Thursday, June 18, 2009

Kelakuan Nizar Dalam Parlimen Dirancang

Gambar atas menunjukkan Nizar menjulang tangan sambil menjerit "Hidup Rakyat, Bubar DUN" dalam parlimen pada 15 Jun 2009. Sejurus selepas angkat sumpah Nizar melakukan aksi ini. 'Waktu itu merupakan peluang keemasan kerana semua menteri berada di Dewan Rakyat. Itu adalah tindakan spontan. Tindakan spontan lebih berkesan," kata Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang) di lobi parlimen pada 17 Jun 2009. (baca sini). Tindakan spontan atau memang sudah dirancang oleh Nizar? Pandai Nizar berlakon di hadapan kamera dewan.

Sila perhatikan kain lilit hitam yang diletakkan di atas rostrum tempat Nizar melafazkan sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Nizar memang membawa kain tersebut masuk ke Parlimen. Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar memang berniat untuk berteriak dan menjerit dalam Parlimen. Bukan untuk membahas isu rakyat di Bukit Gantang tetapi untuk meminta jawatan untuk dirinya sendiri. ''Rasa 'lain' itu timbul ketika membaca sumpah itu kerana saya sedar di Perak, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah meliwat Perlembagaan," kata Nizar di lobi parlimen pada 17 Jun 2009 (baca sini). Siapa yang liwat siapa sebenarnya? Atau Nizar sengaja berbuat demikian untuk divert isu liwat Anwar yang bakal disebut pada 22 Jun nanti?

Berikut adalah kata Nizar ketika bersumpah sebagai ahli parlimen pada 16 Jun "Bismillahi rahmanirahim, Dengan menyebut nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Amat Kasihan Belas, saya Mohamad Nizar bin Jamaluddin, setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian. Dengan segala daya upaya saya. Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya" (lihat video ini). Nampaknya Nizar tidak jujur dan menghayati sumpahnya sebagai Ahli Dewan Rakyat. Kelakuan Nizar menjerit dan memakai pakaian yang menyalahi peraturan dewan. Nizar jelas mengingkari sumpah yang dilafazkannya sendiri untuk memelihara dan melindungi perlembagaan.

Kalau tidak dirancang untuk dipakai, dan ianya berlaku secara spontan. Maka, bagaimana boleh M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP) turut memakai sama lilitan tersebut. Malah ada ahli parlimen DAP yang tersenyum puas bila Nizar berkelakuan sebegitu dalam parlimen. Dalam Dewan Undangan Negeri Perak, DAP telah melakukan huru-hara. DAP mahu perkara yang sama berlaku juga berlaku dalam Dewan Rakyat.
Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping) turut berdiri dengan memakai lilitan hitam yang sama dipakai oleh Nizar. Dengan angkuhnya, Nga dan Ngeh berdiri untuk menyokong tindakan Nizar. Apakah Nizar berpakat terlebih dahulu dengan Nga dan Ngeh sebelum berbuat demikian dalam parlimen tempoh hari? Bertepuk tangan dan tersenyum puaslah DAP, bila Nizar mendengar cakap mereka.

“Saya juga tidak tahu mengenai pemakaian kain lilit di lengan dan kepala bertulis ‘Bubar DUN Perak’ di Parlimen semalam. Saya tidak berkata saya tidak menyokong tindakan Mohammad Nizar cuma tindakan tersebut tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat terlebih dulu,” kata Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) pada 16 Jun 2009. (baca sini).

Berdasarkan gambar di atas, Nasharudin jelas malu dan terkejut dengan tindakan Nizar. Jika Nizar tidak berbincang dengan PAS Pusat, apakah Nizar hanya berbincang dengan Nga dan Ngeh dari DAP sahaja untuk melakukan sesuatu atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen PAS? Oleh itu, Nasharudin tidak perlu lagi berbincang dengan PKR dan DAP untuk meneruskan hajat bagi menyegerakan kerajaan perpaduan. Bila orang Melayu mahu bersatu, Erdogan dalam PAS, PKR dan DAP tidak akan suka ianya berlaku. Demi alif, ba dan ta, orang Melayu perlu bersatu.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

13 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

SI NIZAR TRISTAR telah melakukan byk kesilapan semasa memerintah PERAK.Dia tak sempat cover kesalahan dia.Pasal tu dia panik dan kecewa sgt2 bila ilang kuasa.

