Friday, May 8, 2009

Sivakumar Yang Tidak Faham Bahasa

Pengarah lakonan seronok benar nampaknya, sambil merencakan sesuatu di atas kerusi. Nizar dan Ngeh Koo Ham kelihatan seronok menikmati lakonan hebat Sivakumar semalam. Mula-mula tuduh bomoh, kemudian buat kecoh.

Kekecohan berlaku dalam DUN Perak. Kekecohan yang berpunca daripada seorang yang bernama Sivakumar. Pada 18 Februari 2009, Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Perak membuat keputusan menggantung Dr Zambry selama 18 bulan dan enam Exco yang lain selama 12 bulan. Keputusan Sivakumar ini tidak pernah dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri, sebaliknya hanya dihebahkan melalui media sahaja. Tidak seperti penggantungan Gobind Singh Deo selama setahun pada 12 Mac 2009. Ianya dibahaskan dalam dewan sebelum keputusan diluluskan.

Lihatlah bagaimana hebatnya lakonan Sivakumar. Boleh duduk di kerusi Speaker selama lima jam dari jam 9 pagi hingga jam 2.41 petang untuk menghalang sidang dewan diadakan. Bila Sivakumar diusung keluar, barulah Raja Nazrin bersetuju untuk hadir ke dewan. Ini jelas menunjukkan bahawa insitusi raja sendiri enggan mengiktiraf speaker haram berada di kerusi speaker dewan.

Oleh itu, pada 16 April 2009, Mahkamah Persekutuan melalui lima panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff telah memutuskan bahawa tindakan Sivakumar untuk menggantung Dr Zambry dan enam orang Exco adalah tidak sah. Namun semalam, segala keputusan mahkamah tidak dipedulikan. V Sivakumar pada 8 Mei 2009, pada jam 9.55 pagi telah mengarahkan Datuk Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan enam exconya yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan pada 18 Februari supaya keluar dari dewan. Kemudian, ianya disambut dengan pekikan keluar oleh ADUN Pakatan Pembangkang. Bermulalah siri kekecohan. Lebih kecoh bila Sivakumar enggan berundur dari kerusi Speaker.
Kenapa duduk? Janice Lee (ADUN Teratai Selangor) duduk di atas jalan bila cuba ditangkap oleh pihak polis. Janice kelihatan sengaja berbuat begitu, agar polis sukar hendak mengangkapnya. Hebat lakonan wakil rakyat pembangkang ini. Boleh tersenyum bila berhadapan dengan lensa kamera dan pandai beraksi bila hendak ditangkap. Nasib baik tidak tidur atas jalan.

Janice Lee adalah salah seorang daripada 69 orang yang ditahan polis atas perintah mahkamah yang tidak membenarkan mereka berkumpul dalam radius 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri. Antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ialah Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Dr. S. Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Khoo Poay Tiong (ADUN Ayer Keroh), Tey Kok Seong (ADUN Bahau), Ng Chin Tsai (ADUN Temiang), Koid Teng Guan (ADUN Sungai Pinang). Jika dikira ada sejumlah 5 orang ahli parlimen dan 5 orang ahli dewan undangan negeri yang ditahan semalam.


Kebanyakan mereka adalah ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi mereka nampaknya lebih seronok berdemonstrasi dan memprovokasi pihak polis untuk menangkap mereka bagi membuktikan mereka buat kerja. Alangkah baik jika buat kerja di kawasan sendiri kepada rakyat. Alangkah baik juga jika Nizar, Ngeh dan Sivakumar menenangkan ahli-ahli DUN pembangkang agar jangan membuat kecoh dan menggesa Sivakumar beredar dari kerusi Speaker Dewan. Pakatan Pembangkang lebih rela membiarkan Raja Nazrin menunggu selama lima jam hanya kerana gelagat kecoh mereka. Mereka lebih seronok berlakon tanpa mempedulikan Raja Nazrin.

Dalam satu sidang media pada 8 Mei 2009, Sivakumar dan beberapa orang pemimpin DAP telah mengangkat perkataan "Malu" kepada media. Dulu mereka angkat "the world is watching" ketika bersidang bawah pokok, semalam mereka buat perangai lagi yang memalukan rakyat. Malu? Siapa yang tidak tahu malu sebenarnya bila tidak mahu menerima keputusan mahkamah? Sivakumar dan 69 orang yang ditahan enggan mematahui keputusan mahkamah. Ketika asyik berlakon sebagai speaker, mana ada rasa malu sebab kamera penuh di depan mata. Perangai tidak faham bahasa Sivakumar ini tidak perlu dicontohi di Dewan Undangan Negeri yang lain dan janganlah pula melarat sampai ke Dewan Rakyat. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dibahaskan di dewan. Kasihanilah rakyat dan jangan membuat sikap biadap dan memualkan.

AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

20 comments:

danti dap kafir harbi said...

Kami orang melayu di perak memang jijik melihat perangai pas, pkr dan dap berlagak somonong, angkuh. baru berkuasa sikit dah berlagak terutama dap dan pas. pas sanggup jadi kuli kepada dap dan sanggup maki hamun saudara satu agama satu bangsa yang lain sebab undi dan tamak haloba nak kuasa.tak sedar diri, 27 adun melayu + a adun bebas adalah penyokong umno, pas hanya ada 6 adun tapi berlagak sebab dapat sokongan dap kafir harbi.

