Thursday, April 30, 2009

Pilihan Raya Kecil Lagi Di Kota Alam Shah?

Berikut adalah kenyataan yang diambil dalam Malaysiakini pada 30 April 2009 berkaitan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di Kota Alam Shah, Selangor. Setelah 6 pilihan raya kecil termasuklah di Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei 2009, satu lagi kawasan di bawah negeri Pakatan Rakyat berkemungkinan menghadapi pilihan raya kecil. Puncanya ialah kerana mahu meletak jawatan. Mengapa menjadi wakil rakyat jika belum pun habis mandat sudah mahu meletak jawatan?

Ianya seumpama satu percaturan taktikal bagi Pakatan Rakyat untuk mencipta momentum ke arah pilihan raya umum yang ke-13. Satu persatu kawasan yang dimiliki oleh mereka akan dijadikan sebagai testing ground untuk menguji mandat rakyat. Lebih-lebih lagi bila mereka tahu BN tidak mahu melayan perangkap mereka dan tidak mahu makan umpan mereka.

(Gambar: Nik Aziz sudah mula ditegur oleh anak sendiri. Ada yang mengecam anak Nik Aziz sebagai 'mee goreng'. Terpulang kepada Nik Aziz sekarang. Mahu mendengar kumpulan mee celup yang diketuai oleh Anwar atau mendengar kumpulan yang dianggap sebagai 'mee goreng' yang sayangkan perpaduan antaranya dengan Haji Hadi Awang?)

Buat BN, wajar untuk bertanding di mana-mana tempat sekalipun. Soal kalah dan menang, ketepikan sebentar. Buat PAS, wajar juga untuk bertanding di mana saja PKR mahu meletak jawatan. Inilah masa terbaik untuk golongan ulama dalam PAS meruntuhkan keegoaan kumpulan Erdogan yang sedang menguasai orang Melayu dalam PAS dan PKR sekarang. Nik Abduh dan kumpulan ulama perlu mempertahankan PAS daripada dikuasai oleh kumpulan Erdogan. Pilihan raya kecil ini adalah wadah terbaik untuk beradu kekuatan antara Ulama dan Erdogan. PAS For All lawan Kepimpinan Bersama Ulama. Nik Abduh layak bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

Anonymous said...

sepatutnya PAS yg dah lama dlm politik di m'sia ni jadi leader bukan PKR, bukan anwar.

realitinya PKR parti serpihan dan baru setahun jagung dlm politik di m'sia.

daripada jadi tempat golongan intelek / abim /jim /x-umno berkampung sehinggala semua lari dan tinggal la golongan india dan cina yg tak dpt tmpt dlm parti masing2.

ramai org2 pas masih percaya keajaiban pengaruh anwar dlm pru yg lepas.sedangkan anggapan mereka sebetulnya salah.

remember ?? tun daim predicted the same regading 4 states before the election. bermakna negotiation mmg ada sebelum p/raya. tapi siapa taikun?? hehehe...

anwar gunakan team erdogan utk terus qualified himself with m'sian politic sepatutnya tamparan yg hebat utk pendukung2 pas yg dah lama suffer.

yg dah lama suffer dlm pas sepatutnya mendapat tempat. mereka patut diberi peluang.

Kapcai 70cc.

Anonymous said...

jarang berlaku pemimpin2 yg bergaduh sakan, keluar UMNO dan tak di terima semula dlm umno.

kuli, pak lah rais yatim, musa itam, sharir, dll. sumua pernah bergaduh sakan masa muda2 dulu disebabkan perbezaan ideologi dlm umno tapi akhirnya diterima semula.

berlainan dgn kes anwar yg keluar umno tapi tak balik2 semula. kenapa ya..?

sbb umno rasuah , salah guna kuasa... hehehe..... dulu2 pun sama juga umno baru tak de semangat 46, semangat yg membawa tertubuhnya umno. umno baru yg ditubuhkan chedet dah lari dari perjuangan asal. chedet mamak la, mcm2 la. tapi akhirnya masuk berbondong2.

tapi ini tak berlaku pada anwar... kenapa???

anwar pakai imej islam..?? kenapa anwar tak masuk PAS..??

kenapa anwar beria2 gunakan erdogan utk menguasai PAS...??

tunTeja.

Anonymous said...

siapa sangka 10-15 thn dulu mmg tak pernah jumpa org memaki nik aziz secara terbuka. tapi dek kerna anwar brahim, skrg ni berkapal2 nik aziz dimaki. tahniah anwar.

Anonymous said...

ore pas ..adun melor make pitis balok berjuto, demo nik aziz make hujjoh. buleh kenye ko make hujjoh.

rizuan mh said...

salam ziarah BPN,

taktikal politik longkang spt yg dimainkan olehg Pakatan, khususnya PKR pasti akan tersungkur jugak. buat masa ini, Pakatan seolah-olah mendapat kelebihan daripada perkembangan arus perdana politik negara tapi tak mustahil lambat laun rakyat akan sedar dan muak.

ada baiknya jgn dilayan kerana Kerajaan seharusnya menumpukan usaha pembangunan ekonomi drpd terikut-ikut dgn mainan politik spt ini. Kerajaan kita patut sedar akan amanah dan mandat yg rakyat majoriti berikan dlm PRU lepas berbanding terus menari dgn rentak politik Pakatan.

BPN sepatutnya menggiatkan usaha membogelkan Pakatan supaya tidak terus mengganggu kerja dan tanggungjawab Kerajaan BN terhadap rakyat. banyak lagi yg negara kita perlu lakukan. Kenapa hendak berpolitik sepanjang masa?

tinta srikandi said...

macam2 hal lah anwar ni.....suka nak menyondol...ni menyondol dalam PAS pulak...sudah2lah tu ANWAR....name je ANWAR tapi menggelapkan negara.....nama tak serupa orang...malu nak mengaku sebagai junior ANWAR kat UM...

speakforperak said...

sila layari blog speaker perak untuk maklumat terkini berkaitan dengan isu perak

speakforperak.blogspot.com

Terima Kasih

tinta srikandi said...

berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah..ini pun dah mampu PAS laksanakan dek serangan ANWAR...inilah ulamak akhir zaman....pedangsrikandi.blogspot.com

Anonymous said...

ko sokong nik abduh tanding ketua pemuda pas ye..takyah nak menyibok..ko tu umno..pegi sokong khairi..bodos,.

PIC said...

kembali kepada Islam yang sebenarnya
Islam ni utk semua
bukan untuk bangsa mana2
igtlah akhirat tu kekal abadi
dunia ni sementara

Anonymous said...

Apa nak dihairankan dalam politik segalanya mungkin...lawan boleh jadi kawan. Tengok macam saudara tuan-tuan Prebet Ezam tu, walaupun tak ada pangkat dalam umno tapi layanan kelas satu.