Saturday, June 27, 2009

Fauzi Ikan: Serlahkan Keretakan Dalaman PAS

Pada 26 Jun 2009, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) telah mengumumkan calon PAS untuk DUN Manek Urai adalah Fauzi Abdullah atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Fauzi Ikan". Pengumuman nama Fauzi Ikan telah mengenepikan sama sekali hasrat Mohd Zamzuri Mat Lazim (Setiausaha PAS Kuala Krai) untuk menjadi calon di Manek Urai. Fauzi Ikan pernah disenarai pendek untuk menjadi calon dalam PRU12 yang lepas, namun atas tiket PKR. Fauzi sebenarnya adalah berasal dari Salor bukannya daripada Kuala Krai. Pengumuman Fauzi menyerlahkan keretakan yang sedang berlaku dalam PAS. Fauzi adalah daripada kumpulan pro Erdogan bukannya daripada kumpulan ulama.

Apakah Zamzuri (gambar) akan berpaling tadah dan mensabotaj kumpulan Erdogan di Manek Urai? Mesyuarat PAS Kuala Krai pada 22 Jun 2009, telah memilih Fauzi Ikan sebagai calon , namun ada di kalangan AJK PAS Kuala Krai yang kurang bersetuju dengan Fauzi Ikan. Mereka ini lebih selesa dengan Zamzuri. (baca sini). Zamzuri dan orang-orangnya tahu bahawa Fauzi Ikan bukannya pejuang PAS sebenar di Kuala Krai. Bertanding atas tiket PAS tetapi sebenarnya Fauzi adalah orang PKR. Jentera PAS hanya digunakan untuk memenangkan calon yang berjiwa Erdogan dan PKR.

Perkara ini telah pun berlaku di Machang, Saifuddin Nasuiton yang bertanding atas tiket PAS sebenarnya adalah orang PKR. Apakah orang-orang Zamzuri akan membiarkan sahaja Erdogan mempermainkan mereka di Manek Urai? Balak seluas 40km persegi telah habis digondol oleh Erdogan di Lojing atas nama Ladang Rakyat. Penduduk hanya diberikan sejumlah RM200 ringgit sebulan, taukeh balak dari seberang yang berkerjasama dengan Erdogan yang untung. Namun bila Erdogan pergi berceramah ke Manek Urai, mereka meminta lagi duit derma dari rakyat? Siapa yang aniaya dan tipu rakyat sebenarnya?

5 comments:

Anonymous said...

kalau dibandingkan dgn 2 wajah ni , yg lagi satu sapanama tu, zamzuri - npk mesra dan friendly.

boleh faham kenapa pas begitu tedesak nakkan fauzi.

IZHAM

Anonymous said...

letak kambing pakai kupiah pun mesti boleh menang!! janji kambing pandai mencarut.

Jeffry said...

ANUWAR PERGUNAKAN PAS UTK SEDUT WANG RAKYAT MISKIN SUPAYA PEMIMPIN2 PAS HIDUP SENANG LENANG. ITU PUN RAKYAT MASIH BELUM FHM KEADAAN SEBENAR. INSYALLAH MANIK URAI AKAN TERBELA DI BWH BN

Anonymous said...

fauzi ni dari kumpulan ulama' la,,, ko tgk la kan die pakai serban,, erdogan pakai songkok.. kdg2 tak pakai ape2 ko ni mmg bodoh la..

Anonymous said...

jgn ckp bodoh kat org,,, dgn pakai serban ko igt dia ulama kaa.... jgan weiii... ore kelate ni kawe kenal sgt... mu tu bodoh sbb diperbodohkan oleh PAS , PKR , DAP....