Monday, May 25, 2009

Komunis : Tiada Maaf Bagimu

Pada 20 Mei 2009, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Parti GERAKAN) mahu kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia (baca sini). Chin Peng kini berada di Bangkok. Rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 30 April 2009. Ini bukan kali pertama Chin Peng merayu untuk pulang ke Malaysia, pada 1 Disember 1990, Chin Peng bersama dengan 8 orang bekas anggota PKM pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia. Pada 14 April 2009, diwujudkan satu blog (lihat sini) untuk menceritakan kembali kisah komunis. Facebook juga diwujudkan untuk komunis. Mengapa ketika Malaysia dilanda dengan kegawatan politik, fahaman komunis tiba-tiba mahu ditonjolkan kembali?

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930, kira-kira 79 tahun yang lalu. Tujuan penubuhan PKM, selain dari menghalau British keluar dari Tanah Melayu, komunis juga mahu menubuhkan sebuah negara republik komunis di Tanah Melayu. Bagi meraih simpati dan sokongan orang Melayu, maka pihak PKM telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menerusi Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Orang Melayu telah diberikan jawatan untuk digunakan oleh komunis. Angkara Komunis telah menyebabkan darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 12 Julai 1948.

Jadual di atas menunjukkan kemusnahan harta benda awam yang telah dilakukan oleh komunis menurut Buku Darurat 1948-1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, mukasurat 224, tulisan Ho Hui Ling. Slide 79Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990? Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM. 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.

Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api. Begitulah kejamnya komunis.

Namun ada juga orang yang mahu menyokong komunis. "Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007. Nama parti pun sudah parti komunis, bukan kerajaan yang melabelnya. Kekejaman komunis tidak boleh ditukar kepada pejuang kemerdekaan.

Kesimpulannya, kekejaman komunis tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Beribu nyawa yang terkorban angkara komunis. Rayuan Chin Peng untuk pulang menimbulkan seribu satu tanda tanya. Mengapa Chin Peng dan kumpulan komunis beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia? Mereka juga sudah berkempen dalam blog dan facebook untuk menambat hati rakyat dan cuba memadam sejarah kekejaman mereka. Rakyat Malaysia harus sedar dan sentiasa sedar, kekejaman komunis adalah luka yang masih berdarah. Komunis, tiada maaf bagimu.

AZRINIZAM IBRAHM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

19 comments:

leman said...

harap dapat tuan dan blog pro umno sokong kempen no2anwaribrahim916 dan naikkan logo no2anwarivrahim916 TQ silalayari http://no2anwaribrahim.blogspot.com

Anonymous said...

apalah nak jadi dgn negara ku m'sia yg dicintai.

dah la negara huru hara dikerjakan oleh nizar, nga dan ngeh, berkepalakan nuar brahim.

ni kisah komunis pula yg cuba nak meraih simpati. yg peliknya ada plak yg menyokong tu....ish ish ..

teringat kisah di pekan rawang, dekat sg.mati muar, komunis mengganas masuk ke masjid dan beri amaran pada penduduk kg. bahawa mereka kena kumpulkan org2 muda utk dipaksa join komunis dihutan.

org2 kg tak tau nak buat apa kecuali berkumpul dan solat hajat di masjid berdoa bersungguh2.

cukup seminggu komunis dtg semula di mesjid, tapi disambut dgn panglima salleh dan pengikut2 ayat empatnya. semua komunis mati dipenggal diatas trak.

Azman.

Anonymous said...

Di pekan parit sulung pernah terjadi kebakaran dideretan kedai cina pd tahun 80an.

lepas terbakar polis jumpa M16 disalah sebuah kedai, no siri M16 tu ialah no yg sama pada M16 yg hilang di kem PPH yg kena ambush dgn komunis pada tahun 70an di perak.

padahal org2 cina tu makan-minum dan tinggal dgn org2 melayu berpuluh2 tahun di kampung parit sulong.

Azman.

myhani said...

kalau kita seorang yang menghayati sejarah untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu , kita takkan biarkan perkara ini berlaku..

http://myhanihusin.blogspot.com/

Anonymous said...

org2 cina takut dgn kebangkitan org2 melayu pada 13mei. mereka sedar dikg2 ada byk jurus persilatan menyumbang pada kebagkitan org2 melayu.

tapi hasil daripd konspirasi dan perancangan sulit maka markas persilatan ini diwajibkan berdaftar dibwh akta pertubuhan selepas 13 mei 69.

org2 kg ni mana la faham dgn berpersatuan, YDP la, ajk la, lama kelamaan persatuan2 ni pun berkubur.

tapi heran ya ...persatuan tekwando, tai ci, judo tumbuh bak cendawan dan perolehi dana yg besar dari sumber2 mereka.

hasilnya anak2 muda melayu skrg sudah tidak tau seni warisan sendiri, kosong dada, terhakis kemelayuan. lagsung tidak patriotik.

pemimpin melayu yg ultra berjaya dilemahkan dgn tea session bersama vincent tan....hehe(sapa terasa..)

BRAhim.

Anonymous said...

Chin Peng beriya-iya mahu balik ke sini kerana dia ingin mati di sini. Jangan terkejut jika ada puak2 yang akan menjadikan kubur chin peng sebagai tugu 'pejuang kemerdekaan'. Agaknya itulah muslihat yang terpendam. Chin peng mesti dibiarkan berkubur di luar Malaysia. Kerajaan tak perlu tunduk kepada si chin peng pengkhianat, pembunuh dan pengganas!!
- Abg Joe

Anonymous said...

tolong tgk link ini...
terima kasih...
selamat...

http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328

Anonymous said...

walaupun hanya belajar KOMSAS tapi novel BUKIT KEPONG yg memaparkan kekejaman komunis tetap tak dapat disangkal. Biarkan dia mati ti tanah luar. kencing dia pun tak layak di sini.

