Pada 19 April 2009, Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) bertitah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak bahawa seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit. Siapa kumpulan politik terbabit itu?“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara. Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.
Hodoh, bila berbaring di atas jalan menghalang kereta raja. Hodoh benar bila merusuh di hadapan Istana. Titah baginda ini bertepatan sekali dengan apa yang PAS telah cetuskan di Perak. Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar pada 12 April 2009, telah menyatakan dalam Harakahdaily bahawa rusuhan yang berlaku di Thailand boleh berlaku di Perak. Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang) sampai hari ini, masih lagi menderhaka kepada Sultan Melayu.
Sikap Nizar ini telah mengundang bangsa lain untuk bersikap kurang ajar sama pada Sultan Melayu. Karpal Singh telah berani bertindak menyaman dan mempertikaikan kuasa Raja Melayu. Manakala pada 7 April 2009, Jeef Ooi (Ahli Parlimen Jelutong dari DAP) telah menyebarkan artikel "jari tengah" kepada Sultan Perak dalam Malaysian Insider. Sama seperti Nizar dan Karpal, Jeef Ooi juga enggan meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan biadapnya tersebut. Inilah contoh pemimpin Pakatan Rakyat yang menghalalkan cara sebagaimana yang disebut dalam titah Sultan.
Sikap Nizar ini telah mengundang bangsa lain untuk bersikap kurang ajar sama pada Sultan Melayu. Karpal Singh telah berani bertindak menyaman dan mempertikaikan kuasa Raja Melayu. Manakala pada 7 April 2009, Jeef Ooi (Ahli Parlimen Jelutong dari DAP) telah menyebarkan artikel "jari tengah" kepada Sultan Perak dalam Malaysian Insider. Sama seperti Nizar dan Karpal, Jeef Ooi juga enggan meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan biadapnya tersebut. Inilah contoh pemimpin Pakatan Rakyat yang menghalalkan cara sebagaimana yang disebut dalam titah Sultan.
Ditambah pula dengan sikap memualkan Sivakumar yang tidak mahu menerima hakikat dan tidak faham bahasa keputusan mahkamah. Siva masih enggan menerima kenyataan dan cuma menimbulkan kekalutan di Perak. Hormatilah titah Sultan Perak. Sampai bila perlu berlakon jadi Speaker yang tidak sah di sisi undang-undang di Perak? Usah lagi berpolitik seperti orang yang tidak cerdik. Buat Nizar yang menang di DUN dan Parlimen, lebih baik fokuskan usaha untuk berkhidmat di kawasan daripada sibuk melobi untuk jawatan Naib Presiden PAS. Buat Jeef Ooi, sila minta maaf secara terbuka dengan segera. Ingatlah bahawa pengundi-pengundi Melayu tidak akan berdiam diri. Mereka akan mengundi dengan cerdik untuk menghukum sifat kurang ajar kamu di Jelutong. Buat orang PAS yang rasional, dengarlah titah Sultan Perak.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)





8 comments:
"Sampai bila perlu berlakon jadi Speaker yang tidak sah di sisi undang-undang di Perak?"...speaker tak sah jugak ke? apa syarat sah dia hah?
kesian raja perak. kesian melayu.
politik punya pasal raja dihina oleh jeff oii dan dap di tanah berdaulat, sekian byk melayu bodoh bertepuk tangan.
daulat tuanku.
Paku dulang paku serpih..
Banyak sejarah UMNO yg derhaka pd sultan..perbodohkan sultan. UMNO ni dh lupa, ketua segala derhaka..mmg melayu mudah lupa.
Respon pada Saichou...
Haah...salah satu contoh melayu mudah lupe tu ko...
sultan cakap pasal UMNO tu... tp biasa la umno muka x malu buat xtau je.
siapa yg guna kekebalan untuk dapatkan kuasa???
parti mana yg memiliki kekebalan??? ade ke pemimpin UMNO kn sumbat dalam ISA???
sedar la UMNO, sultan dok maki ko tu. tp UMNO jenis keldai memang la sampai bila2 x faham!!!!
makkk aiii .... budak baru keluar perut mmg la tak tau brapa byk pemimpin umno kena isa...hehehe
jangan dok putar laaaa.... krisis perlembagaan tahun 85 semua org tauu. tahun 92 gomez kene pelempang semua org tau. yg baru lahir aje yg tak tau.
kalau pas perintah masa tu sure dah hilang kuasa sultan. skrg ni pun sultan dihina pas tepuk tangan je.
pak presiden pas kata ahli2 pas kurang membaca. terbukti komen dari apanama kat atas ni tadi... secau.. lencau...apa2 la. npk sgnt kurang membaca. umur rendah tak pe, tapi kuat membaca cepat matang.
terlalu banyak berceramah dari buat kerja..bila dah jadi pemerintah ari tuh buat la kerka betul2..ni tidak asyik berceramah ajer...keje tak jalan....kalau tuanku sultan Perak mencemar duli untuk buat press conference macam2 dah dia tibai..tak kira umno ka pas ka...sumua kena..mana tak,mufti pun kena belasah,apa kata mufti perak datangnya dari sultan....raja nazrin dan anggap harussani mcm bapak dia gak....jadi jgn dok perlekeh sultan dan mufti perak...
Post a Comment