yg ingin menguatkan perpaduan islam sebagai "SAMPAH", apa punya fahaman agama nik ajis ni pegang...

~~~~AMIE~~~~ said...

Nik Aziz berkata isu kerajaan perpaduan yang cuba diusahakan Nasharuddin adalah "sampah" bagi PAS...

Huhh.. Heran aku... Tergamak Tuan Guru Nik Aziz ni menganggap perpaduan yang mampu menyatukan orang Melayu amnya dan umat Islam khasnya di negara ini sebagai SAMPAH!!!... dimanakah semangat Ukhwah Islamiah Tuan guru ni??...

Kalaulah Rasulullah, para sahabat dan kalifah Islam yang terdahulu mendengar apa yang dikatakan Nik Aziz ini, adakah mereka akan mengatakan:
"MasyaAllah, inilah pejuang Islam yang sebenar"

Tepuk dada, tanya selera... hehehe...

wak-labu said...

Wak bukan ahli UMNO atau PAS jauh sekali PKR dan DAP.

Apa yang Wak fikirkan ialah Melayu/Islam mesti bersatu dalam politik.

Kalau cina dan india sudah bersatu dalam DAP, mengapa melayu/islam masih berpecah belah dalam politik.

Politik sangat penting kerana kuasa politik menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

nizar said...

NIk Ajis Nik Ajis...aiyo..

Anonymous said...

ko cakap suara erdogan yg tak nak kerajaan perpaduan dan ko sungguh benci pada golongan erdogan tapi dato nik aziz yg tak nak kerajaan perpaduan. adakah dato nik aziz dari golongan erdogan ??? jawab wahai azrinizam ibrahim presiden GPMM ( Gabungan Penipu Melayu Malaysia)

Anonymous said...

dlm politik kena ada ketegasan. kalau hj.hadi dan kawan2 mahukan perpaduan. kena zahirkan ketegasan tu. aku percaya kalau hj.hadi dan kawan2 dah mula zahirkan. nik aziz dan husam akan kendur.

Anonymous said...

Terang2 si nizar dah jadi boneka DAP .. nik ajis pun la ni terserlah pula ketaatanya pada DAP .. hmmm sesuai sangatlah tu ..

agaknya sebab tu lah hadi dan nasarudin dah boring dengan nik ajis asyik mengeluarkan percakapan yang tidak berlandaskan perjuangan PAS dan semakin menyimpang jauh ....

PAS mesti balik ke PAS yang dahulu dan UMNO semestinya mengorak langkah perjuangan agar lebih islamik ... semestinya permuafakatan akan tercapai jika kedua-dua pihak bertolak ansur . Insyaallah ..

Jika PAS gagal menPASkan DAP dan PKR .. Insyallah PAS boleh menPASkan UMNO ..

Anonymous said...

Nik Aziz menentang Kerajaan Perpaduan kerana mengikut telunjuk Ulama Besar bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim memenag akan menggunakan apa saja untuk menyokong beliau terutama sekali menjelang perbicaraan kes Liwatnya ke atas Saiful pada 1hb Julai nanti.

Mengikut maklumat yang saya tahu Anwar juga akan pergi ke negara negara Islam Timur Tengah seperti Turki,Jordan Arab Saudi, Indonesia untuk meminta simpati agar Umat Islam menyokong beliau dalam menghadapi kes liwatnya dan menjayakan cita cita nya utk berkuasa di Malaysia.

Anwar juga telah memainkan cerita kononnya isu liwat kali ini Konspirasi tertinggi negara dengan melibatkan nama PM,Peguam Negara dan KPN. Jadi cerita macam tahun 1998 dulu jugalah. Seronoklah kalau macam tu, dia yang buat kerja yang tak senonoh tapi org lain yang dilibatkan sama.

Anwar juga telah mengarahkan jentera atau anak muda yang setia bersamanya seperti Nik Nazmi, Amiruddin Saari dan juga anaknya Nurul Izzah meniupkan semangat reformasi ke dalam hati dan sanubari anak anak muda supaya bangkit menentang Pemerintah.

Inilah ajaran sesat Anwar kerana menentang Pemerintah itu kan salah kecuali pemerintah menyuruh kita melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti mencuri, meninggalkan sembahyang dan melacurkan diri. tapi perkara ini tak berlaku di Malaysia.

Bangkitkanlah Kesedaran Kita semua demi menjamin Negara kita terus berada dalam keadaan yang STABIL dan kita semua boleh hidup dalam keadaah AMAN DAMAI dan sentiasa harmoni dalam masyrakat yang berbilang bangsa dan agama ini.

SALAM PERPADUAN .... Bersatulah semua BANGSA demi KEAMANAN,KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN.