Monday, June 8, 2009

Husam Adalah Musuh Dalam Selimut PAS?

Mengapa terasa? Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Setelah kalah sebagai Timbalan Presiden PAS, Husam mengeluarkan kenyataan berikut pada 7 Jun 2009, dalam muktamar PAS "saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu (musuh dalam selimut) dalam kertas kerja tersebut,". (baca sini). Kenapa Husam meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?

Pada 23 Mei 2009, Haron Din menyampaikan ucapan tersebut ketika Seminar Sehari Kepimpinan Ulama PAS yang ke-25 di Markas Tarbiyyah PAS, Gombak. (baca sini). Namun Haron Din ketika memberikan respon kepada kenyataan Husam menyatakan "saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah,". Kalau Haron Din tidak sebut, mengapa Husam yang terasa pedasnya? Sepatutnya, Husam menyalahkan laporan media bukan Haron Din.

Syed Azman Syed Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS) yang juga merupakan team Erdogan turut berganding bahu bersama Husam mengkritik Haron Din dalam kenyataannya di Harakahdaily pada 28 Mei 2009 (baca sini). Nampaknya Erdogan sudah mulai panas dan berdendam kepada team ulama bila Husam kalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Husam menjadikan ucapan Haron Din yang menyatakan ada "musuh dalam selimut" menjadi punca kekalahannya. Husam terasa dirinya musuh dalam selimut?

Menurut beberapa orang perwakilan PAS Perak, team ulama sudah sedar bahawa Nik Aziz mesti diselamatkan daripada dipengaruhi oleh Erdogan. Jika Nik Aziz masih lagi mengikuti Erdogan, maka Nik Aziz perlu dijatuhkan secara halus oleh ulama. Bukan dijatuhkan sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai Menteri Besar Kelantan. Inilah masanya untuk ulama mempupuskan terus spesis Erdogan dalam PAS. Apakah dalam ulama juga tidak ada "musuh dalam selimut"? Ramai yang keliru status Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), apakah dia Ulama atau Erdogan?, kerana hubungan kekeluargaannya dengan Nik Aziz.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

8 comments:

abu said...

aperrrrrr ko sibuk....dasar pencacai umno bodoh nak mampussssssss

Rantong said...

Maaf mencelah. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk umat Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

huhu...sjk bilako jd penyokong ulama dlm PAS ne??

Anonymous said...

Husam & Erdogan dakwa dia disekat segenap penjuru dalam pemilihan kali ni hingga dia kalah. Husam dakwa Harun Taib bergabung dengan Cikgu Pa dan Haron Din untuk jatuhkan dan sisihkan grup erdogan dalam PAS.

Husam lupa ke bila dia panggil dan ugut Mat Daud Iraqi kerana keluarkan kenyataan bahawa berlaku rasuah dan salah guna kuasa waktu pemilihan baru ni? Sedangkan rasuah dan salah guna kuasa memangpun berlaku dalam pemilihan baru ni.

Bukankah yang rasuah dan bagi kain pelikat dan duit RM500 ke setiap cawangan yang buat mesyuarat pemilihan di Kelantan itu juga adalah Husam? Bukankah yang turun ke Perak, Terengganu, Kedah dan beberapa negeri lain lagi untuk berkempen dan tabur duit supaya undi juga kerja Husam?

Kenapa grup ulamak dalam PAS masih takut-takut untuk menyatakan kebenaran sedangkan itulah yang puak-puak ni laung-laungkan selama ini? JAdi apa beza PAS dengan PKR atau DAP? Pakaian, jubah dan serban sajakah yang membezakannya?

Patutlah Al-Fadhil Ustaz Akhil Hai, ulamak PAS yang glamour itu telah ditunjukkan 'KEMALUANNYA' oleh Tuhan.

MAT DAUD GRUGREH

ajai62 said...

Salam

Tak ada bezanya mereka-mereka ni percakapan dan perangai tak serupa dengan dasar ke Islaman....macamana tu...dia aje betul orang lain salah....Nik Ajis kata orang bagi ambil...halal ke haram sama aaje pada dia orang....tu pasal Husam berani buat kot ada pengawal besar kawal dia.....

pujanggaperjuangan said...

reject PKR, reject DAP !!
-pujanggaperjuangan-

Killer Bee said...

kepada Abu..kalau ko setakat sokong PAS sebab emosional..baik tak payah la..pemilik blog ni tulis ada kebenaranya..guna la akal tok berfikir..jangan pk diri sokong PAS dah cukup sempurna sampai tak leh terima pandangan orang lain...pendek akal keras hati punye Abu...

reverie said...

apa pun yang ditulis. Nilai lah dengan rasional. Baca sumber2 lain juga. bagi adil. Caci maki orang memang senang nak buat.