Siapakah yang mempergunakan Nik Aziz? Nik Abduh (anak Nik Aziz) menulis dalam
blognya :
"Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!". Kata Nik Abduh lagi
"mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!". Kerana tulisan ini, Nik Abduh akan dihadapkan ke Tribunal Dewan Ulama PAS Kelantan. Kerana tulisan tersebut juga, Nik Abduh dikatakan sesat oleh Ahmad Awang (Naib Presiden PAS) dalam
Malaysiakini pada 27 April 2009,
"satu perkataan... 'sesat'. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu,". Namun, Ahmad Awang tidak pula didakwa dimana-mana tribunal atas kenyataan tersebut.
Siapakah calon restuan Nik Aziz dan Kelantan yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dalam blognya? Jawatan Timbalan Presiden PAS adalah kerusi paling panas dalam pemilihan PAS kali ini. Pertembungan antara Nasharuddin Mat Isa, Husam Musa, Mohd Sabu, Azizan Razak dan Hassan Ali. Pertembungan lima penjuru. Antara kelima-limanya siapakah yang dimaksudkan oleh Nik Abduh tersebut? Undi akan pecah. Sudah pasti jika menggunakan nama Nik Aziz maka calon tersebut mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Husam Musa mula berpuasa dari mengeluarkan kenyataan selepas Nik Abduh mula bersuara. Mungkin Husam terasa betapa pedasnya teguran Nik Abduh.
Pada 3 Mei 2009, Takiyuddin Hassan (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) turut mempertikaikan kumpulan Erdogan dengan menyatakan ‘‘soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar". Kerajaan perpaduan menjadi punca perbalahan antara kumpulan Mee Celup dan Mee Goreng dalam PAS. Jika menurut kenyataan Takiyuddin, kumpulan Mee Celup (Erdogan) rupanya sudah tahu dan bersetuju dengan kerajaan perpaduan tetapi mengapa mereka menuduh Mee Goreng (Ulama) sahaja yang bersetuju? Apakah kerana mahu menjaga hati Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Teresa Kok dan sekutu lain dalam DAP maka Mee Celup sanggup bergaduh dengan Mee Celup? DAP mee apa pula? Mee udang?
Pada 4 Mei 2009, Nik Aziz dalam satu kenyataan media menyatakan
“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional. Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat". Nik Aziz nampaknya cuba menyamakan antara ulama dan profesional (Erdogan). Mengapa Nik Aziz tidak membela anaknya sendiri yang dikecam teruk oleh kumpulan Erdogan?

Pertemuan enam mata antara Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Amein Rais. Anwar kelihatan begitu beriya mempromosikan Husam sebagai
produk barunya kepada Amein Rais.
Hanya tinggal Husam yang boleh diharapkan Anwar bagi menerajui PAS. Nasharuddin Mat Isa dan Haron Din telah berpaling tadah dari Anwar, disebabkan pesanan daripada Dr Yusof Qardawi (ulama Ikhawan Mesir) yang meminta agar Hadi Hadi Awang "berhati-hati dgn Anwar Ibrahim". Pesanan ini dibuat ketika Hadi Awang dan rombongannya meminta pandangan Ikhwan Muslimin ketika pertemuan di London, sebelum 16 Sept 2008. Dr Yusof Qardawi menyebut penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan terutamanya apabila RAND Corporation (US) mendedahkan penglibatan Anwar dalam buku bertajuk "Building Moderate Muslim Netwoks" terbitan yayasan itu dengan tajaan Smith Richardson Foundation. Isu kerajaan perpaduan menjadi punca pertikaian Mee Celup pada Mee Goreng, manakala Mee Goreng pula menjadikan nasihat Yusof Qardawi sebagai panduan untuk menjauhkan diri dari Mee Celup.

Nampaknya Husam lebih disayangi oleh Anwar berbanding Azmin Ali. Seorang Naib Presiden PAS boleh duduk lebih dekat dengan Penasihat PKR berbanding Naib Presiden PKR sendiri. Jika Husam berjaya ke kedudukan Timbalan Presiden PAS, apakah Azmin juga tidak bercita-cita hendak ke kedudukan Timbalan Presiden PKR?
Husam harus mendaki tempat yang tinggi dalam PAS. Kamaruddin Jaafar perlu kekal mengatur dan menguruskan PAS bagi pihak Anwar atas posisi Setiausaha Agung PAS. Anwar sebenarnya hanya mahu jentera PAS untuk membolehkan dia terus mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Masa makin suntuk bagi Anwar Ibrahim untuk terus mengejar cita-citanya. Jika tidak kesampaian, maka perlu ada generasi pewaris untuk menyambungnya. Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Husam Musa. Selesai pemilihan PAS, Anwar akan mengatur pula Azmin Ali untuk berada dalam kedudukan sepatutnya dalam PKR. Pertembungan Mee Celup dan Mee Goreng akan berterusan sampailah dalam pemilihan PKR. Kali ini antara kumpulan ABIM dan JIM pula. Mursyidul Am nampaknya hanya menjadi pemerhati sahaja melihat anaknya dikecam oleh kumpulan Mee Celup.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
7 comments:
tahniah azrinizam tahniah.
kupasan ini mmg betul2 kena tepat. lepas ni geng2 PKR akan hentam dr.yusof qardawi, hj. hadi, harun din, dll pula. apa saja yg menghalang cita2 mereka pasti akan difitnah. hehe..
tobat la anwarr...
Zul.
siapa tunggang siapa Husamm....
anwar tunggang kamu atau kamu tunggang anwar...keh keh ..
tunTeja.
anuar memang sah-sah dh kaki tunggang, husam hanya pencacai pengangkat najis je.
kesian nuar, nak jadi pm tapi sampai skrg tak dapat2...
mat daud grugreh
Kupasan menarik bro !!!
syabas..
aneee...mee goreng satuu..
memang benarlah c anwar ni x tumpah laksana influenza A selsema H1N1 @ influenza A= Anwar...habis semua makhluk dirosakkan.. Tuler akibatnya bila mencampurkan makanan dengan "mee udang" berperisa Brader Anwar Bin Ibrahim (BAB*)...semua merasa demam selsema binatang haram...ingat2 lah pengikut PAS yg haram tetap haram...sampai bila nak ditunggang dan tonggekkan oleh sang anwar bersifat dalang?inilah akibatnya menghalalkan yg haram jadah...baru padan muka!
ada seekor anak influenza anwar bertugas sbg pengarah strategik ladang ternakan keluaran PKR yg menyerakkan virusnya dlm PAS berwajah khin yg celupar mulutnya...satayfudin c toin... Amat lancang mulutnya dan serupa hidungnya sang khin... Secocok dgn sang influenza azmin yg manja dan menggoda hati jejaka PKR...bahayanya mulut2 virus mereka ini perlu di vaksinkan...
Post a Comment