Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kedua-duanya bergelar Tun sekarang.
Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Peralihan kuasa berlaku. Teori RAHMAN terjadi. Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri yang ke-6. Peralihan kuasa yang lancar dan tertib. Sebelum itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir pada 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Kira-kira 5 tahun 5 bulan, Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Malaysia bertuah kerana pada yang sama mempunyai dua orang bekas Perdana Menteri dan seorang Perdana Menteri. Hadiah terbaik untuk semua rakyat Malaysia bila Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib bersama-sama berganding bahu untuk meletakkan martabat negara pada satu tahap yang tinggi di mata dunia.
Pada 3 April 2009, jam 10.10 pagi, di Istana Negara, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Pada hari yang sama, jam 4.45 petang, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan nota tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib. Ketika ucapan pergulungan Perhimpunan Agung UMNO yang ke-59 pada 28 Mac 2009, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa Tun Abdullah pernah memberitahunya bahawa "Najib adalah biological son kepada Tun Razak, sementara Abdullah pula adalah political son kepada Tun Razak". Dua kali peralihan kuasa berlaku, pertama pada 28 Mac 2009 bagi jawatan Presiden UMNO. Seterusnya pada 3 April 2009, bagi jawatan Perdana Menteri. Inilah manifestasi pertukaran kuasa yang penuh adat, ketertiban dan berperaturan.
Pada 3 April 2009, jam 10.10 pagi, di Istana Negara, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Pada hari yang sama, jam 4.45 petang, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan nota tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib. Ketika ucapan pergulungan Perhimpunan Agung UMNO yang ke-59 pada 28 Mac 2009, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa Tun Abdullah pernah memberitahunya bahawa "Najib adalah biological son kepada Tun Razak, sementara Abdullah pula adalah political son kepada Tun Razak". Dua kali peralihan kuasa berlaku, pertama pada 28 Mac 2009 bagi jawatan Presiden UMNO. Seterusnya pada 3 April 2009, bagi jawatan Perdana Menteri. Inilah manifestasi pertukaran kuasa yang penuh adat, ketertiban dan berperaturan.Tun Abdullah menunaikan janjinya untuk peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib sebagaimana yang diucapkan “saya bercadang menyerahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Presiden parti dalam Jun atau pertengahan 2010.” kata Tun Abdullah. Ternyata ianya berlaku lebih awal daripada itu dan melenyapkan terus spekulasi dan andaian berkaitan peralihan kuasa. Terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selamat bertugas buat Datuk Seri Najib Tun Razak. Gelombang perubahan pertama telah berlaku pada 28 Mac 2009, angin perubahan yang kedua datang lagi pada 3 April 2009 dan ianya akan terus bertiup melakukan perubahan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pada 7 April 2009. Perdana Menteri yang ke-6 adalah PM untuk Satu Malaysia. Harapan untuk perubahan telah terlaksana.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)







11 comments:
Muka depan.
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...
Muka 2.
Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.
Muka 3.
Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.
Muka 4.
Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)
penipu la tu. aku kat bukit gantang tak dengar pun khutbah baginda reformasi tu. tipu la tu....
ko tak dengar sebab ko tak gi masjid kot kui3
cmane kalo pemimpin tu kaki rasuah, pembunuh, angkuh..tgk muka pun tau dh..
org cmtu nk pcaya lg kewwwww?
oh please la..tok usah la nk politikkn ni kt khutbah jumaat, bg umno smuanye halal..smua boleh.
rakyat dh smakin muak dn bosan ngn umno ni.
saichou
pemimpin pakatan rakyat lagi teruk...tidur bogel tak senonoh..mencarut pun boleh..rasuah 60 juta. makan duit cia..kebas lembu..sumbangan tak ada pun..lagi teruk..
bongok...isu tu dh lama dh dijelaskan...knpa UMNO tak bwa isu itu ke mahkamah andai dkwaan itu ada bukti...
lebih baik najib dari anuar yg buat rakyat berpecah belah.
tahniah dato seri najib!!!!! rakyat majoriti menyokong anda!!!
Inilah si perisik rakyat punya identiti.
tolong sebar sebarkan . beginilah moral blogger pkr.
camtu jugaklah pemimpin pemimpinya
http://beritaperak.blogspot.com/
Najib perlu mencari identiti beliau sendiri dan jangan berpayung di bawah Tun - lawat blog http//www.walkdtalk09.blogspot.com
Agak2 org umno pon main tak tanggal kain atau seluar..hanya bukak zip kot.Dah kata dok rumah hang..suka hati la nak tidor bogel atau tak.Isu orang orang kafir nak guna nama Allah hang marah..tapi bila org Islam yang nak guna Undang2 Allah hang tentang buat pa?
Salam semua blogger...
mana-mana blog aku lawat n pastu aku baca.. satu perkara aku selalu jumpa.. MELAYU ISLAM sesama MELAYU ISLAM saling tuduh menuduh.. caci mencaci.. semua ni punca2, juga tanda-tanda kejatuhan sesebuah negara.. aku dilahirkan bukan sbg ahli UMNO atau pun PAS mau PKR.. Tapi sebagai seorang MELAYU.. Lalu di azankan oleh arwah AYAHKU dengan Kalimah kebesaran ALLAH.. mengakui keESAan ALLAH yg mana di dalamnya mengajak kita kepada kejayaan..
Kenapa tidak kita sama2 bfikir mencari jalan untuk kembali bersatu lalu menjaga kesejahteraan negara demi generasi yg akan datang.. Mgkin ada yang berkata.. "cakap senang lah dan bermacam2 komen terhadap pandangan aku.. Tapi sebelum meluahkan komen begitu.. sama2 kita fikir dan renung-renungkan.. Sama2 kita sayangkan bangsa kita.. bukan parti kita.. kerana kita di lahirkan sebagai MELAYU.. Bkan parti..
Post a Comment