Anonymous said...

nizarrrr....nizarrr....

kalau ikat kain kat kepala serentak dgn nga & ngeh ...... memang la perkara tu di rancang...apa raaaa......

baik ko masuk DAP la nizarrr..... meluat aku tgk ko ni.

DinGemok

Anonymous said...

tukar topik lain la zamm...aku geli dgn nizar ni....

tak lalu nak komen....

akatsuki said...

meh org perak nak komen sikit..heheheh...korang meluat???aku lagi dah muntah darah dah pun,korang malu? aku lagi malu coz duduk di perak nie...ape jadahnye si nizar buat mcm tu kat Dewan Rakyat???blaja tinggi-tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat, sbenarnya Nizar Nga dan Ngeh tu dah gila kuasa gila pangkat gila harta gila dunia semua gila...elok nizar ni di kategorikan sebagai 3B 3B (bebal,bengong dan bungol)

Anak Lenggong said...

aksi spontan...kah kah kah...weii nizarr...dah terbukti camtu ko kata aksi spontan..kalau spontan ko dan group ko tak bawak laa selempang yang dikat kat kepala tu...sudah laa nizar ooiii...ingatlah segala kejadian itu hanya lah ujian daripada allah..ko sebagai pemimpin yang memperjuangkan islam(KONONNYA LAA) tak sepatutnya berkelakuan sebegi rupa..apa ko dah ke kepada qada dan qadar...jangan lah disebabkan gila sangat nak kan kuasa ko membelakangkan kuasa allah yang maha mengetahui dan mentakdirkan segala kejadian...
Baik ko jadikan parlimen sebagai tempat untuk berdebat untuk sama2 berganding bahu untuk mentakbir negara..tak kiralah ko daripada parti mana tetapi ingatlah bahawa rakyat memilh ko sebagai pemimpin adalah supaya ko memperjuangkan nasib mereka dan negara amnya...

rizuan mh said...

ni contoh orang konon alim dan anggotai parti Islam yang kemaruk dan gila kuasa.

nauzubillah

guab0tak_ said...

http://anaksako.blogspot.com/

laman blog se0rang wartawan utusan.

sulhairil hafiz hj sulaiman said...

rasanya Nizar ini dah lupa dengan apa yang dilakukan maklumlah keramuk kuasa...lagi satu Nizar ini jelas menunjukkan dia ini pakat kena main dengan DAP

GOMO said...

''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

1 JULAI HARI KEBENARAN

http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

Abu Hassan said...

Saya memang kesal dengan sikap Nizar.

Sewaktu PKR memerintah Perak, kita semua merasakan bahawa MUNGKIN ada perubahan.

Tapi jelas nyata...TIADA PERUBAHAN.

NIZAR , ANWAR membawa satu arus "KASAR" "TIDAK BERADAP" dalam arus politik Malaysia.

SAYA HERAN JIKA MASIH ADA LAGI PENYOKONG PKR DAN NIZAR>>


Mana perginya pegangan kepada Allah, al quran dan hadis?

Semuga PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Saya sokong Nasarudin walaupun beliau mendapat halangan dan bantahan. Moga allah membantu beliau, saudara Nasarudin.

Dah cabut lari dari PKR said...

Saya pulak merayu mereka yang menyokong PKR dan Nizar untuk semak segala FAKTA yang mereka gunakan di dalam ceramah, risalah atau blog.. ADA BANYAK YANG TAK BETUL>>SAYA DAH SEMAK..

KAlau fakta ti tak betul.. kita lah BERSUBAHAT DENGAN FITNAH>>> Saya tak mahu ni..

Pada semua sahabat2 di PKR .. tolonglah SEMAK

Pemuda said...

JANGAN SAMAPAI MULU BERBAU NAJIS.....

JANGAN MUDAH MERASAI HITAM....

SELAGI KAMU MEMILIH JALAN YANG GELAP, KAMU AKN TERSESAT SELAMA NYA....

BERUBAH LAH SAHABAT......

BERUBAH LAH.....

The Unspinners said...

Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

Terima kaseyyyyy ...