
Berikut adalah
klip video lagu "Allah Perduli" yang dinyanyikan oleh Agnes Monica pada satu sambutan hari Krismas di Bimantara, Senayan, Indonesia pada tahun 2006. Lagu "Allah Perduli" ini diklasifikasikan sebagai lagu
gospel, bukan lagu untuk tujuan komersial. Ini bermaksud lagu "Allah Perduli" sudah lama dinyanyikan oleh Agnes. Jika ia dianggap sebagai lagu
gospel, mengapakah ia turut dimuatkan sekali dalam album komersial Agnes? Untuk tujuan apa lagu tersebut dikomersialkan? Agnes yang beragama Kristian semakin sinonim di Malaysia dengan lagu Tiada Lagi Logika sejak tahun 2006. Apakah ini jelmaan baru cara Gold Gospel & Glory dalam bentuk lagu?

Kini, Agnes popular dengan cerita Jelita pada setiap jam 3.00 petang di TV3. Populariti Jelita seakan sama dengan populariti "Bawang Putih Bawang Merah" di TV3 pada tahun 2006. Tambahan pula lagu "Matahariku" nyanyian Agnes Monica telah menjadi lagu tema Jelita. Bertambah popular lagi Agnes. Hinggakan ada yang menjadikan lagu "Matahariku" sebagai nada dering telefon kerana pengaruh Jelita. Mungkin kerana populariti Agnes di Malaysia dan Indonesia, maka lagu "Allah Perduli" diselitkan bersama dalam album Agnes Monica. Bukankah ini salah satu cara dakwah licik
gospel pada orang Islam?
(Gambar; Berikut adalah lirik lagu "Allah Perduli" yang dinyanyikan oleh Agnes). Pada 13 Mac 2009, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bertindak mengharamkan lagu "Allah Perduli". Jika mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988, sesiapa yang didapati memainkan lagu itu boleh dikenakan tindakan denda RM1,000. Namun sejauh mana penguatkuasaan akan diambil? Bilakah Majis Agama Islam Negeri lain akan menuruti langkah MAIS? Dalam lagu, mereka sudah gunakan kalimah "Allah", hebahannya lebih meluas dari penerbitan Herald Catholic. Apakah akibat yang lebih besar jika penggunaan kalimah "Allah" dibenarkan di Malaysia? Tidak mustahil akan terjadi seperti di negara jiran, di sesetengah tempat liberalisme sudah terbudaya dalam rumah sampailah ke tanah perkuburan.
Undian dalam talian yang dibuat oleh laman web Majlis Peguam. Bukankah bancian di atas dibuat untuk bertanya tentang bersetuju atau tidak untuk murtad? Dalam laman yang sama, Majlis Peguam pernah mengadakan undian berhubung kewajaran pengunaan kalimah Allah. Mengapa Majis Peguam berkelakuan sebegini? Apakah dipengaruhi oleh sesiapa?
Apakah kalangan pemimpin utama pembangkang di Malaysia tidak mahu sedar akibat penyalahgunaan kalimah "Allah" ini? Mengapa perlu sokong lagi usaha Herald Catholic? Usah peduli Agnes dan Jelita. Banyak lagi artis dan drama tempatan yang boleh dipedulikan. Dari dokumentari pendek "Fitna", karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, blog yang menghina Nabi, forum memeluk Islam, usaha Herald Cathollic dan lagu "Allah Perduli". Perkara-perkara ini adalah antara cabaran baru terhadap Islam dalam dunia teknologi kini. Orang Islam di seluruh Nusantara harus bersatu menentang apa juga bentuk dakwah halus untuk mencabar Islam.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
12 comments:
tq bro atas info yg diberi..
sya akan sebarkan kepada rakan2..
semoga islam akan trus kuat..
apa2 pun, semua ni harus dibendung.klu perlu, sekat album tersebut.kalau nak jual jugak, mtk saja keluarkan lagu tersebut..pihak2 berkenaan perlu tegas.itu sahaja.
tak kira ahli politik ke tak mesti faham bahaya semua ini terhadap minda anak-anak kita kelak
semoga semua kita sedar segera bahawa Islam sedang diserang dari segenap arah.
OOi Kulup
Macamana hang boleh dipilih jadi presiden ni gabungan.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%
Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.
Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.
Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat
tq bro...
pd semua umat islam...khususnye ibu bape, harap dpt lah membimbing anak2 kita dgn info ini. jgn biarkan ianya mempengaruhi minda
amende la lagu cam nih... tak abes satu, dtg lg satu, kerajaan shud do something...
aku tak sokong ko dalam banyak hal.tapi dalam mempertahankan islam..kita dalam saf yang sama.
cuma aku nak betolkan siket pasal bancian tu.actually bukan untuk murtad.banyak kes yang jadi bila salah seorang dari pasangan yang bercerai memeluk islam dan membawa anak2 mereka masuk islam gak.tu isu dia.bukan sebaliknya
Salam, nilah masalah kita tuan, 3G sdg dilaksanakan pun org kita masih bcakaran sesama sendiri!
bagus la tu....
cuba ko kirimkan sesalinan lagu ni kat nik aziz, suruh dia komen ....
kalau nama tuhan pun nik aziz nak share , pas ni bila mati kubur pun bleh share la ya ....mcm kat indon.
susah betul la tuan guru politik ni... benda yg senang pun tak npk. penyokong2 taksub PAS tak abis2 kata ...maksud tersirat tuan guru lainnn..... hehe...
dulu lagi best , tuan guru suka kata surat khabar petik kata2 saya diluar konteks....hehehe
apa2 pun org bleh menilai mana ulamak kaca mana permata.
Zul.
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Selasa, 10 Mac 2009 00:46 Dr. Mohd Azri Bin Zainul Abidin
emel Cetak PDF
mohd2basri_mufti1Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH(Di bawah). Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Post a Comment