Anonymous said...

teknik cina komunis ni utk kelirukan org kg senang aje ya rupa2nya....

mereka akan labelkan UMNO bersekongkol dgn british .... lepas tu semua darah melayu menjadi halal di bunuh/hapuskan...

dulu lagi PAS labelkan umno sebagai pewaris pelembagaan lord-read, maka menjadi kapir kerana politik suku agama suku ....

nga dan ngeh gunakan pendekatan agama utk membeli jiwa org2 PAS,....hehe

tapi yg terbaru PAS kata ulamak suku dan professional suku ... kelayakan memimpin hanya pada ulamak...... mcmana ni .... hehe

kalau aku golongan professional makna kata aku tak boleh memimpin la ya ....

senang2 aje ustaz beringus di cawangan yg baru pas al-azhar baca doa panjang sket dah bleh menang ketua cawangan...hehe

ooo... jadi aku kena jadi gila babi mcm nizar la ya baru bleh dpt perhatian ulama, ...oooo ...mcm tuu.....hehe

Zul.

Anonymous said...

tapi skrg dah lain sket zammm....

komunis dah pandai baca ayat al-quran dan disambut oleh ulamak politik nik aziz.

teruk akidah umat islam di m'sia berkiblatkan ulama politik mcm nik aziz ni, dia ni belajar di pakistan lama sblm ke al-azhar maka tak hairan la dia bleh keluarkan fatwa mengikut selera politik nya. foundation dpt di pakistan.

di pakistan melambak tuan guru mcm dia ni, sbb tu bom sana bom sini jadi perkara biasa, yg bom dan kena bom plak tu janggut dan serban bukan main panjang lagi.

heiii....kesian kesian


Parit.

Anonymous said...

blog itu gila!! mahu mengubah sejarah dan sangat mengelirukan!!! kenapa masih ada unsur2 yang memecahbelahkan masyarakat. Ban PKM!!!!

Serikandi Titi Tinggi said...

Dosa bekas Pemimpin PKM tk boleh dimaafkn-pmbunuhan beribu-ribu rakyat ketika dulu....lebih 50 ribu anggota tentera dn polis tlh trkorban ketika menentang PKM semasa zaman dharurat.... Apa akn jadi jika dibenarkn Chin Peng kembali k M'sia.....??? fikir-fikirknlh...belajar dr sejarah dahulu...

Panglima Perang Cyber said...

lihat geng PKR puji komunis bagai nak rak di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/05/edisi-pagi-amin-iskandar-puji-parti.html

reez said...

Bangang punye Gerakan mohon kerajaan benarkan Chin Peng masuk M'sia.

Kita harus pikirkan apa yg bakal terjadi sekiranya Chin Peng berada di M'sia.

Chin Peng bakal mempengaruhi rakyat negara ini terutama kaum² seangkatan dgnnya~

ORANG KAMPUNG said...

suruh jer dia balik ke malaysia..

saya nak tembak kat punggung satu das..n potong kaki dia sebelah..

boleh ke?

Mr.KETAM said...

Mari kita adakan KEMPEN BALING BATU kepada sesiapa sahaja yang mengagongkan KOMUNIS termasuk AHLI POLITIK KERAJAAN dan PEMBANGKANG..

Atau pun kita bawak balik Chin Peng lepas tu jatuhkan HUKUMAN MATI MANDATORI kerana JENAZAH BUNUH dan JENAYAH PERANG ANTARABANGSA.. Bukan HUKUMAN PENJARA tetapi GANTUNG SAMPAI MATI atau REJAM DENGAN BATU SAMPAI MATI OLEH SEMUA KELUARGA MANGSA KEKEJAMAN KOMUNIS ..

Darah tetap dibalas darah!!

Anonymous said...

PARTI KOMUNIS.

OOOO PARTI KOMUNIS.

RUPA-RUPANYA KETUA DAN TAUKE-TAUKE KOMUNIS BERADA DILUAR NEGARA.

TAPI....
BEKAS DAN AHLI-AHLI KOMUNIS MASIH BERSELERAK DI BUMI MALAYSIA.

TANGKAP SEMUA PENGIKUT, ANAK PINAK MEREKA DAN PENYOKONG-PENYOKONG KOMUNIS YANG MASIH TAKSUB DENGAN IDEOLOGI KOMUNIS DI BAWAH AKTA ISA.
MEREKA SUDAH BERANI MENCAMPURI URUSAN NEGARA.

MEREKA MERUPAKAN
"MUSUH DALAM SELIMUT"
"GUNTING DALAM LIPATAN"

--daripada MULUT CELUPAR--

Anonymous said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah
penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin
Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-
negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

Perhati Jauh said...

Mereka yang menyokong kepulangan bapak komunis ini adalah mereka yang tak tahu berterima kasih pada mereka-mereka yang mempertahankan tanah melayu ini.

Jangan kerana kemarukkan kuasa dan pengaruh mereka lupa bagaimana kejamnya komunis ini.

NO TO CHIN PENG.. LET HIM DIE BUT NO IN MALAYSIA ..

PS : Sedekah Al-Fatihah pada mereka2 yang gugur mempertahankan tanah melayu ini ..