Tuesday, May 26, 2009

Malaysia Bukan Tempat Untuk Komunis dan LTTE

Pada 24 Mei 2009, satu perhimpunan telah diadakan di Batu Caves, Selangor untuk membantah "jenayah perang" yang dilakukan oleh kerajaan Sri Lanka terhadap Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Bantahan ini bersangkut paut dengan pembunuhan Vellupilai Prabhakaran (Pengasas LTTE) oleh tentera Sri Lanka pada 16 Mei 2009. Apakah tindakan kerajaan Sri Lanka membunuh pemimpin LTTE itu boleh dianggap sebagai jenayah perang? Mengapa demonstrasi terhadap Sri Lanka ini dibuat di Batu Caves?

Apa yang LTTE telah buat di Sri Lanka? Ditubuhkan pada 5 Mei 1976 oleh Prabhakaran. Pada Julai 1975, Alfred Duraiappah (Ahli Parlimen Jaffna, Sri Lanka) telah dibunuh oleh LTTE. Pada 23 Julai tahun yang sama, LTTE telah melakukan serang besar-besaran terhadap tentera Sri Lanka dan mengorbankan 13 askar Sri Lanka. LTTE turut bertanggugjawab membunuh Rajiv Gandhi (Perdana Menteri India yang ke-9) pada 21 Mei 1991. LTTE telah disenaraikan sebagai organisasi pengganas di 32 negara di dunia.

(Gambar: Batu peringatan memperingati tempat dimana Rajiv Gandhi dibunuh oleh LTTE di Sriperumbundur, India. Dhanu (seorang wanita) yang menjadi pengebom berani mati meletupkan bahan letupan seberat 700 gram di badannya untuk membunuh Rajiv ketika tunduk memberi penghormatan kepada Rajiv. LTTE dikatakan bertanggungjawab merancang pembunuhan Rajiv).

Berikut adalah laporan intelligent dari London pada 16 Oktober 2006 berkaitan LTTE, "This organisation (LTTE) also regularly transmits funds to the Bumiputra Commerce Bank in Kuala Lumpur which is the bank account of the World Tamil Relief Fund for procurement of military hardware for the LTTE." Dakwaan yang terkandung dalam laporan ini tidak boleh diambil mudah.

LTTE mampu membuat kapal selamnya yang tersendiri. Kapal selam ini ditemui pada 29 Januari 2009 oleh tentera Sri Lanka. "Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam," menurut kenyatan pihak askar Sri Lanka. Daripada mana LTTE mampu memiliki teknologi dan dana untuk membuat kapal selam sendiri?

Jika benar dakwaan intelligent report dari London tersebut, LTTE menggunakan Malaysia sebagai transit untuk pemindahan wang. Ianya bakal memberikan tanggapan buruk kepada Malaysia. Imej Malaysia boleh tercalar dengan kegiatan beberapa NGO underground dan gerakan bersifat subversif yang pro pada LTTE. Malaysia adalah negara yang aman damai sesudah 446 kemerdekaan dinikmati daripada penjajah. Sesudah 12 tahun berada di bawah darurat kerana ancaman komunis. Internal Security Act (ISA) perlu digunakan untuk membendung fahaman komunis dan LTTE. Membendung dan mencegah adalah lebih baik sebelum ianya menjadi parah dan susah diubati. Keamanan tidak boleh digadaikan dan ditentukan oleh mereka yang tidak menghormati undang-undang. Kebahagiaan Malaysia perlu dijagai dan diutamakan. Di Malaysia, tiada tempat untuk komunis ataupun LTTE.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

10 comments:

Anonymous said...

Untuk lebih maklumat tentang LTTE di Malaysia,sila pergi ke

http://www.atimes.com/
dan search LTTE Malaysia

Anonymous said...

Zam....

aku sokong 100% apa2 yg ada bau2 komunis dan LTTE ni disumbat dlm ISA mang 50thn.

dlm isu ni k'jaan kena tegas la. jgn bagi muka. tapi aku heran la lately ni intelligent polis mcm tak tau byk perkara dlm m'sia. risikan lemah. k'jaan plak terlalu berdiplomasi.

kalau time zaman khan dulu,penjenayah tak bleh angkat muka. kalimuthu kena tembak tepat dikepala dgn snipper.

Azman.

Anonymous said...

seingat aku la ....dana yg berkaitan dgn al-qaeda aje yg kena band dgn US. sbb al-qaeda dilabel kump. pengganas.

ingat bush ckp dulu ...with us or agaisnt us....kelam kabut mana2 negara clearkan apa2 link/account dlm negara yg ada kaitan dgn al-qaeda sbb takut tindakbalas uncle sam.

tapi pembangkang sedap la cakapp....umno balaci amerikaa... ye le diaorg tak tau lagii sbb tak penah perintah negara .....bleh la klentong org kg.

tapi dana amerika yg support suara2 mereka di luar negara mmg tak pernah ada sekatan.

sbb tu NGO dim'sia tumbuh mcm cendawan. ada ajk, ada agenda nak lawan k'jaan dah bleh dpt dana berjuta. tak percaya tanya nuar brahim.

boleh masuk 30-40k sebulan bagi YDP, sapa nak kasi..?? modal air lior dan ada nama besar dlm NGO sure leh dpt.

Azman.

Anonymous said...

aku sembang dgn staff sini budak india, rata2 org india sokong/simpati LTTE dan tak percaya prabakaran dah mati.

diaorg argue kenapa bakar prabakaran cpt2 mcm nak hide something.....

budak PAS said...

UMNO ni tak habis habis nak prasangka buruk..bodoh punya UMNO. LTTE tu pejuang rakyat..pembela rakyat

SangRajawali said...

Rakyat Tidak Akan Lupa Sejarah Pembohongan Terbesar 16 September ~ Jom sertai kempen No@AnwarIbrahim916 bagi mengigatkan kembali sejarah penipuan terbesar negara, kami akan adakan majlis besar besaran di blog kami menjelang detik 16 Sept. Lihatlah telenovela Anwar 16 Sept semua nya di
Semuanya dalam anak wayang - eh silap semuanya dalam NO2anwaribrahim.blogspot.com , anda di alu-alukan untuk berkunjung ke halaman kami.Hari ini Menu Pok Lak

SangRajawali said...

Rakyat Tidak Akan Lupa Sejarah Pembohongan Terbesar 16 September ~ Jom sertai kempen No@AnwarIbrahim916 bagi mengigatkan kembali sejarah penipuan terbesar negara, kami akan adakan majlis besar besaran di blog kami menjelang detik 16 Sept. Lihatlah telenovela Anwar 16 Sept semua nya di
Semuanya dalam anak wayang - eh silap semuanya dalam NO2anwaribrahim.blogspot.com , anda di alu-alukan untuk berkunjung ke halaman kami.Hari ini Menu Pok Lak

ajai62 said...

Salam

LTTE tu samalah macam komunis Malaya, kerja membunuh orang, apa bendanya pejuang rakyat kalau hidup memberontak dan menghancurkan kedaulatan NEGARA, yang menyokong tu pun kita bole faham gak warna yg sama..tapi macamana dia orang ni bole duduk di Malaysia pergilah Sri Lanka berjuang bersama pejuang yg mereka sokong tu...kerakyatan mereka diragui....


Wasalam

ikan emas said...

Allahuakbar,
sape le yg kata LTTE tu pejuang rakyat, pejuang rakyat mana? kata budak Pas tp dia tau ke agenda LTTE nak hapuskan MUslim kat Sri Lanka tu..tu dia org nak cari dowmline dia kat Msia ni, tak bersyukur punya India.

Anonymous said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.