Wednesday, April 22, 2009

Penanti: PAS, DAP dan PKR Bergasak Sakan

Mohd Hamdan Abdul Rahman (ADUN PAS Permatang Pasir) layak menjawat jawatan TKM1. Namun Hamdan yang sudah dua penggal menjadi wakil PAS tidak dianggap calon yang sesuai oleh DAP dan PKR. Jawatan Exco Kerajaan Negeri pun tidak diberikan kepada Hamdan. Oleh itu, amat sesuai PAS bertanding di Penanti untuk menambah bilangan wakil rakyat PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan." kata Omar Hassan, Yang Dipertua PAS, Permatang Pauh pada 22 April 2009 dalam Malaysiakini. (baca sini). PAS tidak bersetuju Fairus meletak jawatan terlalu awal sebelum keputusan siasatan dilaporkan. Apakah kenyataan ini menunjukkan bahawa PAS mahu juga jawatan Exco atau TKM1 di Pulau Pinang?

Sebelum itu, pada 20 April 2009, Zahrain Mohamed Hashim (Pengerusi PKR Pulau Pinang) mengecam Lim Guan Eng dengan mengatakan “sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti? Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?,”. Zahraian berkata demikian kepada Bernama pada jam 5.00 petang mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang melahirkan rasa kecewa berhubung perletakan jawatan Fairus di Penanti. Sudah tentu ada green light dari Anwar Ibrahim sendiri kepada Zahrain agar mengecam Lim yang meletakkan masalah yang berlaku di Penanti semuanya "di atas kepala Anwar Ibrahim".

Tidak cukup dengan itu, episod bergasak antara Zahrain dan Lim Guan Eng berlarutan bila ada campurtangan dari wakil DAP dan PKR. Tony Pua (Ketua Penerangan DAP) tampil membela Lim Guan Eng dalam Malaysiakini pada 21 April 2009. Pua menyatakan Syed Husin (Timbalan Presiden PKR) tidak wajar mendesak Lim Guan Eng "tutup mulut" mengenai perletakan jawatan Fairus. Manakala, Syed Husin pula dalam Malaysiakini pada 20 April 2009, meminta Lim Guan Eng berhenti bercakap isu Fairus menerusi media. Kedua-duanya mengunakan media yang sama iaitu Malaysiakini. Untuk merebut jawatan orang nombor 2 dalam kerajaan Pulau Pinang, DAP dan PKR telah bermesyuarat menggunakan media untuk saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Fairus meletak jawatan TKM1 pada 21 Mac 2009 dan sebagai ADUN pada 16 April 2009. Sudah sebulan Fairus meletak jawatan sebagai TKM1, namun pengganti yang sesuai gagal dicari oleh Lim Guan Eng dan Zahrain. Malah sudah sebulan, Guan Eng tidak pernah berbincang pun dengan Anwar yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat, berhubung calon pengganti TKM1. Ini menunjukkan bahawa, krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang amat besar. Susah sangatkah hendak mengisi kekosongan? Bukankah ada lagi ADUN Melayu dari PKR dan PAS untuk diangkat ke jawatan TKM1?

Ini juga menunjukkan sikap sebenar DAP bila menguasai pentadbiran negeri. DAP tidak akan tunduk dan dengar cakap dari orang Melayu dari PKR. Apatah lagi PAS, yang sudah dipinggirkan dan dianak tirikan oleh DAP dalam pemilihan Exco Kerajaan Negeri. DAP susah hendak putuskan pengganti jawatan TKM1 kerana itu jawatan yang disandang oleh orang Melayu. DAP cepat buat keputusan kalau hak orang Melayu seperti DEB mahu dihapuskan. Itulah perangai DAP. Buat orang Melayu dalam PAS dan PKR, nilaikanlah perangai DAP yang sebenar.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

9 comments:

Anonymous said...

kesian kak wan muka pucat tak berseri. tuhan aje yg tau hati kak wan.

abg nuar suka org muda yg tak de pengalaman berpolitik senang dgr ckp. org tua susah sket, liat.

PIC said...

kita tunggu jela PRK penanti nanti

Anonymous said...

PM Hapuskan syarat ikuiti 30% bumiputera dalam 27 sektor perkhidmatan dengan meliberalisasikan sektor sersebut. komen la beb. korang kan pembela melayu bangkit la woi...bangkit la.. lawan cakap najib tak kan tak berani kot. xpun seronok mengampu je xseronok melawan.

Anonymous said...

haah angin perubahan...silalah komen sikit pasai 30% tu...xkan diam je kot..lam paper umno tu xdak komen pun pasai tu...awat? setuju ka dgn najib? baguihla kalo setuju..leh melayu bsaing kan..tp awat time mb s'ngor nk bg 10% pd non-bumi dulu korg melenting bagai? bkn ke sm jgk..bleh anak2 melayu bsaing sikit kan kan kan...

-sy bekas student u jgk-

kelambuharimau said...

PM hapuskan syarat ikuiti 30% tu sebab DSAI la..yang membuka ruang sebesar besarnye kepada bangsa india dan cina, kalu tak kerana anuar tak jadi melayu hilang ikuiti..

melayu dah berpecah, cina dan india bergabung untuk dapatkan hak istimewa..tetapi melayu tidak sedar..demi kepentingan politik..anuar ibarahim sanggup gadaikan bangsa!!

Anonymous said...

sektor perkhidmatan ni melayu dah jauh maju. mereka bersaing dgn professional. dari melayu jadi kuli lebih baik JV lebih bagus.

kesan globalisasi,.. china , vietnam dah lama kasi better offer ,100% equiti. ko dengar ckp anwar nak buat apa. hehehe....

PKR&PAS nak hapuskan DEB, itu cukup besar maksudnya tu dgn 30% bumiputra equiti lifted. Angkat dengan hapus...takkan tak faham...hehe.

oooo....kerani syarikat telekomunikasi jeee, umor pun 31 mentah lagi , patut la tak faham. hehehe....

dasar pemfitnah, hati busuk.

Anonymous said...

kelambuharimau,,

najib yang umum ,, pun anuar gak yg kena... ni laa kome ,,, ubn salah ,,pr jugak yg kena,, 50 tahun merdeka,, tak capai deb, pr jugak yg salah,,

yo la pr salah,, UBN hidup kenyang

Anonymous said...

Wakil Rakyat PKR bukannya mewakili rakyat tapi mewakili ANWAR. Itulah perjuangan sebenar PKR only for ANWAR. Letih lah macam ni, tak sedar2 lagi.

PEMBELA BN said...

orang melayu yang waras hanya ada dua parti saja untuk mereka sertai,umno atau pas....pkr bukan parti melayu....kini pkr aman....kita tunggu apabila diperinkat cawangan atau bahgian pkr ,melayu tak jadi ketua atau TIANG HUA dapat jadi president pkr...adakah melayu pkr akan akur........?????