Friday, May 22, 2009

Kebenaran Telah Tiba - Zambry MB Yang Sah

Zambry atau Nizar? Persoalan itu telah terjawab pada jam 3.30 petang, 22 Mei 2009 di Mahkamah Rayuan, bila tiga orang hakim sebulat suara menerima rayuan Zambry untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.

Peguam, Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan ketika rayuan, dan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu. "Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," kata Cecil. Ini antara hujah yang membolehkan Zambry menang, selain pembuktian bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya cara untuk menunjukkan Nizar hilang kepercayaan.
Datuk Seri Zambry bersama peguamnya, Cecil Abraham.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga,"
kata Dr Zambry Kadir ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan, 3-0 mengumumkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Apa pula reaksi Nizar? "Saya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun saya akan mengambil tindakan susulan untuk mendapatkan pembelaan," kata Nizar (baca sini). Baguslah kalau Nizar akur, harapnya Nizar boleh menerima kenyataan.

ADUN PKR Simpang Pulai merampas mikrofon dari Setiausaha Dewan. (Klik Sini). Pakatan Pembangkang membiarkan sahaja wakil rakyat mereka bersikap samseng dalam dewan. Lebih memalukan bila Nizar melihat sahaja wakil rakyat berbangsa lain mengasak, menyerang dan berlaku biadab terhadap orang Melayu di dalam dewan.

Nizar merampas mikrofon Speaker Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei 2009 selepas dewan ditangguhkan. Selepas keputusan mahkamah 3-0, apakah Nizar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Pembangkang akan mengulangi kelakuan nakal sebegitu dalam dewan?

Keputusan 3-0 di Mahkamah Rayuan memberikan satu harapan kepada pembaharuan suasana politik baru di Perak. Jika Nizar mahu akur dengan keputusan mahkamah, maka Nizar perlu menumpukan kerjanya sebagai wakiil rakyat DUN dan ahli parlimen. Tidak perlu lagi mengakui diri sebagai Menteri Besar. Rakyat yang mengundi tidak mahu lagi melihat lakonan "nakal" Nizar, Ngeh dan Nga dalam sidang DUN. (Sila lihat video ini). Mandat rakyat ialah satu amanah yang besar. Jangan sia-siakan undi rakyat untuk berkelakukan seperti "budak-budak nakal" dalam sidang DUN. Kerja untuk rakyat perlu didahulukan.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

4 comments:

Rough Easy said...

Hanya Allah sahajalah yang tahu kebenarannya.

Anonymous said...

salam,...Tahniah buat Dr. Zambry.
Btw,...I'm new in blogging.
Please visit
www.sd-malaysia.blogspot.com

hatiminda said...

alhamdulillah yg benar telah tiba...bermuhasabah lah nizar, jgn lagi jual agamamu, malukan raja dan sultanmu dan pijak lumat bangsamu..

myhani said...

Alhamdulillah..akhirnya kebenaran terbukti...itulah hikmah di atas apa yang dah terjadi..Allah lebih mengetahui yang mana satu hambaNYA yg benar-benar ingin memimpim..semoga ALLAH sentiasa memberkati MB ZAMBRY memimpin PERAK...HIDUP MB ZAMBRY!

http://myhanihusin.blogspot.com