Sehari sebelum itu, pada 7 Jun 2009, Abhisit Vejjajiva (Perdana Menteri Thailand) telah bertemu dengan Dato' Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) di Putrajaya. Malaysia telah komited membantu Thailand menyelesaikan pergolakan di wilayah selatan negara itu termasuk menyediakan lebih banyak program pembangunan untuk golongan muda termasuklah penambahbaikan kurikulum untuk sekolah agama di Selatan Thailand. Mungkinkah ada pihak tertentu tidak mahu perdamaian, pembangunan dan penyelesain berlaku di Selatan Thailand?Narathiwat adalah antara 4 wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduknya adalah Islam. Penduduk Narathiwat, 82% adalah Islam dan mereka bercakap dalam bahasa Melayu Pattani. Pada 26 Oktober 2004, berlaku satu tragedi juga dalam wilayah Narathiwat iaitu di Tak Bai. Tragedi demi tragedi berlaku di wilayah Islam di Selatan Thailand. Tiada guna menuduh secara emosional. Ianya bukan jalan penyelesaian terbaik. Kalau menuduh, orang Islam akan masuk dalam perangkap yang sedang dipasang oleh pihak yang mencetuskan tragedi. Perancangan untuk pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan di wilayah Thailand perlu diteruskan. Tragedi yang sengaja dicetuskan di Masjid Furqan bukan penghalang kepada kedamaian. Umat Islam di Malaysia perlu mengambil iktibar dari tragedi yang berlaku. Bersyukurlah kita atas nikmat Allah SWT di Malaysia ini. Alfatihah untuk mangsa yang terkorban.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





9 comments:
Secara sedar atau tidak Parti Pas sdg membawa budaya ganas sedemikian ke dalam Malaysia.Taliban lebih baik dari Parti Pas.
Sila singgah di sini untuk memahami sejarah dan suasana kini di Bumi Melayu Patani Darussalam.
Kami perlu pembelaan saudara-saudara Melayu Islam serumpun di Malaysia dan seluruh nusantara.
Wassalam
meriah...meriah ...mcm2 ceta dlm blog. aku baru balik dari cuti 4 ari bwk bdk2 jln2. penat bdn toksah nak ckp aaaa....
untung bdak2 skrg, keluar masuk otel, mandi kolam renang, makan buffet, dpt jln2 masa cuti sklh.
bapak dia ni dulu, time cuti sklh cuma dpt mandi parit aje....hehe tak penah umor dpt tido kat otell...
tima kasih k'jaan BN.
Al-fatihah utk yg meninggal di masjid al-furqan.
BRAhim.
kalau melayu islam di m'sia lemah dan berpecah mcmana nak tolong melayu petani...? melayu moro...
Zul.
Dulu PLah g jumpa PM Thai n a few days aftr dat jadi kes Tak Bai & now dis,..memang brsangkut le,..apo nak dikato,..heheh,..depa tak mau Malaysia masuk campur tu & dats d retaliation dey r showing,..may Allah blessed our fellow brothrs in Narathiwat,..(,") al-fatihah..
Konflik di Selatan Thai bukanlah antara orang Islam dan bukan Islam. Persepsi lumrah di malaysia mengatakan ini permusuhan antara Agama, tetapi faktanya BUKAN!
Permusuhan di sana adalah antara Bangsa Thai dan Bangsa Melayu. Kebetulan semua Melayu di sana menganuti Islam (Sama seperti di Malaysia) Permusuhan ini telah berlarutan sejak dahulu lagi.
Ini jelas jika kita menkaji sejarah permusuhan itu dari perspektif tempatan selatan Thai itu sendiri. Kaum Thai yang beragama Islam tidak pernah di bunuh atau dimusuhi. Jeneral askar Thai juga beragama Islam, tapi dari bangsa Thai.
Inilah iktibar yang perlu bangsa Melayu di malaysia ambil dalam keadaan politik yang tidak menentu pada hari ini. Melayu semakin terhakis kuasa politiknya pada hari ini akibat perbalahan sesama sendiri. Islam itu agama, tetapi yang memegang Islam itu adalah orang Melayu. Jika terjadi perbalahan antara agama di malaysia, adakah orang Islam keturunan India, cina atau pakistan akan membantu umat Melayu beragama Islam? Tepuklah dada tanya selera!
salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com
harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
Yang salah bukan parti. Tapi individu. Pemikiran jangan disempitkan.
Salam.... Bagi pendapat hamba, memang ianya permusuhan antara bangsa Thai dan bangsa Siam, di mana Siam ada kaitan dengan mlayu dari zaman Sriwijaya lagi...
Namun, permasalahan perang sebegini tidak boleh dibiarkan selama-lamanya, perlu ada jalan penyelesaian. Memandangkan wilayah Selatan Thailand adalah wilayah yang paling miskin, mungkn juga kerana orang thai memberikan double standard kepada orang Siam.
Antara jalan penyelesaian terbaik ialah wujudkan negara baru di Selatan Thai... Mungkin ianya berkesan seperti di Timor Leste... Tetapi, metodnya... mungkin tidak semudah yang difikirkan...
Post a Comment