Wednesday, May 6, 2009

Komunis Pernah Guna Ayat Al-Quran

Menurut satu laporan berita ringkas RTM pada tahun 1983, yang dibacakan oleh Harjit Singh Hullon "Timbalan Menteri Dalam Negeri, En Kassim Ahmad menyeru masyarakat Melayu mengamalkan prinsip perpaduan dengan sepenuhnya bagi mengelakkan gejala komunis menyerapkan dalam pemikiran mereka. En Kassim berkata di Pokok Sena dekat Alor Setar, Parti Komunis Malaya yang diharamkan menggunakan ayat-ayat Quran dalam risalah mereka untuk memperdayakan orang kampung". (Sila lihat video ini)

Nampaknya, ayat-ayat suci Al-Quran pernah digunakan untuk tujuan psywar oleh komunis dalam kempen dan risalah mereka untuk mempengaruhi orang Melayu di kampung. Apa yang diperingatkan oleh En Kassim Ahmad (bekas Ahli Parlimen Machang) tersebut adalah satu amaran kepada orang Melayu agar menjaga prinsip perpaduan dengan sepenuhnya supaya tidak terjebak dengan perangkap komunis. Sebagai umat Islam kita harus mengambil ikthibar agar kejadian serupa tidak berulang lagi.

AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

5 comments:

F.Aswan said...

Dalam maksudnya tuuu...

PAKMALAU said...

Hanya Jauhari mengenal manikam!bukan setakat tahu cangkat dan dalam tapi kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berulang.

Kerana hari ini kita leka dengan sandiwara sesetengah pemimpin yang mempunyai agenda lebih besar dari apa yang kita duga.Berbagai istilah moden dan canggih digunakan bagi mengeliru umat melayu.Lebih-lebih lagi yang leka untuk mencari keselesaan.
Teringat juga saya dalam cerita peristiwa bukit kepong satu dailog watak seorang komunis cina dengan watak komunis seorang Melayu....begini.. jika tidak silap saya...." Mat! mengapa orang melayu kurang mau ikut kita punya perjuangan?...." Jwb. Susah laa..ini orang melayu kuat sembahyang ! Jwb. kalau macam tu..lu kena ikut pergi sembahyang..baru lu dapat bagi tau kita punya perjuangan.

Jadi hari ini apa yang belaku tidak pula jauh bezanya dengan zaman komunis zaman itu.Cuma hari ini tektik dan cara lebih sophisicated dan lebih berhemah tidak masakan segala tok tok lebai mampu bertepuk tangan dan bertakbir bila ada segelintir dari mereka yang berugama asing membaca petikkan ayat al-quran.

Ini menunjukkan pengaruh agama itu cepat melonlaikan kita..lebih lebih lagi ugama asing mengguna kalimah ayat suci agama kita.Tetapi disebalik penggunaan ayat suci berapa eset dan dana mereka perolehi an berapa banyak pula mereka apat mempengaruhi kita dengan mudah.

Renung renuglah cetek atau dalamnya sesuatu sumur itu jangan tengok pada warna airnya saja....kerana birunya air nila itu tidak mampu menenggelamkan sehelai sapu tangan.Jadi renung renunglah politik hari ini.

Anonymous said...

ye lah anak2 muda skrg yg rata2 lahir tahun 80an, 90an mmg tak pernah tau ancaman komunis.

mereka celik2 je dah ada talipon, tv colour, elektrik, paip dlm rumah...hehehe

org tak pernah susah, tak tau mandi air perigi , tak penah guna lampu gas spirit, tak tau mcmana org dulu2 struggle nak bagi mereka2 ni idup senang.

sbb tu mereka2 ni bila2 masa je bleh jual negara ni, bleh jual bangsa melayu, bleh tolong komunis nga dan ngeh.

sekitar thn 70an dulu, budak2 sklh cina dibawa oleh guru2 mereka di hutan jumpa dgn ketua2 komunis. hati mereka di rekrut suruh bencikan k'jaan, bencikan melayu.

lepas guru2 mereka ditangkap dan aku ingat lagi bendera bintang tiga terpacak di kg aku sekitar thn 75-76.

apalah nasib org melayu dlm negara ni 50thn lg. ada la plak puak2 mengaku lebih islam dari yg lain dah tak mengaku org melayu.... hehehe

komunis skrg dah advance, mereka ada duit, ada think tank, ada strategi cukup licik. org melayu ada apa?? mana kekuatan org2 melayu?? nak harapkan PAS?? huhh....

harap2 ada la lagi saki baki kiyai salleh dan anak2 muridnya dlm membela org2 melayu....

BRAhim.

Anonymous said...

aku dah ckp dah dulu, org2 melayu yg kuat menjaga islam dinegara ni, yg menjadi benteng terakhir di serang habis2an.

mereka serang secara terancang, tapi yg kesiannya ramai melayu yg terpedaya.

jahanam, jahanam bangsa aku di main2kan.

Zul.

rahman,ahchong,muniandy said...

MUFTI TIDAK MENGHARAMKAN 'NON MUSLIM' BELAJAR AL QURAN. TETAPI MUFTI MUFTI MENEGAH KEPADA PERBUATAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN AYAT ALQURAN DI DALAM POLITIK MEREKA YANG INGIN MENARIK UNDI ORANG ISLAM. PERBUATAN INI HARUS DITEGAH KERANA ALQURAN IALAH KITAB KITA YANG SUCI. AL QURAN BUKAN BIBLE. AL QURAN BUKAN KITAB BUDHA ATAU HINDU.TETAPI AL QURAN IALAH KALAMULLAH YANG SUCI DAN WAJIB DIPELIHARA SUPAYA TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN MEREKA TERMASUK ORANG ORANG ISLAM SENDIRI!