Saturday, May 2, 2009

Selsema Babi

Gambar swine flu virus menerusi transmission electron micrograph

Mengapa nama selsema itu babi? Selsema babi dikesan pada awal Mac 2009 apabila 60% penduduk di La Gloria, Veracruz, Mexico mula dijangkiti wabak selsema. La Gloria terletak berhampiran dengan sebuah ladang ternakan babi yang dioperasikan oleh Smithfield Operation (syarikat berasal dari Virgina, Amerika Syarikat). Smithfield Operation menghasilkan satu juta babi setahun. Smithfield merupakan syarikat pengeluar dan pemproses daging babi terbesar di dunia.

Edgar Hernandez, kanak-kanak berusia 5 tahun yang terkena wabak selsema pada awal Mac di La Gloria. Bagaimanakah nasib kanak-kanak lain di seluruh dunia jika H1N1 terus menular?

La Gloria mempunyai penduduk berjumlah 2,243 orang. Jika 60% dijangkiti wabak selsema, ini bermakna 1,346 orang penduduk yang dijangkiti oleh selsema ini pada peringkat awalnya. Penduduk La Gloria telah membantah pembinaan kandang babi Smithfield sejak beberapa tahun lepas, namun tidak dipedulikan oleh pihak Smithfield. Pembuangan sisa najis dari kandang babi Smithfield telah menjejaskan kesihatan penduduk di La Gloria.

Lama-kelamaan, kandang babi tersebut telah menjadi punca kepada wabak penyakit yang mengancam manusia di seluruh dunia. Pada 24 April 2009, selsema babi (swine influenza) mula dikesan di San Luis Potosi, Hidalgo, Queretaro di Mexico. Pada 29 April 2009, selsema babi sudah mula merebak ke Amerika Syarikat, Sepanyol, United Kingdom, New Zealand dan Israel. Sehingga 2 Mei 2009, selsema babi yang berjenis influenza A, H1N1 virus ini telah menyebabkan 4,400 kes dan 168 kematian di 15 buah negara.

Iklan Smithfield memaparkan "bringing great food". Apakah makanan itu terbaik jika telur cacing parasit yang berada dalam daging babi tidak mati? Syarikat untung, yang merana ialah orang yang memakannya.

Pada 14 April 2001, seorang wanita tua bernama Donna Bishira telah dibedah di May Clinic, Arizona, Amerika Syarikat setelah mengadu lemah badan selama tiga minggu akibat memakan daging babi. Setelah dibedah, doktor telah menemui cacing parasit dalam serebrum otaknya. Cacing parasit tersebut dikenali sebagai Laenia Solium. Telur cacing yang terkandung dalam daging babi tersebut masuk ke usus dan bergerak bersama aliran darah ke otak. Cacing ini akan mati dan membusuk di serebrum. Akhirnya ia akan mengakibatkan selaput otak pada bahagian sekitarnya. Inilah padahnya makan daging babi.

Wabak influenza A, H1N1 virus berpunca dari kilang babi terbesar di dunia kepunyaan Smithfield Operation.

Smithfield sendiri tidak membuka ladang babi terbesar di negaranya sendiri iaitu di Amerika Syarikat. Smithfield buka di negara jiran. Smithfield mungkin sudah tahu akibat dan kesan dari kilang babi tersebut. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat negara jiran. Kini sudah menjadi wabak ancaman di seluruh dunia. Semuanya berpunca dari kilang babi Smithfield di La Gloria, Mexico. Atas kesedaran inilah, bila ada cadangan mahu membuka kandang tersebut di Sepang dan Bukit Selambau, ianya ditentang. Kandang di Melaka juga perlu ditutup. Ikthibar dari La Gloria, Mexico harus diambil pengajaran.

Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Dari Abu Hurairah R.A., sabda Nabi Muhammad SAW, "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah SWT, ada ubatnya yang juga diturunkanNya", (Hadis Bukhari). Bersamalah kita berdoa agar wabak ini mampu dibendung dengan segera. Semoga Malaysia dilindungi oleh Allah SWT dari wabak ini.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

Anonymous said...

Setuju. Jangan benarkan kaum-kaum pemakan babi ini mengotor dan membahayakan anak cucu kita. Masalahnya bukan kita yg tanggung tapi anak cucu kita di masa hadapan.

Kenapa tak suruh 'mereka' buka kandang babi di Pulau Ketam, Pulau Pinang atau di kawasan-kawasan pemakan babi sendiri?

Mari kita tentang mereka yang gelojoh ini dari memudharatkan anak cucu kita dgn kandang-kandang bai ini.

F.Aswan said...

nasib baik projek kandang babi tu x jadi ..

PIC said...

Bukan ke virus selsema babi takde kaitan dengan makan babi
kalau tak silap la

piut panglima kasim said...

dah terang lagi bersuluh tapi masih ada pihak yg mahu membesarkan lagi ladang2 ini .yg makin teruk meng'halal'kan yg telah terang2 haramnya

Anonymous said...

mungkin dah sampai masa untuk pihak kerajaan haramkan penternakan babi di Malaysia. Haramkan babi..haramkan arak...haramkan judi..haramkan rokok..

armouris said...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ on Swine Flu

armouris said...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ on Swine Flu

F.Aswan said...

Betul ke kuman dalam babi mati kalau di masak dengan 116 F? menipu ajer tu. Propaganda nak suruh orang jual babi dan ternak babi..Orang yahudi pun tak makan babi. dia tau musibahnya.

Anonymous said...

lantik la MB khalid dll yg luluskan kilang babi di s'gor tu gi melawat mexico.

sure MB s'gor dan juak2 PAS akan bersemangat utk buka kilang babi sekembalinya dari lawatan dari mexico. hehe..

Ipin.

leman said...

mane dapat artikel pasal Donna Bishira. Saya cuba dapatkan maklumat dari internet, tapi tidak dijumpai. Harap, pihak tuan dapat menunjukkan bukti sekali.

terima kAsih.

mentari.senja.08@gmail.com

azrinizam said...

salam, leman-sila baca buku, ada buku berkaitan.