Anonymous said...

ko ni nizam.malu la kalo ko cakap ko orang melayu.segan aku.

tapi xpe la.ni blog ko.cakap la pe ko nak

TokMudim said...

Jangan jadi BABI apa benda pun sondol.....janji perut ada isi.

No War Pigs. Stupid.

Anonymous said...

haha...ape la bangang parti pembangkang ni....tak sedor diuntung...org yg bg komen atas aku ni lagi la bodo...

Datu S said...

blog ini menjadi lubuk fitnah dan posting yang berbentuk minda bakul sampah..// Hiup PR, kami Melayu muda sudah tidak lagi boleh ditipu oleh UMNO..PRU 13 nanti, selamat tinggallah kerajaan BN UMNO.. Najib adalah PM terakhir kerajaan BN, cuba lihat teori ini RAHMAN, lepas N mana ada lagi...?

AZRI said...

salam......

pada pandangan saya, awak sebenarnya menyatakan pandangan pada sebelah pihak sahaja....cuba lah awak dapatkan keterangan daripada pihak yang satu lagi, baru awak akan dapat gambaran yang sebenar.....

kita jangan prajudis dalam mengulas satu-satu isu yang kita bukan arif dalam isu tersebut.....

Mahmeri said...

Ala aku nyampah la ngn org pembangkang ni...

Wei azri.penulisan dalam blog ko tu pon prejudis gak..lagi berganda2 berat sebelahnya...siap gambarkan manusia ISLAM buat perangai lembu kenyang..( korang dapat ek pahala kutuk2 hina2 orang lain n??

Anonymous said...

Ramai mempercayai Teori RAHMAN

Jangan lupa "Manusia Merencana Allah Menetukan"
ALLAH HUMA YA ALLAH ... SELAMATKAN TANAH AIR KU BUMI MALAYSIA DARI KERAKUSAN ORANG2 YANG GILA KUASA & KAUM KAFIRUN SERTA MUNAFIQ YANG YANG TELAH LUPA AKAN SEGALA KADQ & KADAR MU DAN MEMPERSENDA KALIMAH SUCI MU.. YA ALLAH YA ROBBUL ALAMIN

SUBHANALLAH.....

hani said...

kelakarnya tgk org2 yg tak berfikiran waras ni..

POLITIKUS said...

jangan jadi barua DAP...

http://politikusmengkritik.blogspot.com/

Anonymous said...

cuba ko tarik misai si siva tu. hehehe.....

Zul.

Anonymous said...

sekarang mahkamah dah kate yg nizar mb perak yg sah..cmne tu??agk2 xnk brenti menulis ke???dh la tu..mude2 lagi da nk buat fitnah..brape la BN bg ko ek???2 hinggit???3 hinggit??insaflah kwnku...secara x lgsung sivakumar tu masih lagi speaker yg sah..xphm2 lagi ke...

myhani said...

sebagai anak jati PERAK saya amat bersedih dan kecewa bila nizar menjadi MB PERAK semula.mcm dapat bencana..mudah2an ALLAH menemukan jln yg terbaik..

miss comel said...

SEBAGAI GENERASI MUDA SEMUA YANG BERLAKU INI CUKUP MENGELIRUKAN KITA SEMUA. YANG MANA BENAR DAH TAK BLEH DI TENTUKAN LAGI.. TOLONGLAH JANGAN MEMENINGKAN KEPALA RAKYAT. PERCANGGAHAN KEDUA2 PIHAK DIPERAK TELAH MENYEBABKAN RAKYAT BERPECAH BELAH. BANGUNLAH SEMUAL DENGAN NAFAS SATU MALAYSIA... PLISSS... MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN KEMAKMURAN MALAYSIA

Goh Wei Liang said...

dah jelas. golongan pakatan rakyat demo-crazy.

mereka ni takde hobi lain. gemar berdemonstrasi.

perak ni tak payah cerita dah. memang jelas dua sepupu DAP itu gila kuasa sedikit.

dulu dalam DAP, YB Batu Gajah pun hampir dihalau mereka berdua kerana Ngeh dikatakan ingin meletak sepupunya Nga bertanding di Batu Gajah (Perak) yang merupakan kubu kuat DAP dgn majoriti yang besar.

sampai rakyat di batu gajah bangkit melawan dan protes tindakan sepupu tu. akhirnya dia duk diam dan pilih kerusi lain bagi sepupunya.

ni lah cerita budak dap ni.

riza said...

adun tt serong kata bn pakai bomoh. sebab tu sivakumar boleh duduk sampai 5 jam pasal bomoh dah jampi supaya pungkok dia terlekat pada kerusi. sebab tu dia tak bangun.

hebat betul bomoh ni. wa caya lu.

Zacharias said...

Sebagai orang yang claim dirinya "Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia", berita kat sini banyak berunsurkan fitnah.

Satu lagi, kalau mahkamah kata tindakan sivakumar tu tak sah, maka terbatal, apa masalahnya? Next round, dia ulang lagi. Macam solat, kalau tak sah, solat je la lagi.

Macam tu la, next round, masuk dewan, ban je la lagi. apa la nak pening2 bincang dia buleh buat ke tidak

Anonymous said...

Salam,

Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan melulu.

http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

Salam,

Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan melulu.

http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

Jadi berita kat Harakah semuanya benar ke bodoh????